TERKINI :

Friday, June 30, 2017

PIMPINAN PAS DICABAR NYATAKAN DENGAN JELAS SIAPA YANG DIMAKSUDKAN!!

KETUA PENERANGAN PAS BANGANG DAN TAK FAHAM UNDANG-UNDANG!! BELIAU BEROTAK UDANG!! SAYA AKAN SAMANNYA!!

Saya cabar ketua penerangan PAS iaitu nasrudin hasan tantawi untuk sebut secara jelas nama siapakah yang pergi buat laporan pada pihak penguatkuasa undang-undang di switzerland, united kingdom, peranchis, singapura, hong kong serta FBI!!

Tolong bagi tahu ketua penerangan PAS yang bangang ini agar jangan berkias-kias lagi dalam tuduhannya yang tidak berasas itu!!

Sekiranya mempunyai sikap bertanggungjawab; nasrudin hasan mesti sebut nama 'pelapor' secara jelas dan buktikan secara sahih orang yang pergi buat laporan di 5 negara-negara luar tersebut meminta kuasa asing campurtangan dalam urusan negara malaysia!!

Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini tidak berani sebut nama saya secara jelas serta terbuka sebagai pelapor di negara-negara luar tersebut maka saya ingin nyatakan nasrudin hasan seorang yang 'bacul!!'

Kalau takut nak sebut nama saya tolong jangan campurtangan dalam isu skandal 1mdb yang beliau, pemimpin-pemimpin serta parti PAS tidak tahu fakta hakikat kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini.

Nasrudin hasan ini pada pada realitinya juga seorang yang cuba menegakkan benang yang basah!!

Mungkin kerana takut disaman atau diambil tindakan undang-undang maka dia bercakap dengan bahasa kiasan saja.

Bila saya lawan najib tun razak, rosmah mansor, jho low, riza aziz serta keseluruhan ahli lembaga pengarah 1mdb; saya buat laporan pdrm serta sprm dan sebut nama-nama mereka secara jelas lagi terbuka !!

Setiap hari saya naik turun mahkamah untuk pertahankan diri serta prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran bagi selamatkan malaysia.

Kalau ketua penerangan PAS yang bangang ini nak libatkan diri dalam kes skandal 1mdb; saya cabar dia sebut nama 'khairuddin abu hassan adalah pelapor yang kononnya pergi meronda-ronda di switzerland, peranchis, united kingdom dan amerika syarikat untuk buat laporan meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal tanahair kita.'

Ketua penerangan PAS yang bangang lagi 'dungu' ini tak faham pentakrifan 'kesalahan jenayah pengubahan wang haram' di luar negara dengan campurtangan kuasa asing.

Bila masa saya pergi ke luar negara untuk meminta negara-negara asing campurtangan dalam hal ehwal dalaman tanahair kita?!

Apakah membuat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang bagi menyiasat kesalahan jenayah serta sivil yang terbukti di luar negara itu membawa erti saya pengkhianat?!

Ataupun mereka sedang mencipta alasan untuk menangkap saya semula?!

Bolehkah nasrudin hasan seorang politikus yang telah tersimpang dari syariat agama serta aqidah perjuangannya membuktikan saya mengkhianati negara malaysia?!

Saya bukan macam pemimpin-pemimpin PAS yang fasiq!! Mereka memperalatkan agama untuk tujuan survival politik PAS!!

Mereka telah terpesong dari aqidah agama islam yang melarang kita bersubahat dengan rasuah!!

Sebab itu saya selaku pemimpin akar umbi umno pada waktu itu terpaksa pikul tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah untuk lawan segala bentuk kemungkaran presiden parti saya sendiri!!

Ini adalah kerana saya terpaksa memikul amanah antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia!!

Untuk menghadapi soalan serta hukuman Allah swt di padang mashyar kelak merupakan satu perkara yang amat menakutkan saya!!

Malangnya pada hari ini PAS boleh berdiri di sebelah umno dan BN serta menganggap isu kes skandal 1mdb sebagai isu nyamuk!!

Duit negara hilang rm28 bilion dan hutang tertunggak syarikat 1mdb (anak syarikat kementerian kewangan secara 100%) berjumlah rm50 bilion parti PAS kata ini isu nyamuk?!

Marilah keseluruhan rakyat malaysia berdoa agar Allah swt memberi petunjuk dan buka semula pintu hati 'dungu' pemimpin-pemimpin PAS yang haprak ini!! Amin!!

Pada hemat peribadi saya pemimpin-pemimpin PAS dah mula 'sewel' kerana kemungkinannya 'dedak haram' telah membantutkan dan memperbodohkan pemikiran waras mereka selama ini!!

Mungkin juga lilitan serban di kepala mereka terlalu berat dengan dosa-dosa kerana sedang bersubahat dengan kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup sehingga membuatkan ramai daripada tokoh pemimpin PAS termasuk presidennya menjadi bodoh!!

Najib tun razak dan rosmah mansor tidak berani memohon pencelahan dalam kes terbaru saman sivil DoJ!!

Peguam negara pun hanya bercakap politik tetapi tak berani hantar nota bantahan secara rasmi pada DoJ!!

Cuba nasrudin hasan tantawi tanya najib tun razak serta apandi ali; kenapa begitu?! Tapi mereka hanya berani cakap politik kosong saja!!

Suruhlah kerajaan malaysia bertindak secara rasmi dalam isu saman sivil terbaru DoJ!!

Asas agama islam yang berteraskan pada al-quran serta as-sunnah cukup mudah iaitu agama islam melarang amalan rasuah!!

Kita lawan rasuah kini mereka pula bersekongkol serta bersubahat dengan amalan rasuah yang jijik itu!!

Pemimpin-pemimpin PAS ini ramai dah jadi bangang!! Mereka tak faham asas undang-undang!! Tapi malangnya mereka nak tunjuk pandai dan cuba mengupas isu-isu yang mereka sendiri tidak faham!!

Saya cabar nasrudin hasan untuk sebut nama saya secara terbuka sebagai pelapor kalau dia anak jantan!! Saya nak berjumpa dengan beliau dalam kamar mahkamah dan biarkan proses undang-undang membuktikan siapa yang benar serta siapa yang bersalah!!

Untuk pengetahuan ketua penerangan PAS yang bangang ini dalam kes tahanan dan perbicaraan di bawah akta SOSMA; saya sudah pun menang di mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan serta mahkamah persekutuan!! Di bawah pertuduhan jenayah Seksyen 124 L Kanun Keseksaan pun saya sudah menang di Mahkamah Sesyen pada 12.05.2017 !!

Apa maknanya bila saya telah menang di semua peringkat mahkamah?! Sebab itu saya kata ketua penerangan dan pemimpin-pemimpin PAS ini amat bangang!!

Akhirkata, saya menuntut nasrudin hasan tantawi membuat permohonan maaf secara terbuka di atas fitnahnya kepada saya!!

Beliau ada 4 hari mulai hari ini bagi merakamkan permohonan maaf tersebut kerana walaupun beliau tidak menyebut nama saya; sebagai fakta yang nyata semua orang di seluruh dunia tahu bahawa sayalah pelapornya!!

Seandainya ketua penerangan PAS yang bangang ini gagal berbuat demikian maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang keatasnya!!

Nawaitu saya membuat laporan pada pdrm, sprm serta penguatkuasa undang-undang di 5 negara luar adalah untuk meminta mereka menyiasat kes salahlaku penyelewengan dana kerajaan dan duit rakyat di bawah pengubahan wang haram melalui bank-bank dari amerika syarikat, switzerland serta singapura!!

Pada realitinya, saya nak selamatkan dana kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan oleh para pengkhianat bangsa, agama dan tanahair.

Natijah daripada perjuangan untuk menegakkan kebenaran ini saya telah hilang segala-galanya namun saya sama sekali tidak merasa gusar kerana Allah swt senantiasa bersama saya. Insya-Allah. Amin yarabbal alamin.

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
30 Jun 2017

PAS : Apa motif mereka yang pergi buat aduan di US mengenai isu 1MDB?

Qodhoya Mua'sirah 17

CAMPUR TANGAN ASING

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://www.facebook.com/ustaztantawi/

Saya difahamkan bahawa telah ada dalam pengetahuan awam dan belum dinafikan oleh individu-individu terbabit bahawa merekalah yang pergi ronda buat aduan di Paris, Switzerland dan US supaya pihak luar ambil tindakan terhadap isu 1MDB.

Soalnya, apa motif mereka buat aduan di US mengenai isu 1MDB ? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu ? *Kita tahu ada pihak yang sengaja jemput US* campurtangan isu dalam negara kita.

Ini maksud Tuan Guru Hj Abdul Hadi mengenai isu campur tangan asing. Apa pun salah laku dalam negara, kita selesaikan perhitungannya dalam negara kita. Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihanraya untuk tukar kerajaan.

Jangan undang BERUANG untuk tampar nyamuk dimuka KANCIL.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Thursday, June 29, 2017

Radar Tentera Hilang - Apa sudah jadi???

