TERKINI :

Sunday, May 21, 2017

Kedah perlu Atasi segera, Lemas Final Cup FA semalam


Ramon Marcote melalui laman sosial Instagram, memberikan pandangan beliau mengenai permainan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 semalam.

Walaupun Kedah berjaya muncul juara Marcote mahukan barisan kejurulatihan Kedah membuat analisis perlawanan semalam, kerana terdapat banyak kelemahan dikesan walaupun bermain dengan 11 orang berbanding pasukan Pahang.

1) Kedah hilang ‘possesion’ dan juga tidak dapat mengawal permainan berbanding dalam separuh masa pertama. 

2) Beraksi dengan 11 pemain berbanding Pahang dalam 60 minit, Kedah gagal menggunakan kelebihan ini untuk menjarakkan kedudukan lebih selesa.

3) Gagal untuk menjadikan permainan dengan lebih wide, untuk mengambil peluang dengan kelebihan seorang pemain, serta tidak mencipta situasi yang memenatkan pemain Pahang. Sebaliknya pemain Kedah kelihatan lebih penat sebenarnya.

4) Hantaran bola pemain-pemain Kedah perlahan, ia sepatutnya lebih laju dan pantas. 

5) Terdapat banyak ruang dan gap diantara pemain-pemain Kedah yang membenarkan pemain-pemain Pahang membuat mengambil kesempatan untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

6) Pada separuh masa kedua, pasukan Kedah kurang intensiti permainan berbanding pasukan Pahang. 



Bagaimanapun, menurut Ramon Marcote, beliau mengucapkan tahniah kepada Kedah kerana berjaya menjuarai Piala FA 2017 seterusnya memiliki slot Piala AFC 2018.​   

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...