TERKINI :

Wednesday, May 3, 2017

JOM TUKAR KERAJAAN BN, UNTUK KITA SEMUA MALAYSIA BARU..!!

JOM TUKAR KERAJAAN

Pakatan Harapan ajak semua parti pembangkang berpakat lupakan sengketa,  tumpu persamaan untuk mengalahkan Umno-BN. 

Pas yang wujud di barisan pembangkang pula tidak mahu berpakat bekerjasama bahkan mengisytihar pula PH sebagai musuh.

Pakatan Harapan tidak mampu memaksa Pas untuk kembali fokus menentang Umno-BN kerana Pas telah menganggap sahabatnya musuh.

Pakatan Harapan yang ingin melakukan reformasi terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN terpaksa bertarung dengan Pas kerana Pas sendiri yakin akan menang lebih banyak kerusi walaupun bersendirian. 

Pertembungan tiga penjuru hampir mungkin terjadi,  maka PH vs Umno-BN vs PIGS (Pas Ikatan Gagasan Sejahtera).

Pilihan Pengundi :

1. Pilih Umno-BN maka tiada apa yang berubah.

2. *Pilih Pas yang hanya bertanding 80 kerusi yang walaupun menang kesemua kerusi tetap tidak boleh melakukan perubahan untuk mentadbir Malaysia,  mustahil nak kerjasama dengan PH kerana telahpun dianggap musuh,  maka kemungkinan besar proses 'taawun' bersama Umno-BN untuk memerintah Malaysia,  juga tiada perubahan,  kerana dalam muktamar sendiri, pemimpin parti itu sepertinya tiada idea baru yang ingin diperkenalkan selain dari melampiaskan hawa nafsu marah kepada PH semata* .

3. Pilih PH yang bertanding semua kerusi yang ditandingi Umno-Bn berjumlah 222 kerusi parlimen,  jika menang 112 kerusi sudah cukup untuk menjadi barisan kerajaan baru yang memungkinkan perubahan ke arah kesejahteraan dan kebaikan, lihat sahaja contoh di Selangor dan Pulau Pinang. Adapun jika bertambah buruk,  maka lagi lima tahun boleh tukar balik.

Pilihan tetap di tangan anda, undilah Pakatan Harapan walaupun anda Pas atau Umno-BN kerana undi anda sangat diperlukan untuk melakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem pentadbiran serta urus selia negara Malaysia tercinta.

Pengundi Baru PRU14
Ke Arah Malaysia Baru

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...