KENYATAAN MEDIA

Insiden Kehilangan Radar Ketenteraan di Pelabuhan Tg Pelepas Menjejaskan Keselamatan Negara

Kehilangan konsainan radar ketenteraan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor yang dilapor pagi tadi amat mengejutkan dan merisaukan. Ini merupakan satu kejadian kebolosan keselamatan negara yang amat serius.

Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.

Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.

Memandangkan pihak kastam dan pelabuhan sepatutnya mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi dan rapi, insiden ini cukup merunsingkan. Ini kerana jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya.

Amatlah mengecewakan jika wujud sebarang elemen rasuah dan persekongkolan di dalam jenayah ini, dan saya menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.

Memandangkan insiden ini melibatkan aspek keselamatan dan hubungan luar negeri, saya menggesa Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri dan Kastam Di-Raja Malaysia untuk segera memberi penjelasan terhadap isu ini serta menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan keselamatan di pelabuhan-pelabuhan negara ini diperketat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

29 Jun 2017

Wednesday, June 28, 2017

ANTARA KEROSAKAN 'YANG DIGAMBARKAN' DAN 'KEROSAKAN YANG PASTI', ANDA PILIH YANG MANA?

BismillahirRahmanirRahim

1. Media arus perdana dan UMNOBN mengambarkan bahawa negara ini akan hancur sekiranya PH menang dalam PRU14 dan memerintah Malaysia.

2. Negara Kristian, tindas Melayu, agama Islam dipinggirkan, Cina akan kuasai negara, kemiskinan merata, pendidikan terabai, keselamatan makin langgar dan macam² lagi dakwaan dihembur oleh media perdana dan UMNOBN, lebih rancak lagi apabila Pas pun kadang² mengunakan hujah gambaran yang sama, Pas kadang² jadi pembangkang, kadang² jadi 'penyokong', nang bo ti nang, koi bo ti koi- kata kawan² Tiong hwa.

3. Ada juga ahli agama pula membaca kaedah "menolak mafsadah (kerosakan) lebih diutamakan dari melaksanakan masaleh (kebaikan)", lalu diulas kaedah tersebut dengan kerosakan yang 'bakal' berlaku sekiranya PH menang !, sebijik hujah mereka macam media UMNOBN kata.

4. Lebih ganas lagi, ada yang mendakwa 'kalau PH menang, Israel akan kuasai Malaysia kerana DAP dibiayai oleh Israel', ini satu lagi 'kerosakan yang digambarkan' oleh bekas DAP yang hanya berada di beranda DAP satu ketika dahulu. Lalu, ada beberapa 'lebai' bertaraf pemimpin pun percaya dan turut menyebarkan sama gambaran 'kerosakan' yang direka cipta itu.

5. Adapun yang PASTI, skandal 1MDB, RM susut nilai dengan teruk, hutang negara meningkat dengan mendadak, pemborosan yang dilakukan oleh first lady yang 'menyamar', campur tangan dalam institusi kehakiman, rasuah yang membarah, politik wang yang berakar dalam UMNO, rating IPT yang makin menjunam, nama baik negara dipermainkan, saman DoJ, institusi parlimen yang tidak bebas, kerugian Tabung Haji, kerugian FGV, dan lagi dan lagi ... Itu adalah kerosakan yang pasti, ia memang berlaku 'betul²' di depan mata kepala rakyat Malaysia.

6. Antara kerosakan yang ilusi dan kerosakan yang pasti, rakyat Malaysia seharusnya menolak kerosakan yang pasti, dan ia dilakukan oleh UMNOBN, tiada pilihan ketiga untuk rakyat.

Ustaz Ridzwan bin Abu Bakar Al-Hafiz
Pengarah Komunikasi Negeri Kedah
Parti Amanah Negara

MACAM MANA BOLEH SAMPAI 70 RIBU ORANG MASUK SERI PERDANA??

Ini cerita yang sangat kelakar. Kunjungan rumah terbuka Seri Perdana kononnya mencecah 70,000 orang.

Pelawat memasuki Seri Perdana dengan dua lorong imbasan keselamatan yang disediakan. Mari kita kira secara matematik.

Katakan seorang pelawat mengambil masa selamat 5 saat seorang untuk diimbas:

Jika 70,000 orang x 5 saat = 350,000 saat.

350,000 saat ÷ 60 saat = 5833.33 minit

5833.33 minit ÷ 60 minit = 97.22 jam

97.22 jam ÷ 2 mesin pengimbas = 48.61 jam setiap mesin pengimbas digunakan untuk memeriksa 35,000 pelawat.

Rumah terbuka Najib Razak cuma 6 jam iaitu bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Macam mana Najib kata boleh ada 70,000 pelawat?

Menggunakan kaedah matematik yang sama untuk tempoh 6 jam:

6 jam x 60 minit x 60 saat ÷ 5 saat seorang x 2 mesin pengimbas =  8,640 pengunjung untuk rumah terbuka.

Ini bermakna untuk 70,000 orang, setiap 5 saat seorang memerlukan lebih kurang 16 mesin pengimbas untuk 6 jam.

Credit to Zulimran Nasution Abdullah Omar

Tuesday, June 27, 2017

Kenyataan Kerajaan BN tentang saman DOJ amat remeh


Oleh:Mohamed Hanipa Maidin

1.Apabila membaca sebahagian daripada kenyataan oleh beberapa individu mengenai saman terbaru DOJ bagi merampas wang daripada dana yang melibatkan 1MDB, saya hanya boleh simpulkan wujudnya kekeliruan dan salah faham yang terbit daripada kenyataan-kenyataan tersebut.

2. Saya mulakan dulu dengan kenyataan Presiden PAS. Beliau nampaknya cuba menyamakan tindakan terbaru DOJ ini sebagai satu bentuk campurtangan asing dalam politik Malaysia. Secara tersirat, dia nampaknya cuba membawa mesej ini-kita semua sewajarnya berjiwa patriotik dan tidak sepatutnya membenarkan kuasa asing menguasai kita.

3. Dengan hormat, bagi saya kenyataan beliau itu seolah-olah menggambarkan beliau amat fasih dengan undang- undang Amerika. Ia juga memberi gambaran bahawa saman DOJ di bumi Amerika, menggunakan undang undang Amerika, masih dikira satu campurtangan kuasa asing, sekurang-kurangnya itulah pendapatnya yang agak sempit.

4. Bagi saya, kenyataan beliau itu, dengan hormat, menunjukkan satu kejahilan yang jelas. Ia juga menggambarkan kegagalan Presiden Pas untuk menguasai isu 1MDB. Dari mula lagi, kenyataan itu hakikatnya amat tidak perlu. Ia hanya mengukukuhkan kepercayaan ramai yang Pas agak terpisah dengan urusan semasa. Lebih malang lagi, ia ibarat menambah garam di atas luka. Kenyataan tersebut memburukkan lagi saki baki imej Pas yang masih tinggal seperti nyawa2 ikan.

5. Bagi menjawab kebimbangan beliau yang tidak berasas itu, saya dengan penuh hormat, menjemput beliau melihat kenyataan rasmi daripada pemangku Peguam Negara USA, Kenneth Blanco yang menyatakan "Kami tidak akan benarkan Amerika menjadi tempat atau lubuk di mana para individu yang korup berharap untuk menyembunyikan harta benda mereka dan berbelanja secara mewah dan boros wang yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat di negara tersebut"

6. Ada lagi kenyataan lain daripada sebahagian menteri yang gila mengampu. Antara lain, kenyataan itu berbunyi sebegini-1MDB dan MO1 tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman DOJ. Ada juga yang kata tiada keterangan penyalahgunaan dana 1MDB, meskipun saman DOJ  masih di peringkat awal- belum sampai ke tahap perbicaraan di mana isu mengemukakan keterangan baru wajar dibangkitkan.

7. Baiklah, yang dahulu didahulukan. Ya, benar 1MDB dan MO1 tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman DOJ. Reaksi awal saya "so what?" Adakah anda ingin katakan bahawa tiada sebarang liabiliti sewajarnya dikaitkan dengan kedua dua entiti ini kerana mereka tidak dijadikan sebagai defendan. Jika begitu halnya, kenapakah kedua dua entiti ini tidak mengarahkan peguam mereka untuk menentang saman DOJ tersebut?

8. Lagipun,  bukankah kandungan saman DOJ tersebut secara spesifik menamakan kedua dua entiti tersebut dan juga membangkitkan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB oleh kedua dua entiti tersebut? Dalam keadaan begitu, sudah tentu mereka mempunyai kepentingan dalam saman DOJ tersebut.

9. Saya tak pasti sama ada mereka telah membaca keseluruhan tuntutan DOJ tersebut?Ini kerana, dengan membangkitkam isu ini, nampaknya mereka cuba menghantar mesej berikut- saman DOJ adalah remeh, oleh itu ia tidak sepatutnya dilayan oleh Kerajaan.

10. Saya telah meneliti undang undang Amerika yang relevan berkaitan isu ini.Amat menarik untuk dicatat di sini, di bawah undang undang Amerika, Kerajaan Amerika boleh, melalui DOJ, bukan sahaja mengambil tindakan ke atas individu yang didakwa menggubah wang haram, tapi ia juga boleh hanya menamakan harta yang ingin dirampas sebagai defendan. Di sini ( Malaysia ), kita tidak boleh menamakan harta yang ingin dirampas sebagai defendan.

