TERKINI :

Thursday, May 11, 2017

GERAH SPRM NAK TANGKAP SIAPA DI KOTA BHARU ?

KEADILAN Kota Bharu telah mengadakan pertemuan segera dengan SPRM Kelantan pada 9 Mei 2017, sebaik sahaja Gerakan Revolusi Anti Rasuah GERAH dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.

KEADILAN Kota Bharu dalam pertemuan dengan SPRM Kelantan telah menggesa supaya pihak SPRM:

(1) Memberi perhatian kepada rasuah pilihan raya
(2) Memberi fokus kepada rasuah yang dilakukan oleh pihak atasan bukan golongan bawahan.
(3) Benar benar dilihat dan dirasai keberadaannya oleh rakyat dalam usaha memerangi rasuah pilihan raya, iaitu menjadi Suruhanjaya Pencegahan, bukannya Suruhanjaya Perisikan Rasuah Malaysia.

KEADILAN Kota Bharu menyokong penuh apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dato Johari Abdul bahawa SPRM disaran mengambil tindakan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik tanpa perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-14.

Justeru itu KEADILAN Kota Bharu memandang pelancaran GERAH SPRM hanyalah sandiwara jika ia hanya berjaya menangkap pelaku rasuah dikalangan prebet, koperal, sarjan dan anggota penguatkuasa bawahan, sebaliknya MO1 dan mereka yang dikaitkan dengan duit rasuah 1MDB terus dibiarkan. Apalagi jika dibiarkan sahaja berbilion ringgit duit haram digunapakai untuk membeli undi dalam PRU14.

SPRM digesa mempelajari usaha yang dibuat oleh tokoh penentang rasuah daripada Brazil, Hakim Marlon Reis yang telah berjaya menggerakkan 5 juta rakyat Brazil melawan rasuah dan telah menyebabkan 700 calon pilihan raya sabit kesalahan.

SPRM di gesa untuk memastikan pilihan umum ke 14 ini bebas daripada rasuah dan pembelian undi, dengan membuat tangkapan segera kepada mereka mereka yang terlibat.

Soalan kami kepada SPRM Kelantan, menjelang pilihan raya umum ke 14 ini, GERAH SPRM nak fokus tangkap siapa?

Prebet Balai Polis Kota Bharu?
Ketua Bahagian Kota Bharu?
MO1?

Ahmad Syauqey Bin Abdul Ghani
Pengarah Pilihan Raya
KEADILAN KOTA BHARU
11 Mei 2017

👍🏽Like & Share
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=300413507030777&id=200203277051801

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...