TERKINI :

Thursday, April 13, 2017

MARKAZ ATAU WISMA AMANAH KG KUCHAI PARIT DITAWAN SEMULA OLEH PAS ADALAH FITNAH UNTUK MENGELIRUKAN ORANG RAMAI


Tersebarnya berita pada media sosial kononnya Pas telah merampas kembali Markaz/Wisma AMANAH Kg Kuchai dalam Dun Bota, Parit, Perak adalah tidak tepat dan direka dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

2. Markaz/Wisma AMANAH itu dulunya adalah Markaz Pas Kg Kuchai yang dibina pada tahun 1987 dengan keringat ahli-ahli dan beberapa individu tertentu diatas tapak tanah milik ayahanda saya, HAJI AHMAD IBRAHIM memandangkan ianya sangat strategik di tepi jalan besar Kg Gajah-Bota Kiri memang sesuai didirikan Markaz tu. Ketua Pas cawangan ketika itu ialah ARIFFIN PANJANG MAT ALI dan saya selaku Setiausahanya.

3. Pada peringkat awalnya, selain daripada menampung aktiviti Pas cawangan, markaz ini juga dimanfaatkan sebagai Sekolah Agama Rakyat untuk kanak-kanak sekitar. Masa berlalu, markaz ini terus digunakan oleh ahli-ahli dan orang kampung untuk majlis pengajian ilmu dan lain-lain acara semasa.

4. Sewaktu Pas bergolak pada tahun 2014, Pas Cawangan Kuchai Tengah juga turut merasai tempiasnya. Apabila ditubuhkan NGO Pasma dan diikuti dengan Gerakan Harapan Baru (GHB), ahli-ahli Pas cawangan setelah melalui pemutihan terakhir pada tahun berkenaan ada seramai 82 orang, dan seramai 80 orang turut bersama dalam kedua-dua NGO tersebut.

5. Dan pada tahun 2015 apabila ditubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH), beberapa orang yang bersama dua NGO tadi, tidak turut serta, hanya seramai 70 orang mengisi borang dan menyertai AMANAH.

6. Ekoran daripada itu, Pas Cawangan Kg Kuchai Tengah terbubar dan AJK Pas Cawangan telah menyertai Jawatankuasa Protem AMANAH cawangan sebulat suara mengambilalih markaz untuk dijadikan Markaz/Wisma AMANAH dan dicat dengan warna oren bagi menggantikan warna hijau.

7. Kira-kira pada awal tahun ini, 2017, timbul penjualan tanah tapak Markaz/Wisma AMANAH itu kepada adik bongsu saya, HJ HASHAN ALADI AHMAD yang juga Naib Ketua Pas Parit dan ahli Pas Cawangan Suak Sodang bukan ahli Pas Kg Kuchai.

8. Sejarah asalnya, setelah ayahanda kami meninggal dunia dan kami adik-beradik bersetuju menyerahkan tanah ini kepada kakak saya bernama HABSAH AHMAD yang tidak punyai tanah dan kini menetap di Bukit Beruntung. Tetapi dalam diam-diam, adik saya itu telah membeli tanah ini daripada kakak saya tanpa pengetahuan saya dan adik beradik yang lain.

9. Ini bermakna, tapak markaz kini sudah dimiliki oleh adik saya, HASHAN ALADI dengan harapan beliau dapat memiliki semula markaz tersebut untuk kegunaan Pas. Namun, ia telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli AMANAH cawangan dan mereka mengusulkan agar markaz diruntuh dan dipindahkan ke tapak baharu tidak jauh dari kawasan itu.

10. Tiga kali perbincangan antara saya dengan HASHAN ALADI bagi menyelesaikan masalah ini. Kali pertama perbincangan HASHAN ALADI bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan. Namun tiada respons selepas itu. Kali kedua HASHAN ALADI bersetuju markaz dibuka bahagian tertentu. Dan kali ketiga HASHAN ALADI diberitahu bahawa individu yang menaja atap (bumbung) dan kipas angin dll mahu membongkar dan ambil balik, pun HASHAN ALADI bersetuju.

11. Setelah tiada lagi respons positif daripada HASHAN ALADI selaku tuan tanah yang baharu, maka pada tanggal 5 April 2017 beliau telah saya maklumkan lagi melalui telefon (kerana pada waktu itu beliau sedang berada di tempat kerja sekolah), tentang individu berkenaan datang mahu membongkar bumbung dan mengambil kipas angin. HASHAN ALADI tidak menghalang malah beliau ketawa kecil sambil berkata "biarkanlah dia nak ambil apa yang dia nak ambil, biar sampai dia puas hati".

12. Walaupun ahli-ahli AMANAH terus mendesak meminta markaz itu dirobohkan dan didirikan semula di tanah bersebelahan dan saya juga bersetuju pada mulanya kerana saya juga banyak mengeluarkan wang membina markaz tersebut namun, atas pertimbangan saya berkebetulan Makcik saya (mak tiri) merayu minta jangan dirobohkan supaya mereka boleh menggunakan markaz itu untuk kelas mengaji bagi kanak-kanak, maka saya telah maklumkan kepada ahli-ahli AMANAH tentang perkara itu dan mereka akur.

13. Namun, saya tidak dapat menghalang dan saya juga membenarkan individu-individu yang terlalu banyak berhabis duit untuk pembangunan markaz itu, mengambil semula atap, kipas dan lain-lain yang ditajanya sebelum ini untuk dialihkan kepada pembinaan Markaz/Wisma AMANAH yang baharu.

14. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menyerahkan markaz itu kepada Pas Cawangan Kg Kuchai tetapi menyerahkan kunci kepada Makcik saya bagi dimanfaatkannya untuk kelas pengajian. Dan dalam hal ini, adik saya, HASHAN ALADI pula bersetuju untuk mengeluarkan belanja menyempurnakan semula bumbung dan lain-lain yang berkaitan.

15. Oleh yang demikian, tidak timbul isu Pas berjaya merampas Markaz/Wisma AMANAH itu semula.

16. Dengan penjelasan ini, diharapkan tiada lagi siaran penyebaran dalam apa jua bentuk untuk memburuk-burukkan AMANAH Cawangan Kg Kuchai khususnya dan AMANAH Parit amnya kerana ia adalah isu yang melibatkan ahli keluarga HJ AHMAD IBRAHIM yang tidak ada kena mengena dengan pihak lain.

AMANAH DEMI NEGARA

BAHARURAZI HAJI AHMAD
Bekas Setiausaha Pas Kg Kuchai 1986-2013
Bekas Ketua Cwg Pas Kg Kuchai Tengah 2013-2015
Ketua Cwg AMANAH Kg. Kuchai 2016-2018
Ketua AMANAH Parlimen Parit 2016-2018

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...