TERKINI :

Tuesday, June 20, 2017

Bagaimana Isa Samad boleh dilantik sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714?

ISA SAMAD PEMANGKU PENGERUSI SPAD?

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Tan Sri Isa Samad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan atas jasanya itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengumuman perlantikan Isa sebagai pemangku SPAD mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat dan parti politik.

Ramai mempertikaikan kewajaran ISA dibawa ke SPAD setelah terdapat percakaran dan krisis pengurusan dalam FGVH sehingga menimbulkan kemelut.

Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH. Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?

Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?

Mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Pengangkutan Awam Darat hendaklah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih 5 orang wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak lebih daripada 5 orang anggota lain yang pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pengerusi dan seluruh anggota Suruhanjaya kecuali Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tidak lebih 3 tahun.

Selain itu Akta 714 juga telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi dalam keadaan jawatan Pengerusi kosong; Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Difahamkan sekarang jawatan Pengerusi SPAD telah kosong dengan persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar justeru Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi.

Persoalannya sekarang bagaimana Isa Samad boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714? Bagaimana Perdana Menteri boleh umumkan perlantikan jawatan Isa berkuatkuasa serta merta tanpa mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada? Sejak bila ada jawatan Pemangku Pengerusi di dalam Akta 714?

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?

Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?

Negara punah kerana Umno/BN.

Malaysia bukan harta pusaka Umno/BN. Malaysia hak kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
20062017
25 Ramadhan 1438

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...