11.Dalam keadaan begitu, bagi saya, segala alasan yang menyatakan DOJ tidak menamakan 1MDB dan MO1 sebagai defendan adalah alasan yang amat remeh. Alasan itu amat tidak relevan. Ia sengaja dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat yang prihatin. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

Monday, June 26, 2017

TAK FAHAM ANTARA CAMPUR TANGAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERTERASKAN AMALAN JENAYAH!!

HAJI HADI AWANG KURANG CERDIK TAK FAHAM ANTARA CAMPUR TANGAN DENGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERTERASKAN AMALAN JENAYAH!!

Saya tak faham apa dah jadi dengan presiden PAS iaitu haji hadi awang yang nampak semakin celaru serta haru-biru!!

Presiden PAS ini tak faham di antara campurtangan negara asing dengan tindakan undang-undang berdasarkan perbuatan salahlaku jenayah!!

Tindakan DoJ (jabatan kehakiman negara amerika syarikat) adalah kerana beberapa pengkhianat bangsa serta tanahair telah menyelewengkan duit syarikat 1mdb berjumlah berbilion ringgit dan membeli harta-benda di amerika syarikat menggunakan wang haram yang telah dicuri itu!!

Pendirian DoJ mengambil tindakan undang-undang keatas para pengkhianat tanahair ini adalah kerana perbuatan penyelewengan, rasuah dan pengubahan wang haram yang salah di sisi undang-undang!!

Sikap haji hadi awang membuktikan presiden PAS serta partinya merelakan diri mereka bersekongkol dengan amalan rasuah dan penyelewengan!!

Sebab itu saya selalu kata PAS bukan parti yang berteraskan kepada agama tetapi mereka adalah orang politik yang serba lemah sanggup bersekongkol dengan perdana menteri paling korup demi agenda kepentingan survival politik PAS semata-mata!!

Demi kepentingan 'dedak haram' bagi menyambung tali-hayat survival parti mereka sanggup ketepikan aqidah agama dan wadah perjuangan asal parti PAS.

Sekiranya PAS bekerjasama dengan umno serta BN dalam apa cara sekalipun; yakinilah bahawa 80% daripada ahli-ahli akar umbi PAS akan menolak mereka pada pru14 nanti.

PAS bakal mencatat rekod paling buruk dalam sejarah mereka menghadapi pilihanraya umum yang datang!!

Ahli-ahli akar umbi PAS tidak akan berkompromi sama sekali dengan sikap celaru serta haru-biru haji hadi awang di dalam mempertahankan perdana menteri paling korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi yang mengkhianati keseluruhan rakyat malaysia pada hari ini!!

Haji hadi awang tolonglah jangan mempersendakan aqidah agama islam demi agenda kepentingan survival politik PAS!!

Letaklah kepentingan syariat agama islam di atas agenda kepentingan politik PAS kerana Allah swt Maha Mengetahui dan sedang memerhati kesesatan aqidah agama serta wadah perjuangan asal parti PAS!!

PAS sedang mempertahankan rasuah, penyelewengan dan segala bentuk salahlaku kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri yang paling korup dalam sejarah politik tanahair kita!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
26 Jun 2017

Calon PAS Mungkin Tak Lawan Calon UMNO Pada PRU14

KOTA BHARU, 19 Syaaban 1438H, Selasa– PAS mungkin mencapai “kata sepakat” dengan UMNO untuk tidak melawan satu sama lain di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, ini bermakna PAS tidak akan bertanding di kerusi UMNO, manakala UMNO juga akan memberi laluan kepada parti Islam di kerusi mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga kemungkinan akan berlaku pada PRU14, iaitu PAS berjuang bersendirian, ke-2 bergabung dengan parti lain.

“Satu lagi kemungkinan ialah PAS tidak menyertai BN, tiada kerjasama dengan UMNO, tetapi mungkin mencapai ‘konsensus’ dengan UMNO di sesetengah kerusi.

“Maksud saya ada kemungkinan ini kerana persekitaran politik dalam negara sentiasa berubah dan PAS akan mengikut cara terbaik, dengan syarat tidak membelakangkan ajaran Islam,” katanya yang dipetik daripada Oriental Daily.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, PAS tidak sama dengan parti lain kerana selagi apa yang dilakukan mereka ialah misi Islam, mereka tidak akan rugi, tidak kira apa jua keputusannya.

“Dalam Islam, walaupun kami kalah, kami masih untung. Kalau kata kami menang, itu maknanya untung 2 kali ganda. Seseorang yang tidak pernah rugi, sentiasa menang, dia tidak akan kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Hashim berkata, PAS dan BN berusaha meraih sokongan kaum Cina menggunakan cara berbeza.

Beliau berkata, PAS mahu orang Cina menyokong mereka berdasarkan kebaikan parti itu, bukannya kerana pemberian wang.

“Cara BN ialah menawarkan bantuan kewangan, cara PAS pula ialah biar orang Cina nilai sendiri apa yang kami sudah lakukan. Dasar kami jika menguntungkan mereka, mereka akan sokong PAS,” katanya.

LINK BERITA 16 MAY 2017 : www.ismaweb.net/2017/05/calon-pas-mungkin-tak-lawan-calon-umno-pada-pru14


Calon PAS Mungkin Tak Lawan Calon UMNO Pada PRU14

KOTA BHARU, 19 Syaaban 1438H, Selasa– PAS mungkin mencapai “kata sepakat” dengan UMNO untuk tidak melawan satu sama lain di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, ini bermakna PAS tidak akan bertanding di kerusi UMNO, manakala UMNO juga akan memberi laluan kepada parti Islam di kerusi mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga kemungkinan akan berlaku pada PRU14, iaitu PAS berjuang bersendirian, ke-2 bergabung dengan parti lain.

“Satu lagi kemungkinan ialah PAS tidak menyertai BN, tiada kerjasama dengan UMNO, tetapi mungkin mencapai ‘konsensus’ dengan UMNO di sesetengah kerusi.

“Maksud saya ada kemungkinan ini kerana persekitaran politik dalam negara sentiasa berubah dan PAS akan mengikut cara terbaik, dengan syarat tidak membelakangkan ajaran Islam,” katanya yang dipetik daripada Oriental Daily.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, PAS tidak sama dengan parti lain kerana selagi apa yang dilakukan mereka ialah misi Islam, mereka tidak akan rugi, tidak kira apa jua keputusannya.

“Dalam Islam, walaupun kami kalah, kami masih untung. Kalau kata kami menang, itu maknanya untung 2 kali ganda. Seseorang yang tidak pernah rugi, sentiasa menang, dia tidak akan kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Hashim berkata, PAS dan BN berusaha meraih sokongan kaum Cina menggunakan cara berbeza.

Beliau berkata, PAS mahu orang Cina menyokong mereka berdasarkan kebaikan parti itu, bukannya kerana pemberian wang.

“Cara BN ialah menawarkan bantuan kewangan, cara PAS pula ialah biar orang Cina nilai sendiri apa yang kami sudah lakukan. Dasar kami jika menguntungkan mereka, mereka akan sokong PAS,” katanya.

LINK BERITA 16 MAY 2017 : www.ismaweb.net/2017/05/calon-pas-mungkin-tak-lawan-calon-umno-pada-pru14


Apa maksud disebalik surat Haji Hadi kepada pembangkang!!!

ADUHHH....JANGAN MALUKAN DIRI SENDIRI, TOK GURU!!!

Umpama hadiah hari raya kepada Najib Razak,  Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata, isu 1MDB perlu diselesaikan secara dalaman tanpa menjemput pihak asing untuk menyelesaikannya.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim pihak dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya.

Tambah Hadi lagi, pihak asing selama-lamanya hanya mencari peluang untuk menjaga kepentingan mereka, walaupun mengorbankan rakyat Malaysia.

Aduhhh...adakah Tok Guru Hadi Awang sebenarnya benar-benar tentang isu 1MDB ini sehingga menulis sedemikian rupa?

Kenapa memalukan diri sampai begitu sekali?

Kenapa Tok Guru yang berpengetahuan agama dan tahu halal haram sesuatu perkara boleh mengeluarkan kenyataan yang bagaikan "lebih UMNO daripada luahan hati perut pemimpin UMNO sendiri"?

Mengaitkan penyiasatan terhadap 1MDB dengan campurtangan asing hanya merendahkan pemikiran Tok Guru sehingga sama taraf dengan Annuar Musa dan Salleh Said Keruak yang semua orang tahu pangkat dan jawatan yang diperolehi mereka semata-mata kerana kuat mengampu  saja?

Adakah Tok Guru juga sedang mengampu Najib?

Tok Guru, penyiasatan oleh beberapa negara terhadap skandal 1MDB tidak sama-sekali bermakna jemputan kepada kuasa asing untuk campurtangan, tetapi kerana jenayah berkenaan dilakukan di negara berkenaan?

