TERKINI :

Saturday, June 3, 2017

KETUA PENGARAH LHDN TOLONG JAWAB SAMADA SHAFEE ABDULLAH BAYAR CUKAI PENDAPATAN DARI RM9.5 JUTA TERSEBUT?!

KETUA PENGARAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) TOLONG JAWAB SAMADA SHAFEE ABDULLAH BAYAR CUKAI PENDAPATAN DARI RM9.5 JUTA TERSEBUT?!

Ketua pengarah lembaga hasil dalam negeri (LHDN) kena beri pencerahahan secara terbuka kepada 30 juta rakyat malaysia samada shafee abdullah bayar cukai pendapatan keatas sejumlah wang rm9.5 juta yang beliau perolehi dari najib tun razak?!

Wang tersebut telah diselewengkan dari akaun yang berkaitan dengan syarikat 1mdb.

Adakah sejumlah rm9.5 juta ini diwartakan atau direkodkan oleh shafee abdullah di dalam repot audit tahunan syarikat beliau sebelum syarikatnya diperbaharui lesen tahunan pengamal undang-undang?!

Pihak lembaga hasil dalam negeri jangan mengambil sikap berdiam diri dan mereka harus memeriksa akaun tafsiran syarikat shafee abdullah kerana beberapa laporan polis telahpun dibuat terhadap isu ini.

Saya akan tunggu reaksi dari ketua pengarah lembaga hasil dalam negeri untuk memberi pencerahan mengenai isu ini sehingga hari isnin depan.

Sekiranya gagal memberi pencerahan  saya secara peribadi akan membuat laporan polis keatas ketua pengarah serta lembaga hasil dalam negeri yang bersubahat dengan shafee abdullah di bawah akta pengubahan wang haram!!

Sepertimana saya yang sedang dibekukan semua akaun-akaun serta harta oleh LHDN; mereka juga harus bekukan semua akaun-akuan dan harta-harta shafee abdullah sehingga selesai siasat kes ini.

Seandainya shafee abdullah tidak mewartakan dan merekodkan jumlah pendapatan rm9.5 juta ini di dalam laporan audit tahunan syarikat beliau; saya ingin sarankan kepada pihak 'Bar Council' untuk tarik balik lesen pengamal undang-undang beliau!!

Ini membuktikan shafee abdullah tidak telus dan tidak amanah!! Beliau bukan saja menipu pihak kerajaan kleptokrasi tetapi turut membohongi keselurahan 30 juta rakyat malaysia.

Ini juga membawa erti shafee abdullah tidak layak untuk jadi pengamal undang-undang kerana beliau sendiri tidak menghormati undang-undang negara kita!!

Institusi kerajaan di tanahair kita pada hari ini telah banyak dicemarkan dengan campurtangan pihak eksekutif untuk menutup pelbagai salahlaku tokoh-tokoh pemimpin negara yang korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
3 Jun 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...