TERKINI :

Tuesday, April 11, 2017

Menteri sudah beri isyarat, sedia naikkan harga minyak selepas serangan Trump

KUALA LUMPUR: Harga minyak di Malaysia dijangka menerima tempias daripada serangan Amerika Syarikat ke atas Syria minggu lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata ini kerana harga minyak negara ini berdasarkan pasaran dunia.

"Saya tak mahu buat spekulasi hari ini tapi kalau boleh rakyat sedar bahawa kebanyakan daripada syarikat minyak yang ada dalam negara kita, mereka menjual mengikut harga pasaran dunia dan juga perkiraan APM (mekanisme penetapan harga minyak) yang saya telah umumkan sebelum ini," katanya.

Pada 7 April, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan tenteranya menyerang tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar Assad.

Kira-kira 60 buah peluru berpandu jenis Tomahawk dilancarkan oleh tentera laut AS dari kapal perang Navy Destroyer di Laut Mediterranean.

Ia menyebabkan harga pasaran minyak dunia melambung naik, dengan minyak mentah Brent meningkat AS$0.72 kepada AS$55.60 setong pada hari sama serangan.

Petrol jenis RON95 kini berharga RM2.16 seliter, RON97 RM2.43 seliter manakala diesel ialah RM2.08 seliter. Sejak Mac 29, harga petrol ditentukan setiap Rabu berdasarkan sistem apungan terurus.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...