Di Singapura, beberapa hukuman telah dijatuhkan dan bank ditutup,  di Switzerland dan Luxembourg pula ada bank telah didenda dan Amerika melalui DOJ, proses penyitaan harta sedang dalam prosesnya, ia berlaku bukanlah kerana kita menjemput mereka, sebaliknya kerana kesalahan berkaitan penipuan serta penggubahan wang haram telah berlaku di negara-negara tersebut?

Tanpa dijemput pun, jika jenayah berlaku di negara mereka, tindakan tetap akan diambil oleh berdasarkan undang-undang yang mereka ada tanpa mengira di Malaysia dekat dengan tarikh pilihanraya atau tidak?

Selain itu, sudahkah Tok Guru membaca kenyataan Kedutaan Amerika dua hari lalu yang amat jelas dan mudah untuk difahami.

Jurucakapnya memberitahu, tindakan DOJ berkaitan 1MDB tidak sama-sekali bermaksud campurtangan asing, tetapi suatu inisiatif melindungi pasaran dan sistem kewangan Amerika daripada penipu wang.

"Matlamatnya adalah untuk mendapatkan semula aset dan mengembalikannya  demi faedah negara yang terjejas, jelas jurucakap itu lagi.

Adakah Tok Guru faham mengenainya?

Tak malukah Tok Guru kepada pihak berkuasa negara lain yang ingin mengembalikan harta-harta hasil wang yang dicuri kepada kita, tetapi kita sesedap mulut pula mengatakan ia seolah-olah campurtangan asing?

Tok Guru juga harus faham dengan pemecatan secara mengejut Gani Patail sebagai Peguam Negara dan digantikan dengan Apandi Ali, harapan untuk melihat sebarang salah laku 1MDB dibawa ke mahkamah sudah tertutup sama-sekali.

Lihat saja banyak tindakan beliau sejak memegang jawatan itu, peranannya lebih untuk menyucikan 1MDB daripada menegakkan keadilan demi kepentingan rakyat dan negara.

Apa lagi harapan kita?

Satu-satunya ialah melalui mahkamah rakyat seperti yang turut disebut oleh Tok Guru sendiri.

Tetapi, di mana pula pendirian Tok Guru dalam perkara itu?

Kenapa Tok Guru sendiri lebih condong kepada Najib yang seluruh dunia tahu 1MDB itu adalah "anak kesayangannya" dan Jho Low yang berperanan mencatur segala-galanya pula adalah rakan karib keluarganya? 

(ShahbudinHusin 24/06/2017)

Demi kedaulatan negara sudah tiba masanya DOJ di saman oleh Kerajaan Malaysia

Cara Mudah nak faham - 1MDB

1. DOJ Amerika dapat aduan. Kemungkinan wang kepunyaan 1MDB telah dicuri oleh beberapa individu melalui sistem kewangan Amerika.

2. DOJ ambil tindakan dan bersama pihak FBI, mula menyiasat.

3. Ia bukan siasat 1MDB, MO1 atau isteri MO1.

4. Ia siasat beberapa individu yang mungkin telah gunakan sistem kewangan Amerika untuk mencuri wang yang sepatutnya kepunyaan 1MDB.

5. Dalam siasatan oleh DOJ itu, ia jumpa macam-macam dan didalam lapurannya, ia jelaskan dengan terperinci.

6. Dalam penjelasannya, mestilah ia nyatakan cara-cara perbuatan mencuri itu dilakukan, siapa yang curi, kemana wang yang dicuri itu pergi, dan bagaimana pula ia dibelanjakan.

7. Itu yang habis terkeluar semua yang membuatkan ramai yang tak senang duduk tu.

8. Tetapi, pada mereka yang disebut samada secara terus atau 'insinuations' oleh lapuran DOJ itu, rasanya mereka samada boleh bantah melalui kedutaan Amerika Syarikat di sini atau menyaman DOJ itu sendiri jika mereka rasa mereka telah dianiaya

9. Proteslah atau samanlah DOJ itu. Nak saman orang Malaysia ini buat apa? Yang buat lapuran adalah DOJ Amerika.

Mustapha Kamil
Ex NSTP Senior Editor

Sunday, June 25, 2017

Antara surat hadi kepada pembangkang dan campur tangan asing..!!!

JAWAPAN TERBUKA KEPADA SURAT TERBUKA DATO' SRI HJ ABD HADI AWANG

1. YB Dato' Sri Abdul Hadi Awang (selepas ini disebut DSHA) telah mengutuskan surat terbuka kepada parti² politik.

2. Isi utama surat terbuka tersebut adalah mengajak semua pihak, supaya tidak mengundang campurtangan asing dan janganlah kerana kemenangan menyebabkan sanggup mengadaikan negara.

3. Kesimpulan yang dibuat oleh DSHA ialah ada usaha mengundang campurtangan asing, apabila pihak yang mahukan kemenangan sanggup mengunakan isu 'saman' 1MDB diluar negara.

4. Bahkan DSHA mengajak semua pihak untuk selesaikan kemelut di dalam negara, sekalipun zalim dan tempang sistem yang ada dalam negara.

5. Kesimpulan DSHA tentang campurtangan asing ternyata silap, ini kerana 'kegagalan'  DSHA memahami latar belakabang yang berlaku.

6. Saman DOJ adalah terhadap pihak yang berurusan di Amerika syarikat dan di atas kesalahan yang didakwa berlaku di Amerika. (ini perlu difahami dahulu oleh DSHA, sebelum beliau dakwa adanya campur tangan asing dan undangan campur tangan asing).

7. Demikian juga dakwaan DSHA bahawa ada pihak yang hanya mahukan kemenangan walaupun dengan campur tangan asing juga adalah kesimpulan yang silap, ini kerana DSHA telah bersangka jahat terhadap semua pihak lain, seakan² pihak yang berjuang untuk *selamatkan Malaysia* hanya pelahap terhadap kemenangan.

8. Penentangan terhadap Barisan Nasional, Najib dan sekutunya akan terus berlangsung di MALAYSIA, sekarang pun pelbagai usaha telah dilakukan, saman, report SPRM, demostrasi, penyertaan dalam perbahasan di Parlimen telah dilaksanakan oleh parti² PEMBANGKANG di Malaysia dan akan terus dilakukan !.

9. DSHA juga perlu sedar bahawa segala saluran untuk membuktikan salahguna kuasa BN telah disempitkan oleh Najib dan BN, hatta laporan berkaitan 1MDB pun diOSAkan, bukan DSHA pernah nyatakan OSA adalah akta yang menafikan hak rakyat untuk mengetahui perkara yang sebenar.

10. Adapun pengunaan beberapa nas yang dibawa oleh DSHA dalam surat tersebut ternyata hanyalah kosmetik untuk menampakkan seruan tersebut adalah islami. Apabila latarbelakang isu tidak difahami dengan tepat dan kesimpulan itu ternyata tempang, maka pengunaan ayat itu pun tidak tidak kena pada tempatnya.

SURAT TERBUKA DSHA TİDAK LEBIH DARI 'AIR JAMPI PENENANG' SEMENTARA UNTUK NAJIB DAN BN.

Sekian, balasan terbuka untuk surat terbuka.

*RIDZWAN BIN ABU BAKAR*
*Pengarah Komunikasi Negeri Kedah*
*Parti Amanah Negara*

*24 hb Jun 2017 / 8.30 mlm*

Saturday, June 24, 2017

Kepada Presiden Pas.. cakap biar terang jangan cuba kelirukan rakyat untuk menyelamatkan Najib.

Kenyataan Presiden Pas yang cuba mengelirukan rakyat Melayu untuk menyelamatkan Najib Razak.

Presiden Pas lupa perkara-perkara penting berikut dan diharap insaf atas nama agama dan kepentingan negara dan rakyat:-

1) Tiada mana-mana pihak di negara ini menjemput kuasa asing menyelesaikan masalah 1MDB kerana kesalahan yang berlaku dalam skandal 1MDB berlaku di negara-negara yang mendakwa perlakuan jenayah 1MDB seperti di Amerika Syarikat dan Singapura.

Jadi, mereka bertindak sendiri sebab kesalahan berlaku di negara mereka dan mereka mahu menjaga kepentingan kewangan dan integriti negara mereka, maka mereka mendakwa.

Mereka tidak pula menyatakan untuk menyerang negara ini. Lagipun, Najib dan Pak Menteri lain sekarang membisu tak mampu menangkis fakta penyelewengan 1MDB, kenapa pula Presiden Pas cuba selamatkan Najib.

Yang didakwa melakukan jenayah adalah Najib dan bukannya rakyat Malaysia secara am, maka tiada sebab untuk kuasa asing mencampuri urusan negara. Sanggupkah Presiden Pas menjadi gembala kepada seekor serigala liar yang sedang membaham kambing-kambing yang tidak bersalah?

2) Presiden Pas lupa ayat alQuran di surah Hud:113 bahawa kita dilarang cenderung kepada kezaliman, sedangkan Najib bertindak zalim terhadap rakyat dan khianat kepada negara dengan mencuri duit berbillion ringgit dengan kehidupan mewah Rosmah dan keluarganya, tetapi rakyat yang kena tanggung hutang, gst, potongan subsidi dan kenaikan harga barang yang melampau.

