TERKINI :

Saturday, April 15, 2017

HADAPKAN TIMBALAN MENTERI JPM KEJAWATANKUASA TATATERTIB PARLIMEN KERANA MENIPU

DATO RAZALI IBRAHIM SELAKU TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI HARUS DIHADAP KE JAWATANKUASA TATATERTIB PARLIMEN KERANA MENIPU

Inilah sikap dan kualiti pemimpin-pemimpin umno serta BN yang senantiasa menipu rakyat malaysia untuk 'tegak benang yang basah' untuk pertahankan perdana menteri paling korup dan kerajaan kleptokrasi.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu telah menipu parlimen kononnya peguam negara malaysia sedang menunggu jawapan dari peguam negara switzerland. Pemimpin umno dan BN ingat rakyat bodoh?!

Mereka suka memperbodohkan rakyat serta ingat masyarakat akar umbi senantiasa boleh ditipu?!

Peguam negara switzerland telah menafikan yang tan sri apandi ali ada mohon kerjasama 'mutual legal assistance'(MLA) dari pejabat beliau dalam isu kes skandal 1mdb. Hakikatnya, untuk nak menipu di zaman siber tanpa sempadan ini adalah terlalu sukar. Dunia kini terlalu sempit untuk berbohong!!

Jawapan yang berunsur penipuan dari dato razali ibrahim pada yb gobind deo di dalam parlimen amatlah mendukacitakan serta memalukan imej parlimen malaysia kepada dunia luar!!

Dato razali ibrahim selaku kaki bodek minda lemah otak udang umno harus dihadapkan ke jawatankuasa tata-tertib parlimen untuk diambil tindakan disiplin terhadap beliau yang telah menipu pada sesi persidangan dewan rakyat baru-baru ini!!

Dewan rakyat tidak boleh dijadikan sebagai satu 'venue' untuk ahli-ahli parlimen berbohong secara sewenang-wenangnya dan tidak berasas kerana ianya akan mengaibkan martabat parlimen itu sendiri sehingga nilai-nilai keyakinan rakyat akan terhakis terhadap sistem demokrasi berparlimen!!

Akhirnya, kredibiliti serta imej parlimen malaysia akan terus hancur bukan saja dipandangan masyarakat tempatan tetapi juga warga luar negara.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Timbalan Presiden
Parti Generasi Baru
(Parti Bebas Rasuah)
15 April 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...