TERKINI :

Sunday, June 11, 2017

KENYATAAN MEDIA ANAK: KERAJAAN DERA PENEROKA FELDA!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat dukacita dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di Felda Sg Sayong Kulai hari ini; hanya 94,555 peneroka sahaja dari 112,635 orang yang mendapat insentif hariraya dan dividen FGV berjumlah RM780 setiap seorang.

Ia merupakan tahun ke 4 berturut turut, iaitu sejak 2014, peneroka Felda yang menguruskan kebunnya secara persendirian dan mengambil tindakan saman terhadap Felda dinafikan hak mereka.

Langkah berterusan Kerajaan dan Felda ini  semata mata dendam dan bersifat menghukum mana mana peneroka yang berdikari atas kebun mereka sendiri bagi mempastikan pendapatan lebih baik dan mengelak bebanan hutang yang bertimbun akibat pengurusan tidak cekap Felda.

Adalah menyedihkan, meskipun sebahagian besar mereka masih menjual hasil di Kilang milik Felda, peneroka yang menyahut seruan kerajaan dan Felda agar berdikari, didera sedemikian rupa.

Seperti yang selalu ANAK pertegaskan, adalah hak peneroka menggunakan saluran perundangan apabila timbul pertikaian mengenai masalah yang dihadapi kedua belah pihak. Peneroka tiada pilihan lain disebabkan sikap berat sebelah Felda jika berlaku masalah seperti isu kadar perahan gred dan pengurusan ladang. Seharusnya kita menghormati pilihan peneroka kerana ia jaminan dalam Perlembagaan Persekutuan. Proses Timbang Tara yang ada dalam perjanjian antara Peneroka dengan Felda selalunya berakhir dengan ketidakadilan buat peneroka.

ANAK dukacita bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dijadikan medan berterusan Kerajaan dan Felda mendera peneroka.

Perlantikan Tan Sri Shahrir Samad, sebagai Pengerusi Felda yang diharap membawa berita gembira buat seluruh peneroka felda tidak kira bersama Felda atau tidak; nampaknya tidak kesampaian!

Untuk ke sekian kalinya,  dengan kemelut FGV, hutang peneroka yang bertimbun, pendapatan peneroka yang tidak stabil, kos sara hidup dan perlaksanaan GST; Aidil Fitri yang bakal disambut dua minggu lagi, kekal muram
buat peneroka dan warga Felda.

Namun usah keciwa. Ramadhan akan menjadi titik tolak kepada perubahan yang akan dilakukan pengundi Felda. seperti lirik lagu Ahmad Jais....' MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS'.

Mazlan Aliman
Presiden Anak
11 Jun 2017/1.15 pagi

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...