3) Nabi Muhammad SAW juga pernah dibantu orang luar yang bukan muslim seperti Perjanjian Hudaibiyah dan  Sofyan bin Umaiyah dalam peperangan Hunaian.

Ini link surat terbuka beliau :
https://m.malaysiakini.com/news/386650

Muhammad Faiz Fadhil

Sg. Petani : Restoran tumpuan kaki ponteng puasa


SUNGAI PETANI – Walaupun sudah minggu akhir Ramadan, namun masih terdapat pengusaha kedai makan yang gagal mematuhi arahan perniagaan untuk memulakan jualan selepas jam 3 petang.

Ini dibuktikan apabila sebuah restoran di sini dikenal pasti menjalankan perniagaan sebelum jam 3 petang apabila didatangi beberapa pelanggan bagi mendapatkan makanan sejak pagi.

Hasil maklumat awam memaklumkan kedai terbabit menjalankan perniagaan makanan kepada kaki ponteng puasa setelah dilihat didatangi beberapa pemuda pada jam 11 pagi.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi dimaksudkan dua jam kemudian turut mendapati kedai terbabit masih menerima pelanggan termasuk bukan Islam, yang tanpa segan-silu berurusan menggunakan pintu hadapan sebelah tepi.

Walaupun setiap penjuru kedai ditutup dengan bidai kayu, namun pintu tepi sekeliling kedai dibiarkan terbuka sedikit.

Kelihatan beberapa kipas di kaki lima dibuka seperti biasa, mungkin memberi petanda kepada pelanggan yang kedai terbabit beroperasi seperti biasa.

Hasil pemerhatian mendapati selepas beberapa minit menunggu di pintu terbabit, seorang petugas datang kepada pelanggan yang menunggu di luar dengan membawa beg plastik berwarna hitam.

Sejurus membuat bayaran, pelanggan kemudian bergegas membonceng motosikal bersama seorang lagi teman yang siap sedia menunggu sebelum memecut laju meninggalkan kedai terbabit.

Yang menghairankan, kedai terbabit berurusan secara terbuka dengan pelanggan di bahagian hadapan pintu yang boleh dilihat orang awam tanpa mempelawa masuk ke dalam premis bagi mengaburi perbuatan mereka.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, tindakan penguatkuasaan ataupun hukuman keras perlu dikenakan bagi mengelakkan perkara sama berulang saban tahun bertujuan menghormati perintah berpuasa ke atas orang Islam sepanjang bulan Ramadan.

Dengan apa yang dijanjikan SADA setakat ini pihak PH yakin pelan menanggani masalah air di Kedah.


ALOR SETAR - Pemimpin Pakatan Harapan yakin  persediaan dirancang oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) berjaya mengurangkan gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri kali ini.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, dalam satu sesi taklimat khas bersama Sada kelmarin, pihaknya sudah dijelaskan mengenai persediaan dilaksanakan oleh syarikat bekalan air itu.

"Menerusi sesi taklimat itu, kedua-dua pihak dapat berbincang dan bertukar pandangan yang secara terbuka mengenai masalah air yang dihadapi negeri ini.

"Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Ghani Zainuddin meyakinkan kami bahawa syarikatnya akan berlaku adil kepada semua dalam mengendalikan krisis air, di negeri ini," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Kedah, di Pekan Simpang Kuala, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan Sada bahawa seramai 36 pegawai perhubungan yang berlesen sudah dilantik untuk bertugas di setiap kawasan Dun pembangkang.

"Kesemua pegawai yang dilantik akan membantu setiap wakil rakyat dalam menangani aduan air yang diterima oleh pemimpin Pakatan Harapan di kawasan pembangkang.

"Oleh itu, kita juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, buat masa ini terdapat 99 kawasan di seluruh Kedah yang mengalami kekurangan air di mana Sada selalu membekalkan air melalui penggunaan 55 lori yang menghantar 1.2 juta liter air sehari.

"Ia dijangkakan bahawa jumlah kawasan yang terjejas semasa raya akan meningkat kepada 257 kawasan di mana Sada menjangka akan menyediakan 127 lori air untuk membekalkan 2.7 juta liter air sehari.

"Sada juga memberi jaminan bahawa mereka akan menubuhkan pusat aduan setempat di kawasan-kawasan yang terjejas dalam usaha menangani isu ini," katanya.

Justeru, beliau berharap langkah-langkah yang komprehensif dirancang oleh pihak Sada berjaya dilaksanakan untuk mengurangkan masalah air pada musim perayaan kali ini.

"Saya turut memuji sikap keterbukaan Abdul Ghani yang bersetuju untuk berjumpa dengan wakil-wakil Pakatan Harapan," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Abdul Ghani berkata permintaan bekalan air setakat ini, masih dalam keadaan normal.

"Sada bersiap sedia untuk menerima pengguna yang pulang berhari raya. Sudah tentulah penggunaan air akan berlipat ganda.

"Sada akan usaha sedaya upaya elak agar isu tahun lalu berulang,"katanya.

Beliau berharap pengguna sentiasa bersabar dan memberi kerjasama kepada Sada untuk bersama-sama menghadapi musim perayaan kali ini.

Sada sedia agih 2.2j liter air di musim perayaan


ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) sudah bersedia untuk mengagihkan sebanyak 2.2 juta liter air sehari sekiranya berlaku krisis gangguan air sepanjang musim perayaan nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Ghani Zainuddin berkata, jumlah itu adalah sekali ganda berikutan persediaan yang rapi dilakukan oleh pihaknya berdasarkan pengalaman tahun lepas.

"Tahun ini kita membuat persiapan yang lebih baik dengan menyediakan 127 lori memandangkan Sada  mengenal pasti lebih banyak kampung yang bakal terjejas iaitu 257 buah kampung.

"Operasi penghantaran air menggunakan lori bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam dan  sekiranya keadaan semakin buruk, kita akan hantar 24 jam selama tujuh hari semasa Aidilfitri nanti," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media khas selepas taklimat dan persiapan terakhir menangani masalah air menjelang Aidilfitri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrul Hisham Hashim.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din yang mempengerusikan sesi taklimat sebelum itu berkata, beliau berpuas hati dengan semua persiapan kontingensi gangguan bekalan air yang dilakukan semua pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bomba sepanjang Aidilfitri nanti.

"Cuma kita agak kecewa apabila loji Pokok Sena yang dijangka siap pada tahun ini, masih belum dapat beroperasi seperti yang dirancangkan. Sekiranya beroperasi kelak, bekalan air di kawasan Pokok Sena dan Kota Setar dijangka selesai.

"Lima projek loji yang lain iaitu Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Bukit Selambau (Merbok), Loji Rawatan Air Sungai Limau (Baling), Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama dan Loji Rawatan Air Jenun Baru (Yan dan Pendang) masih dalam peringkat penilaian," katanya.

Sementara itu, Badrol Hisham menjelaskan, satu taklimat mengenai pelan kontingensi gangguan air akan turut diberikan kepada wakil rakyat pembangkang.

"Isu ini berkaitan rakyat, kami mahu semua pihak mendapat maklumat bagi memastikan tiada masalah berlaku hingga membebankan rakyat nanti," katanya. - Bernama

'Apabila Mahathir kembali ke Kubang Pasu'


SHAH ALAM - Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis berbuka puasa yang diadakan di kawasan lamanya, menerima sambutan positif daripada ahli Umno.

Namun,sayangnya kata beliau 'mereka masih kekal dalam Umno'.

"Saya kembali ke Kubang Pasu, kawasan saya dahulu, buat kali pertama untuk berbuka puasa di Kodiang selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu.

"Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu.Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno," katanya yang dipetik menerusi perkongsian di blognya www.chedet.

Untuk rekod Mahathir mula bertanding di di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding.

Selepas pilihan raya, Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya.

Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Katanya lagi, "Dalam ucapan saya, saya jelaskan bahawa Umno sekarang bukan Umno yang saya pimpin dahulu,".

"Umno sekarang bukan pun Umno yang ditubuh pada 1946 oleh Dato Onn, Umno yang mengalahkan Malayan Union, dan mencapai kemerdekaan.

"Umno sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya," dakwanya.

Dalam pada itu,dalam perkembangan mengenai tuduhan bahawa beliau terlibat dengan pengeluaran kenyataan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Mahathir berkata, " Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,".

" Di Malaysia ada Perdana Menteri yang melalui wang dan ugutan mempengaruhi tindakan dan kenyataan oleh anggota Kerajaan. Di Amerika Presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan dirinya dari pegawai berkaitan dengan apa sahaja salahlaku olehnya

"Dan Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu. Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate," katanya.

Justeru katanya, yang menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DOJ  Amerika adalah satu kebodohan yang luar biasa.

Penjelasan DSAI berkenaan isu Forex zaman Tun Mahathir

oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Saya memilih untuk bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Forex selaku mantan Menteri Kewangan 1991-1998. Saya berpuas hati dengan ruang yang diberikan oleh Pengerusi Tan Sri Sidek dan jawatankuasa

Dalam kesempatan singkat pada 20hb April lalu, saya telah jelaskan antara lain bahawa:

1. Sebaik menyandang jawatan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin) ada menyentuh urusan dagangan matawang oleh Bank Negara Malaysia. Menurutnya, sejak 1989, Perbendaharaan Amerika (Fed); Bank Pusat England dan IMF telah memaklumkan bahawa penglibatan BNM dalam urusan tersebut dianggap membimbangkan.

