TERKINI :

Sunday, May 14, 2017

PAS AKAN TAHALUF DENGAN UMNO!

KEPALA BATAS 14 Mei - Pas tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa akan datang.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini kerana parti berkenaan sentiasa bersikap terbuka dalam sebarang rundingan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana pihak itu mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut Hashim, tindak-tanduk UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya Pas Kawasan Kepala Batas di sini hari ini. UTUSAN

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...