TERKINI :

Thursday, June 15, 2017

AMANAH - Apa istimewanya Isa Samad..??

 Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mempersoal 'keistimewaan' Tan Sri Isa Samad sehingga tiada apa-apa tindakan diambil oleh perdana menteri walaupun Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengalami krisis yang teruk di bawah pentadbirannya.

"Saya nak tanya Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) apa istimewa sangat Isa Samad ini seolah-olah kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu Felda yang memang telah menjadi kekesalan di kalangan rakyat di negara kita.

"Isu FGV yang telah terbukti memberi kesan besar kepada negara kita dan dalam krisis cukup besar seperti ini Isa Samad ini tidak boleh disentuh," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Menurut beliau, institusi besar melibatkan bumiputera itu seharusnya diterajui oleh tokoh-tokoh yang lebih layak dan berintegriti agar aset bumiputera tidak lenyap akibat disalahguna.

"Sudah lima tahun kita suarakan kebimbangan ini. Hari ini kepentingan Felda, aset-aset mereka akan tergadai disebabkan berlakuknya krisis yang semakin memuncak ini dan Isa samad masih kekal di situ.

"Masih ada kakitangan Felda yang benar-benar jujur namun menjadi mangsa kepada isu felda dan FGV ini," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...