TERKINI :

Thursday, May 11, 2017

Skandal 1MDB: K'jaan perlu lebih telus, kata Nazir

Kerajaan perlu lebih telus mengenai skandal 1MDB, menurut Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Razak.

"Ia mendapat liputan yang sangat 'menyakitkan' dalam beberapa bulan di kalangan media antarabangsa.

"Saya fikir mereka sedang cuba menyelesaikan penyusunan semula kewangan 1MDB, tetapi saya rasa kerajaan masih perlu menambah baik dari segi ketelusan keseluruhan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada program"Street Signs" oleh CNBC.

Nazir adalah adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kini sedang menghadiri Persidangan WEF Asean di Kemboja.

Nazir sendiri menjadi perhatian tahun lepas selepas pendedahan mengenai beliau memindahkan AS$7 juta yang diterima dari abangnya itu kepada beberapa ahli politik.

Jelasnya, beliau percaya jumlah itu adalah sumbangan dari beberapa syarikat tempatan dan individu tertentu untuk tujuan pilihan raya umum 2013.

"Saya faham mengenai keberangan itu dan berdasarkan pengalaman lalu, saya sepatutnya tidak melakukannya.

"Saya anggap dan percaya, dengan niat baik, dana tersebut datang dari penjanaan dana politik yang sah," katanya di Instagram.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...