TERKINI :

Sunday, April 30, 2017

TAKZIAH DARI AMANAH KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI MUKTAMAR PAS KE 63

*KENYATAAN SEGERA PRESIDEN AMANAH*

www.amanah.org.my

Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera.

Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung.

*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara

BismillahirRahmanirRahim

*TAKZIAH DARI AMANAH KEDAH KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI MUKTAMAR PAS KE 63*

Parti AMANAH Negara Kedah merakamkan simpati dan takziah kepada seluruh pimpinan, perwakilan serta pemerhati Muktamar PAS ke 63 terhadap kejadian ribut kencang luar biasa yang melanda kawasan muktamar di Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut yang membongkar balik khemah dan diberitakan mengakibat kecederaan.

Semoga semua dapat bertenang dan bersabar di atas kejadian yang di luar kekuasaan manusia untuk menghalangnya. Diharap semua yang cedera dirawat dan segera sembuh, khemah-khemah yang roboh menyembah bumi akan dapat segera dibaiki.

Didoakan agar muktamar dapat diteruskan seperti dijadualkan oleh panitia muktamar.

AMANAH - PROGRESIF - PEDULI

*Dato Dr. Ismail Salleh*
Pengerusi Parti AMANAH Kedah

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...