TERKINI :

Thursday, April 13, 2017

Zahid tidak lagi dipercayai Najib, dakwa Mahfuz

Benarkan Ahmad Zahid tidak lagi mendapat kepercayaan Najib?
Tindakan perdana menteri mewujudkan portfolio Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri hanya membesarkan saiz kabinet dan menzahirkan 'hilang kepercayaan' beliau terhadap timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan perlantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke jawatan itu dan berpendapat ia hanya untuk menguatkan cengkaman kuasa perdana menteri dalam kerajaan.

"Apa masalah kepada pentadbiran PM Najib sehingga mewujudkan potfolio Tugas-Tugas Khas di JPM dalam keadaan anggota kabinet sudah pun diberikan tugas yang terkandung di dalam portfolio yang sedia ada.

"Apa bidang Tugas-Tugas Khas yang dimaksudkan itu sehingga perlu diberi tanggungjawab khas kepada Hishammuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib," soal beliau.

Menurut Mahfuz, kabinet kini sudah mempunyai 35 menteri termasuk 9 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan portfolio baru menimbulkan persoalan sama ada menteri-menteri sedia ada sudah tidak berkemampuan untuk menjalankan tugas tambahan.

Mahfuz yakin di sudut pentadbiran tiada keperluan untuk diadakan jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM kerana ia tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat dan negara.

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, beliau menyarankan Najib mengecilkan saiz kabinet dengan kualiti kerja yang maksimum.

"Langkah PM Najib melantik Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah langkah politik untuk cengkaman kuasa memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai PM dan langkah melindungi beliau hari ini dan selepas bersara," ujarnya.

Beliau menambah, pelantikan Hishammudin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas memberi petanda Najib hilang kepercayaan kepada Zahid yang sepatutnya diberikan kepercayaan menjalankan tugas jika ada keperluan untuk misi tertentu.

"Ini telah dibayangkan Zahid yang pernah membuat kenyataan ada orang yang nak mengalahkan beliau di Bagan Datuk. Kenyataan sebegitu sudah pastinya tidak merujuk kepada pembangkang kerana memang 'tugas khas pembangkang' untuk kalahkan beliau yang sudah diketahui umum dan bukan sahaja di Bagan Datuk tetapi termasuk Pekan dan keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ditandingi Umno-BN," ujarnya lagi.

Ini kata Mahfuz mungkin dihangatkan lagi dengan sokongan Zahid terhadap debat Tun Mahathir dan Datuk Seri Nazri Aziz.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...