Berikutnya, dalam taklimat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Jaafar Hussein, beliau menafikan keterlibatan BNM sambil menekankan bahawa penglibatan BNM adalah sah sekadar mempertahankan kedudukan ringgit dalam pasaran.

2. Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992, dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM. Tan Sri Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Namun, manakala deraf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari yang dijangka. Memandangkan saya dan Kementerian Kewangan tidak dimaklumkan mengenai hal tersebut, Gabenor sendiri yang menjelaskan kepada media dengan menyebut “kerugian atas kertas”.

Berikutnya saya terpaksa menangani permasalahan tersebut di Parlimen, terutama persoalan-persoalan yang dibangkit Ketua Pembangkang ketika itu, YB Lim Kit Siang. Kerajaan memberikan penjelasan BNM sambil menjelaskan keutuhan ekonomi. Namun, saya menegaskan arahan agar BNM menghentikan dagangan Forex tersebut.

3. Dari perkembangan tahun berikutnya, 1993, ternyata urusan tersebut diteruskan; dan jumlah kerugian ketika itu, dianggar sekitar RM9 bilion hingga RM10 bilion. Gabenor BNM membuat pengakuan kepada saya bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak memberi laporan tepat kepadanya dan beliau telah menerima perletakan jawatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai petugas yang bertanggungjawab. Tan Sri Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya, walaupun saya akui kewibawaannya dan percaya bahawa beliau tidak diberikan keterangan lengkap oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

4. Tan Sri Ahmad Don yang mengambil alih tugas Gabenor BNM pada tahun 1994 telah bertindak menghentikan dagangan tersebut, dan mula membayar kerugian sekitar RM500 juta setiap tahun. Pengurusan BNM bertambah mantap, diperkemas dengan laporan dasar yang lebih teratur kepada Menteri Kewangan.

Jumlah kerugian akhirnya dianggar sekitar 15 hingga 30 bilion ringgit tertakluk kepada cara BNM mengaudit dan mencatat potongan ‘contingency fund’, ‘reserve fund’, ‘insurance fund’; kos membendung inflasi dan mempertahan ringgit.

5. Setelah saya dipenjarakan pada September 1998, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri. Dan lebih serius lagi apabila beliau dilantik Menteri Kewangan Kedua pada 2008; walaupun ketika diberhentikan pada tahun 1998, Kementerian Kewangan telah mengemukakan syarat bahawa beliau tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana institusi kewangan negara.

6. Dalam pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas Forex ini, berulangkali saya tegaskan keperluan dibekalkan dengan laporan dan dokumen untuk memastikan perjalanan lebih telus dan teratur. Perkara ini belum dilaksanakan. Saya juga perhatikan masalah wujud manakala keputusan Pengerusi membenarkan peguam saya, R Sivarasa, hadir untuk saya rujuk, tetapi keputusan ini diketepikan oleh seorang pegawai di Kementerian Kewangan.

*Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN. – Keadilan Daily

Friday, June 23, 2017

Hari raya terakhir buat Umno-BN

Besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta ini dapat dibina semula dalam segenap aspek yang telah dan sedang dinodai Umno-BN. Perubahan besar ini jelasnya perlu dirasai dan dilakukan bersama segenap rakyat dan kepimpinan Pakatan Harapan.

Pilihan raya ke-14 yang bakal tiba dalam masa terdekat dan mungkin sahaja selepas hari raya akan menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak parti rasuah Umno-BN kali ini.

Kehendak rakyat untuk melihat negara ini bersih daripada rasuah perlu diutamakan.

Pertembungan kali ini jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh parti rantai berlian merah jambu dan dipimpin oleh orang yang kononnya 'menerima derma' dari sheikh Arab.

Penguasaan Umno-BN yang terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus bersuka-ria mencuri wang rakyat (kleptokrasi).

Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi penting rakyat berlaku sehingga 'jerung' terus selamat.

Sikap peguam negara yang terus berdiam diri dengan pelbagai bukti jelas Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap penyonglapan kewangan yang berpunca daripada wang 1MDB, yakni wang rakyat Malaysia.

Hidup Melayu! Kita mahu Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta perasuah yang memimpin negara ini.

Hidup Islam! Kita mahu Islam terus dipertahankan supaya akidah tidak terpisah dengan akhlak dan tadbir urus.

Juga amat mustahak sekali gus Islam terserlah sebagai rahmatan lil a'lamin. Islam memberi kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaan-Nya.

Pembawaan politik kaum dan anutan agama yang sempit perlu dibanteras agar Malaysia dapat membangun dengan nilai bangsa dan agama yang lebih inklusif dan rahmat kepada semua rakyat Malaysia.

Juga lebih utama pada hari ini ialah bagaimana untuk kita jadikan negara ini bersih dari rasuah?

Bagaimana duit poket rakyat setiap hari dapat ditingkatkan?

Bagaimana kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan? Bagaimana masalah pengangguran anak muda dapat diatasi?

Bagaimana untuk memastikan rakyat dapat berteduh di teduhan yang selesa dan tidak membebankan?

Justeru, usaha untuk menjadikan negara ini maju dan bertamadun hendaklah digerakkan bersama-sama seluruh rakyat, NGO dan parti politik dalam mendepani kerajaan perasuah yang telah mencuri berpuluh bilion wang rakyat.

MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

Thursday, June 22, 2017

Bersediakah PM dan Shafee dedah akaun bank mereka?

22 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE

Najib dan Shafee
Najib dan Shafee

Adakah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah bersedia untuk mendedahkan akaun bank masing-masing seperti diarahkan mahkamah tinggi semalam?

Apakah kesan tindakan mendedahkan akaun bank dua individu berprofail tinggi itu terhadap sabitan kes liwat II ketua pembangkang yang juga bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan adakah pembebasan Anwar daripada pertuduhan akan memberi peluang kepada gabungan Pakatan Harapan untuk mencipta sejarah baru negara bagi menggantikan kerajaan BN di Putrajaya?

Kesemua persoalan ini akan terjawab pada prosiding mahkamah Julai dan Ogos ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes semalam.

Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat Anwar sebelum 12 Julai ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi media berkata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang 19 Julai.

Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.

Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Shafee dilantik oleh peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melalui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.

Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan beliau.

KPN Perlu Rampas RM128 juta Atau 28 Barangan Kemas Daripada Rosmah

1. Saya cukup yakin dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang Berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

2. Pendedahan oleh DOJ menunjukkan wang yang dipulangkan tersebut diseleweng untuk dinikmati antaranya oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melalui akaun Tanore di Singapura yang didakwa dikawal oleh Jho Low yang merupakan sahabat karib anaknya Riza Aziz.

3. Sungguh gembira Rosmah Mansor menikmati wang tersebut taktalah rakyat terus derita dengan pelbagai jenis cukai, kos sara hidup tinggi, gaji yang rendah dan bermacam lagi. Apapun tindakan DOJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami kemana wang yang telah dipulangkan oleh Najib Razak (menurut pengakuan Rahman Dahlan).

4. Saman DOJ ini telah mendedahkan sebanyak AS$27.3 juta telah dibazirkan dengan membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk Rosmah Mansor. Malah, Rosmah juga dihadiahkan 26 barang kemas bernilai jutaan ringgit daripada penyelewengan duit "derma" ini. Samaada barang kemas mewah ini dihadiahkan oleh Jho Low sebagai tanda penghargaan atau arahan masih belum terjawab. Justeru, Rosmah Mansor perlu jelaskan perkara ini kepada umum kerana wang yang digunakan tersebut adalah milik rakyat.

6. Saya mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menasihatkan Rosmah Mansor agar berani mengikuti langkah DiCaprio kerana ia adalah prosedur biasa dalam penyiasatan kes sepertimana yang pernah ditunjukkan SPRM dalam rampasan barang mewah milik EXCO Johor dan pegawai Jabatan Air Sabah baru-baru ini.

7. Malah, Ketua Polis Negara kita perlulah jadi matang dan lebih prihatin untuk mencampuri tindakan DOJ ini, kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah. Ketua Polis Negara perlu buktikan yang beliau lebih cekap daripada FBI dengan mengambil sendiri barang kemas tersebut daripada Rosmah Mansor. Rakyat dahagakan tindakan kritikal seperti ini.

8. Justeru, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab besar untuk melindungi maruah dan integriti Malaysia dengan memastikan sesiapapun di Malaysia tidak akan boleh terlepas daripada melakukan kesalahan.

*YB Khalid Samad*
*Ahli Parlimen Shah Alam*
*Parti Amanah Negara*

Pas yang tidak istiqamah pendirian

 http://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/03/pkr-pas.jpg
Kira kira enam minggu yang lalu, Majlis Syura Ulama Pas mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik dengan PKR sebagaimana diluluskan perwakilan pada Muktamar Pas ke-63.

Hubungan yang dibina sejak 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata roboh setelah ketiadaan Almarhum Fadhil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin utama Pas.

