TERKINI :

Saturday, June 3, 2017

Ibu dakwa geng pukau cuba culik anak di hospital

bayi_ibu_Hospital-Putrajaya_60012
PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa anaknya nyaris diculik geng pukau di Hospital Putrajaya, kelmarin.

Oriental Daily melaporkan ibu bernama Zoey Loh itu menceritakan pengalamannya disasarkan geng pukau di Hospital Putrajaya pada pagi Khamis lalu menerusi Facebooknya dan menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati.

Katanya, kejadian itu bermula dengan seorang wanita sekitar 50 hingga 60 tahun asyik merenungnya, ketika beliau membawa anak perempuannya untuk menjalani pemeriksaan di hospital itu.

Disebabkan tidak sedap hati, beliau cuba membawa anaknya ke tandas, bagaimanapun wanita terbabit segera mendekatinya dan menawarkan bantuan.

“Macam mana awak hendak pergi ke tandas dengan peluk anak seperti ini? Saya tolong awak dukung dia, awak pergilah ke tandas,” kata wanita itu.

Loh berkata, beliau tiba-tiba pening ketika hendak beredar dari sana dan segera membawa anaknya ke bilik penyusuan ibu untuk mendapatkan bantuan ibu lain.

Selepas berehat seketika, beliau membawa anaknya menjalani pemeriksaan.

Bagaimanapun, tanpa disangka, wanita terbabit sekali lagi muncul ketika beliau dalam perjalanan mengambil keretanya.

Kali ini, wanita terbabit menyamar sebagai ibunya dan menjerit: “Saya gaduh dengan awak, awak pun tak nak bagi saya jumpa cucu saya. Adakah ini betul?”

Sambil disaksikan orang ramai, Loh berkata, wanita berkenaan cuba merampas anaknya dan beliau segera bertindak memukulnya dengan botol air berkarbonat yang memaksanya meninggalkan tempat itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...