TERKINI :

Thursday, June 1, 2017

AMANAH : HANYA BAHASA UNDI YANG MAMPU MENGAJAR NAJIB

Kenyataan Media.

1. Kita merasa begitu bangga menyaksikan beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura mempamerkan akhlak integriti urustadbir negara mereka yang mampu menjadi contoh kepada sekalian warga dunia.

2. Terbaru ialah kenyataan dan tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Ravi Menom, Pengarah Urusan Berkuasa Kewangan Republik Singapura yang mendedahkan terdapat 8 bank di republik itu yang telah terlibat dengan skandal 1MDB didenda hampir SD30 juta. Ravi dengan tegas mengatakan "The price for keeping our finiancal centre clean is unstinting vigilance".

3. Keterlibatan Najib dalam dalam skandal mega 1MDB dan MO1 telah berlarutan hampir 5 tahun dan telah mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan. Merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa.

4. Adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini adalah berinspirasikan daripada kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke 6 sekarang ini. Tidak mustahil kepada penagih rasuah di negara ini akan dan telah menjadikan Najib sebagai ikon mereka.

5. Demi menyelamatkan negara dan rakyat tercinta ini dan masa depan generasi mendatang rakyat perlu mengajar Najib dengan bahasa yang dia paling faham. Hanya dengan bahasa undi sahajalah yang rakyat berkuasa menurunkan Najib dari kerusi kuasa dan dalam nafas yang sama menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara .

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)

1 Jun 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...