TERKINI :

Friday, April 28, 2017

PAS sekadar ingin bercerai dengan PKR tapi masih mahu tinggal serumah.

Putus hubungan dengan PKR tapi tidak perlu letak jawatan di Selangor


Muhammad Khalil Abdul Had (tengah) dalam ketika mendengar ucapan Perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-58 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut hari ini-Foto Bernama.

'Sembang kencang' Pas sempena perhimpunan agung tahunan parti itu yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR tidaklah sampai ke tahap angkat kaki daripada kerajaan negeri Selangor.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan Pas di negeri itu tidak perlu berbuat demikian walaupun Pas memuktamadkan berakhirnya kerjasama politik dengan PKR.

Anak Presiden Pas yang menduduki jawatan berkenaan selepas menang tanpa bertanding itu mendakwa bukannya PKR atau DAP melantik exco dalam kerajaan negeri Selangor.

"Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP.

"Mereka dilantik oleh Pas, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR," katanya pada sidang media sulungnya di Alor Setar, hari ini.

Terdapat tiga anggota exco daripada Pas dalam kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.

Dua lagi ialah Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi serta Exco Infrastruktur Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut gesaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini supaya pimpinan Pas meletak jawatan jika memutuskan hubungan dengan parti tersebut, Khalil berkata, exco Pas di Selangor perlu kekal dalam jawatan untuk melaksanakan mandat rakyat.

"Kami bekerja untuk rakyat, dan bukan untuk parti dan mereka perlu menjalankan amanat parti itu, tidak perlu mengendahkan permintaan PKR," tambahnya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...