Walaupun Pas yakin dengan kekuatan jentera mereka, namun ternyata mereka memerlukan PKR dari sudut idea dan strategi, maka tidak hairan apabila naib Presiden Pas , Nik Amar kembali membuka pintu kepada PKR untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diasaskan oleh Pas bersama parti IKATAN sebelum ini.

Terkeluarnya pimpinan pimpinan profesional Pas yang seterusnya menubuhkan AMANAH meruncingkan lagi Pas dari sudut idea dan strategi berhadapan pilihan raya, ternyata setelah drama RUU355 berakhir Pas kelihatan seperti hilang punca untuk mencorakkan perjalanan parti, maka tidak hairan lah sepanjang berakhirnya drama Ruu355, isu yang dijuarai Pas hanyalah berkisar memburukkan Amanah dan DAP.

Kalau diperhatikan, sayap dan badan utama Pas hari ini, seperti Unit Amal, Dewan Himpunan Penyokong Pas, bahkan Alternatif Rider Club (ARC) diasaskan oleh pemimpin pemimpin yang hari ini telah bersama Amanah, ini membuktikan, kelompok pemikir sudah tiada di dalam Pas dan inilah yang mendesak mereka untuk cuba kembali mendapatkan PKR yang di dalamnya ada tokoh tokoh yang mampu menjana idea dan strategi ampuh untuk berdepan Umno Barisan Nasional.

Pas mungkin baru tersedar bahawa tanpa kerjasama politik sekurangnya bersama PKR, akan menjadikan parti mereka tidak lagi releven ada PRU ke-15.

Keterdesakan Pas ini menjadikan mereka tidak "istiqamah" atau tidak tetap dengan setiap pendirian atau keputusan yang dibuatnya sendiri, mereka akan mengubah keputusan awal yang hanya diketahui secara lewat tidak menguntungkan mereka.

Keterdesakan ini juga disebut-sebut kesan daripada sambutan luar biasa rakyat negeri Kelantan terhadap Pakatan Harapan yang dianggotai secara bersama oleh PKR, Amanah, PPBM dan DAP.

Tanpa Pas jangka, parti yang disebut sebagai "nyamuk" ternyata menggugat mereka apabila parti "nyamuk" ini bergabung dan bekerjasama dengan 3 parti lain, dan Pas yang pernah meninggalkan Umno dengan hanya 6 kerusi pada Pru12 tahun 2008 kini bakal mengalami kesukaran yang dasyat bukan sahaja untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan, bahkan berisiko kehilangan hampir kesemua kerusi DUN di Kelantan sekiranya berlaku 3 penjuru.

Namun tidak kurang yang berpandangan, setelah berjaya meruntuhkan Pakatan Rakyat, tujuan sebenar ajakan Pas kepada PKR adalah bertujuan untuk meruntuhkan Pakatan Harapan pula sekaligus walaupun "mengorbankan" diri mereka namun akan membantu menghalang DAP dan Amanah dari mendapatkan kuasa, dengan erti kata lain membantu mengekalkan penguasaan Umno Barisan Nasional di Putrajaya.

Pas suka perjuangan Umno martabatkan Islam

 Pas suka perjuangan Umno martabatkan Islam
KODIANG - Parti Pas dilihat lebih tertarik dengan perjuangan Umno yang lebih menjaga kebajikan umat Islam dan mengamalkan pentadbiran yang menguntungkan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, Pas sebelum ini memutuskan kerjasama dengan DAP akibat tindakan parti berkenaan yang seakan membuli Pas.

"Pas pun dah serik dgn DAP, tahaluf siyasi pun dah tak ada dengan DAP.Pas ini dalam banyak-banyak hal suka dasar perjuangan Umno dari pembangkang," katanya ketika berucap di Iftar Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat peringkat negeri Kedah di Kampung Pering, petang tadi.

Menurutnya, walaupun berbeza pendapat, tetapi Pas dapat melihat dengan jelas prinsip perjuangan Umno dalam menjaga kepentingan umat Islam dan memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, Dalam majlis berkenaan, Datuk Seri Mohd Najib turut melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8), Peringkat Kebangsaan di sini, menjadikan sejumlah RM250 juta dibelanjakan bagi penyediaan lampu jalan di luar bandar sejak tahun 2003.

Peruntukan itu membolehkan 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh Malaysia termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang menelan kos RM100 juta.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta untuk pemasangan 8,093 unit lampu jalan kampung di seluruh 15 kawasan Parlimen di Negeri Kedah termasuk di 96 buah kampung di Jerlun.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd serta barisan exco negeri Kedah.

Batal GST hanya kerana takut kalah dalam PRU

 http://4.bp.blogspot.com/-1JQLk7daglU/VQvDnPiAQFI/AAAAAAAABzw/C-ajfEb5mXU/s1600/GST.jpg
SHAH ALAM - Langkah pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barang makanan dibuat hanya kerana bimbang akan kekalahan BN pada PRU14.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembatalan tersebut hanya bersifat sementara dan hanya akan dilaksanakan sekiranya BN menang pada PRU akan datang.

"Langkah itu hanya dibuat selepas perkiraan politik kerana takut kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa pemerintahan.

[Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan]

"Bagi saya pembatalan tersebut hanya bersifat sementara bagi menunggu selesai PRU14. Sudah pasti lebih dari 60 jenis makanan tersebut akan disenaraikan semula dan digazetkan dalam senarai barangan yang dikena GST berkadar standard 6 peratus," katanya dalam kenyataan, semlama

Pelaksanaan GST ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan.

Menurut Mahfuz lagi, langkah pelaksaan GST ke atas 60 jenis makanan itu dibuat tanpa pertimbangan memikirkan kos sara hidup yang tinggi.

"Pertimbangan kerajaan hanyalah sema-mata untuk menampung keborosan, pembaziran, penyelewengan dari salahguna kuasa pemimpin dengan GST tanpa melihat kesan peningkatan inflasi.

"Hanya selepas bantahan dari pelbagai pihak khususnya dari kalangan ahli dan parti politik dan dibimbangi kemarahan rakyat memuncak menolak kerajaan BN pada PRU14 nanti barulah dibatalkan gazet tersebut," katanya lagi.

MENTERI arah PPD dan pengurusan sekolah supaya perlu proaktif dalam kes BULI

 Buli
KUALA NERANG - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah lebih proaktif dalam menangani masalah buli bagi memastikan isu itu tidak terus melarat.

Katanya, ini termasuk mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan ketua polis daerah di kawasan masing-masing bagi mengenal pasti kawasan 'panas' yang mempunyai elemen buli.

"Kes buli ini bukannya berlaku di semua sekolah, dalam satu-satu daerah mungkin ada dua atau tiga sekolah.

"Pihak pengurusan sekolah perlu lebih rapat dengan polis dan sekiranya ada kes jangan takut laporkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilftri oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan bagi mengulas mengenai isu buli yang begitu kerap berlaku sejak kebelakangan ini termasuk kes T.Nhaveen, 18, yang maut di George Town, Pulau Pinang akibat dipukul dan didera oleh sekumpulan remaja termasuk dua pelajar sekolah.

Mahdzir turut menekankan mengenai kepentingan guru disiplin dan kaunselor di setiap sekolah meningkatkan kemahiran mereka dalam berdepan dan menangani pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk membuli dan dibuli.

"Bagaimanapun saya tidak bersetuju jika guru dipersalahkan jika sesuatu kes buli berlaku. Masalah buli ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diselesaikan oleh semua pihak," katanya.

Pada majlis itu 3,200 individu dari 143 cawangan Umno di Padang Terap menerima sumbangan berbentuk kain pelikat, beras pulut dan wang tunai. - Bernama

Lambakan filem ganas antara faktor gejala buli

 https://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/09/470-X-470-px-650x340.jpg
KUANTAN - Lambakan filem dan drama yang mengandungi adengan ganas dikenalpasti sebagai satu daripada faktor yang membawa kepada peningkatan gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata remaja pada masa kini semakin meminati filem bercorak sedemikian, menyebabkan peraturan yang lebih ketat wajar diperkenalkan dalam aspek penapisan filem.

"Remaja hari ini semakin berminat menonton filem ganas. Mereka mudah terpengaruh dan merasakan bahawa keganasan yang ditonjolkan dalam filem itu adalah penyelesaian masalah, lalu menyebabkan berlakunya buli," katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Beliau juga mengakui walaupun tindakan menapis filem dilakukan, remaja masih boleh mencari altenatif menonton filem seperti itu sama ada menerusi cakera padat digital atau cakera padat video (VCD) dan media sosial di internet.

Sehubungan itu, Lee menyifatkan tindakan penapisan itu wajar diselarikan dengan kemahiran ibu bapa yang baik dalam mendidik anak-anak supaya mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

Satu lagi faktor penting dalam menangani masalah buli ialah dengan memastikan remaja tidak bergaul dengan rakan sebaya yang negatif, yang merupakan aspek utama yang mempengaruhi dalam perkembangan diri remaja, katanya.

"MCPF percaya semua faktor yang menyebabkan peningkatan kes buli ini boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak seperti Lembaga Penapisan Filem dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam memantau filem bercorak ganas.

