TERKINI :

Tuesday, April 4, 2017

Ridhuan Tee kata MCA bukan lagi biawak tetapi buaya besar sebab tentang RUU355

Tentang RUU355: MCA Bukan Lagi Biawak Tetapi Buaya Besar, Kata Ridhuan Tee

Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Keputusan MCA – parti komponen Barisan Nasional (BN) yang anti-Islam – menentang RUU355 menunjukkan mereka tidak lagi menghormati majoriti umat Islam, sedangkan kemenangan mereka dalam pilihan raya adalah atas ehsan pengundi Melayu.

Sehubungan itu, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan MCA dan ultra kiasu lain yang menentang RUU355 – kononnya bercanggah dengan Perlembagaan – sebagai bukan lagi biawak, tetapi buaya besar yang membahayakan dan mahu membaham tuannya sendiri.

Ketika dihubungi ismaweb.net hari ini, beliau berkata, sudah tiba masanya UMNO memikirkan untuk menendang keluar MCA, termasuk Gerakan, daripada terus memikul biawak hidup.

“MCA telah membuat keputusan akan menentang RUU355 tanpa mengira siapa yang akan membawanya, termasuk UMNO. Nampaknya, MCA langsung tidak ada hormat lagi kepada majoriti umat Islam. Sekurang-kurang duduklah berkecuali. Ini tidak, semakin kuat tentangannya.

“MCA ini siapa dalam BN? Kuatkah dia? Jika kuat berapa banyak kerusi yang dia menang? Tidakkah MCA menang atas ehsan orang Melayu? Kenapa langsung tidak bersyukur? Ini bukan lagi memikul biawak hidup?,” katanya

Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei tahun lalu dan sepatutnya dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasaMahkamah Syariah dan undang-undang Islam. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 iaitu 33 tahun lalu.

Ridhuan Tee berkata, sebahagian besar pengamal dan pakar undang-undang beragama Islam, termasuk bekas Ketua Hakim Negara, sudah mengatakan bahawa RUU355 tidak bertentangan, malah menepati Perlembagaan Negara.

“MCA dan ultra kiasu lain menentang atas dasar ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan. Sejak bila MCA menjadi pakar undang-undang? Siapa yang lebih betul? MCA? ultra kiasu? Pengamal undang-undang ultra kiasu?

“Ultra kiasu bukan sahaja memutar belitkan fakta, malah tidak langsung faham sejarah, apatah lagi menghormatipribumi? Apakah hak mereka untuk menentang hak pribumi?,” katanya.

Katanya, ultra kiasu menafsir sesuatu mengikut kehendak nafsu mereka yang sejak dahulu lagi menentang apa juga perkara berkaitan dengan Islam, malah akan dicari segala hujah bagi menyokong kehendak nafsu itu agar tindakan itu boleh dikatakan betul.

“Contohnya, Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 atau berkelakuan tidaksopan di tempat awam yang berkaitan dengan umat Islam di Terengganu pun mereka tentang. Sedangkan Terengganu adalah negeri hampir 100 peratus orang Islam.

“Gatal sungguh punggung mereka? Kerja tak ada, pengaruh pun tak ada, tetapi nak tunjuk jadi jaguh? Hina sungguh orang macam ini. Peliknya, kita terus tunduk, seolah-olah MCA ini kuat dan mewakili orang Cina.

“Apakah UMNO masih tidak sedar? Berapa banyak hak yang telah diberikan oleh kerajaan kepada orang Cina melalui MCA? Saham? Perniagaan? Sekolah Cina? KUTAR? UTAR? Universiti Wawasan (Gerakan)? Bank? Koperasi? Tanah? dan banyak lagi bantuan? kenapa semua ini tidak dihargai dan disyukuri?,” katanya.

Beliau berkata, MCA dan Gerakan kini bukan lagi mewakili orang Cina sebaliknya DAP.

Ridhuan Tee mengakui ramai kaum Cina yang ditemuinya tidak menentang RUU355, malah menganggapnya amatbaik untuk menyelamatkan Islam, termasuk keselamatan orang Cina yang berniaga.

“Sudah tentu dengan pelaksanaan RUU355, akan berkuranglah kes-kes jenayah yang menyumbang kepadaketenteraman dan keselamatan perniagaan dan kehidupan mereka.

“Hari ini umat Islam hanya menuntut hak mereka yang telah hilang iaitu undang-undang Islam. Itupun sebahagian, bukan pun hudud,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...