TERKINI :

Friday, May 19, 2017

Adakah ia betul demi Islam atau sekadar demi survival sentimen kepartian

BismillahirRahmanirRahim

AHLI AKADEMIK BERSENTIMEN KEPARTIAN

1. Pada hemat saya, tindakan seorang ahli akademik (sebab dia ada PhD) membangkitkan utk tatapan umum kandungan buku tulisan Hannah Yeoh (saya tak baca pun) yg dikatakan mengajak pembaca Islam utk terpengaruh dgn agama Kristian, bermotif politik. Ini boleh dihidu drpd beberapa pengamatan berikut:

i. Jika bangkitan itu bermotif ilmu, ia diwacanakan dlm kalangan ilmuwan dgn membawa sekali penulisnya utk merespon satu persatu perkara yg dibangkitkan. Tentu universiti tempat pensyarah itu mengajar bersedia menjadi penganjurnya. Penulisnya boleh dikritik secara berdepan, secara ilmiah dan diselesaikan dimeja para ilmuan.

ii. Jika bangkitan itu bermotif keselamatan atau agama, ia boleh diselesaikan dgn serahan tindakan lanjut kpd KDN dan Jakim. Buku itu boleh diharamkan dan boleh ditarik balik drpd pasaran serta-merta. Sudah ratusan judul buku yg diharamkan oleh pihak berkuasa tanpa perlu dipolemikkan kandungannya di FB seperti yg ahli akademik itu lakukan.

2. Bahkan saya katakan, ahli akademik itu secara sengaja mempolemikkan isi kandungan buku itu dan mempolitikkannya kerana penulisnya pemimpin DAP.  Tujuannya ialah, memberi gambaran buruk tentang DAP kpd pengundi Melayu Islam. Soalan saya, jika Hannah Yeoh bukan orang DAP;

i. Adakah mana-mana pensyarah universiti akan rasa tergugat iman dgn buku yg ditulis olehnya?

ii. Adakah dia dianggap mengembangkan agama bukan Islam kpd orang Islam melalui bukunya itu?

iii. Adakah dia akan direpot polis telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengembangan Agama Bukan Islam Kpd Orang Islam? (Di Perlis saya terlibat membahaskan enakmen ini pada tahun 2002).

iv. Adakah bukunya akan dibaca utk dicari bahan yg boleh ditimbulkan sebagai polemik dalam masyarakat umum?

v. Adakah seorang ahli akademik Melayu Islam sanggup bersusah-payah berbuat sesuatu yg boleh menimbulkan keresahan dlm masyarakat umum dlm keadaan itu boleh dielak?

3. Ketika kita sedang berusaha utk membentuk iklim hubungan antara agama yg sihat dlm negara ini, kemunculan ahli akademik yg cuba memanipulasi ketajaman sentimen keagamaan yg sedia wujud boleh dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab. Sepatutnya ahli akademik mengelak diri drpd menampilkan untuk tatapan umum  polemik yg tidak sihat sebegitu.

4. Oh, bela Hannah Yeoh? Ini bukan isunya. Isunya ialah cara perkara ini ditangani oleh ahli akademik berkenaan. Dari satu sudut, ia sengaja dibuat utk memberi gambaran kpd umum bahawa DAP musuh Islam. Label itu memang sengaja dipromosikan dan selari dgn kemahuan politik Umno. Dlm keadaan hal ini boleh dielak oleh seorang ahli akademik, mengapa ia dilakukan? Sangkaan saya, ya, ahli akademik itu memang mesra Umno.

5. Dia nak mesra Umno, itu haknya. Cuma, dia perlu bertanggungjawab utk tidak membangkitkan isu-isu sensitif ini dlm kalangan khalayak kerana ia boleh diselesaikan melalui pendekatan yg saya sebutkan tadi, debat intelek dan serahkan kpd pihak berkuasa.

6. Saya fikir, ahli akademik perlu jujur dgn ilmu. Jiwa ahli akademik mesti halus dan luhur. Tugas ahli akademik ialah menebarkan ketenangan. Ahli akademik wajib mempromosikan toleransi peringkat tertinggi khususnya dlm konteks hubungan antara pelbagai agama. Jangan lacurkan kemurnian status sebagai ahli akademik dgn sentimen politik kepartian sehingga merosakkan keharmonian hidup antara warga.

Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Arau, Perlis
18052017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...