"Bagi kemahiran keibubapaan pula, ada kementerian berkaitan yang boleh bantu. Begitu juga dengan masalah rakan sebaya negatif yang boleh diuruskan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri masing-masing," katanya.

Lee menambah MCPF juga berpendapat isu buli perlu dibincangkan di peringkat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai menteri serta ahli akademik bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Ini bagi mengelakkan 'isu itu hanya dibincangkan setiap kali ia berlaku' yang dikhuatiri akan menjadi terlalu lewat untuk menanganinya memandangkan gejala buli sejak akhir-akhir ini telah membawa kepada kematian mangsa, tambahnya.

Sementara itu, Rosli memaklumkan kejadian buli di sekolah di Pahang tidak berada pada tahap membimbangkan dan pada tahun lalu, hanya satu kes direkodkan dan siasatan mendapati ia berpunca daripada salah faham antara pelajar terlibat.

Rosli menambah pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada pegawai polis juga sering mengadakan kunjungan ke sekolah sekitar negeri bagi menyampaikan ceramah kepada pelajar sebagai satu langkah pencegahan dan pemantauan. - Bernama

Tuesday, June 20, 2017

Kepada pimpinan PAKATAN HARAPAN, jangan sampai rakyat fedup dengan hangpa..!!!

JANGAN SAMPAI RAKYAT FEDUP.

Isu siapa akan jadi PM siapa akan mengepalai komponen Harapan nampaknya tidak mudah tuntas. Setengah pemimpin atau jurucakap parti parti dalam Harapan terus bercakap saling ulas mengulas dan melempar berbagai pendapat.

Pihak itu berkata begini pihak ini berkata begitu. Sukar untuk dihentikan. Polimek mengenai siapa akan jadi PM masih belum ada jalan penamat. Kasusnya sama hebat dengan isu 1MDB.

Kadang kadang naik meluat sudah mengikut perkara ini. Saya bimbang tanpa ada henti mengenai perkara ini menyebabkan orang ramai jadi fedup akhirnya tawar hati untuk mendukung Harapan. Janganlah berlebih lebih sangat.

Kalau boleh jurucakap dan juru ulas dalam parti komponen itu tidak mudah jadi "cepelak" mulut..untuk mengulasnya. Tutuplah isu itu dan tumpukan kepada kerja untuk menang dahulu.

Cara mempertikaikan soal siapa PM siapa pengerusi, siapa presiden itu tidak profesional.. Atau pun isu ini macam kisah perempuan gila yang dicerita dalam Quran membuat simpualan tali tetapi tidak sudah sudah kerana sering kali merombaknya. Apakah para pemimpin Harapan sudah GILA? Trims.

Bagaimana Isa Samad boleh dilantik sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714?

ISA SAMAD PEMANGKU PENGERUSI SPAD?

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Tan Sri Isa Samad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan atas jasanya itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengumuman perlantikan Isa sebagai pemangku SPAD mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat dan parti politik.

Ramai mempertikaikan kewajaran ISA dibawa ke SPAD setelah terdapat percakaran dan krisis pengurusan dalam FGVH sehingga menimbulkan kemelut.

Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH. Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?

Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?

Mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Pengangkutan Awam Darat hendaklah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih 5 orang wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak lebih daripada 5 orang anggota lain yang pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pengerusi dan seluruh anggota Suruhanjaya kecuali Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tidak lebih 3 tahun.

Selain itu Akta 714 juga telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi dalam keadaan jawatan Pengerusi kosong; Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Difahamkan sekarang jawatan Pengerusi SPAD telah kosong dengan persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar justeru Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi.

Persoalannya sekarang bagaimana Isa Samad boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714? Bagaimana Perdana Menteri boleh umumkan perlantikan jawatan Isa berkuatkuasa serta merta tanpa mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada? Sejak bila ada jawatan Pemangku Pengerusi di dalam Akta 714?

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?

Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?

Negara punah kerana Umno/BN.

Malaysia bukan harta pusaka Umno/BN. Malaysia hak kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
20062017
25 Ramadhan 1438

Penang bandar Kristian, Exco Agama Negeri menasihati Ketua Penerangan PAS supaya jauhilah fitnah dalam bulan ramadhan..

Pulau Pinang bandar Kristian, Ketua Penerangan PAS "Low Class"

Ustaz Nasrudin Hassan  , Ketua Penerangan PAS  sekali lagi buat fitnah . DAHULU dekat Lim Guan Eng, kini menuduh Pulau Pinang  akan dijadikan Bandar  Kristian.

Ustaz Nasrudin kini ambil sikap seperti UMNO, serang habis kerajaan  Pulau Pinang.Dia tak tahukah , Pulau  Pinang dan Malaysia ada perlembagaan.

Beliau tak tahukah dari DYYM Agong sampai ke bawah kebanyakannya jawatan diisi oleh orang Melayu,

GEORGE TOWN – Tuduhan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai bandar Kristian mungkin bertujuan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang membelenggu rakyat dan negara ketika ini. 

Justeru sempena bulan Ramadan ini, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim menasihatkan Nasrudin agar menjauhi fitnah dan tidak bersikap takfiri kerana ia bukan cerminan kepada ajaran agama Islam yang syumul. 

“Fitnah dan tohmahan berbentuk kebencian kaum dan agama seperti ini sengaja dibangkitkan oleh ahli politik yang korup idea. 

“Tuduhan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai sebuah bandar Kristian seperti ini akan menimbulkan sentimen kebencian agama dan ancaman kaum, hanya demi kepentingan politik mereka.

“Hakikatnya, Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam adalah sebagai agama Persekutuan. Ia terkunci kukuh dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung pada sidang media di sini sebentar tadi. 

Turut sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. 

Menurut Abdul Malik, syiar Islam di Pulau Pinang terus berkembang apabila perbelanjaan untuk Hal Ehwal Agama Islam telah meningkat lebih 80 peratus, mencapai jumlah RM457.05 juta sekaligus menyangkal tuduhan tersebut. 

“Institusi pendidikan Islam di sini bertambah saban tahun, sehingga kini berjumlah hampir 200 buah. 

“Malah, pembinaan masjid dan surau turut bertambah, bahkan setiap malam ia diimarahkan dengan majlis ilmu dan kuliah agama. 

“Justeru, majoriti rakyat di negeri ini menolak extremis agama dan kaum. Pulau Pinang mendokong prinsip Islam Rahmatun Lil Alamin,” jelas beliau.

Sementara itu, Guan Eng memberitahu bahawa terdapat juga tuduhan mengatakan Kerajaan Negeri menganjurkan majlis onani yang dipercayai dibuat oleh Ketua Bahagian PAS, Wilayah Persekutuan. 

“Saya terkejut bahawa sebuah parti politik boleh buat pembohongan seperti ini. 

“Adakah mereka (PAS) bencikan sangat orang bukan Islam ataupun parti bukan Islam sehingga sanggup membuat fitnah,” responsnya.

Monday, June 19, 2017

APA JASA 'ISA SAMAD' YANG DIKENANG OLEH NAJIB

1. TS Isa Samad telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi FGV, FGV dalam kenyataannya kepada Bursa Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Isa meletakkan jawatannya untuk mengurus urusan peribadi.

2. Urusan peribadi mengikut kefahaman umum sudah tentulah merujuk kepada urusan keluarga, sesuai dengan usianya mungkin TS Isa ingin 'mengurus peribadinya' bersama keluarga dan menikmati hasil kerjanya selama menjadi Menteri Besar, Menteri, Pengerusi Felda dan Pengerusi FGV.

3. Tanpa perlu menunggu jangka masa yang lama, Najib Razak (Perdana Menteri yang paling luklux pernah dimiliki oleh Malaysia) telah mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai pemangku Pengerusi SPAD pula, bahkan perlantikan itu berkuatkuasa serta merta.

4. Lebih menarik lagi, dalam kenyataan mengumumkan perlantikan Isa Samad, Najib berkata perlantikan itu dibuat untuk menghargai *JASA* Isa Samad, soalnya apakah Syed Hamid yang tidak disambung sebagai Pengerusi SPAD tidak ada sebarang jasa ?

5. *Najib wajib jelaskan kepada rakyat, apakah JASA besar Isa kepada beliau sehingga Isa tetap perlu diberikan peranan di agensi kerajaan sekalipun telah BERJAYA menjahanamkan Felda yang merupakan salah satu GLC yang agak cemerlang sebelum diambilalih dan dirosakkan oleh Isa Samad*. Apakah Najib dan Isa ada menyimpan *'rahsia besar BERSAMA*?.

6. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk *mempersoalkan* perlantikan Isa Samad, jangan biarkan maruah dan nasib negara kita yang tercinta ini dipermainkan oleh Najib dan sekutunya.

*JOM TINGKATKAN AMAL SOLEH*
*JATUHKAN NAJIB DAN BN ADALAH AMAL SOLEH*

*RIDZWAN BIN ABU BAKAR*
Pengarah Komunikasi
Parti AMANAH Negara
Negeri Kedah

5.00 ptg / 19 hb Jun 2017





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...