TERKINI :

Saturday, April 1, 2017

Betul... Rosmah tak jumpa Rajinikanth

Memang benar Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan legenda filem Tamil, Rajinikanth, di Chennai, India hari ini, dan seolah-olah membenarkan laporan portal berita negara itu, The Telegraph.

Bagaimanapun, berdasarkan penjelasan Datuk Rizal Mansor, laporan itu tetap tidak tepat.

Kata beliau, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak terlibat dalam pertemuan berkenaan, malah ia tidak pernah menjadi sebahagian daripada perencanaannya dalam lawatan ke negara berkenaan.

"Saya mengesahkan Datin Sri Rosmah tidak bertemu superstar India, Rajinikanth. Ia (pertemuan berkenaan) tidak pernah ada dalam jadual beliau atau dalam perancangannya semasa melawat India ini," kata Rizal.

Pada 29 Mac lalu, The Telegraph India mendakwa Najib dan Rosmah meminta untuk bertemu Rajinikanth semasa lawatan mereka ke India.

Rajnikanth dikenali sebagai seorang daripada bintang filem terhebat dalam sejarah perfileman India dan disanjungan peminatnya di seluruh dunia.

Menurut The Telegraph, mereka melihat program lawatan VVIP selama dua hari ke Chennai yang menjadi ibu negeri Tamil Nadu.

Laporan itu mendedahkan bahawa Najib dan Rosmah merupakan peminat Rajinikanth ketika pelakon itu berada Melaka untuk penggambaran Kabali.

Bagaimanapun Rizal menjelaskan Rosmah meang amat menghormati Rajinikanth dan menyedari kehebatannya, namun beliau tidak membuat permintaan untuk bertemu pelakon legenda terbabit.

Kata Rizal, laporan berita yang menyebut isteri perdana menteri itu meminta untuk bertemu Rajnikanth adalah tidak benar.

"Ia juga tidak ada dalam jadual kunjungan (Rosmah) ke satu daripada negara yang mengalami pembangunan ekonomi terpantas di dunia itu," katanya.

Najib mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke India mulai hari ini atas jemputan Perdana Menteri Narendra Modi.

Beliau yang juga pembantu khas Rosmah memberitahu, isteri perdana menteri terbabit juga tidak campur tangan atau dimaklumkan mengenai jadual penuh Najib, termasuk mengadakan pertemuan dengan Rajinikanth.

Mungkin, kata Rizal, pertemuan antara Najib dan Rajinikanth berkaitan dengan suatu cadangan untuk melantik pelakon terbabit sebagai duta pelancongan untuk Melaka.

Rancangan itu, menurutnya, dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta seorang anggota parlimen bukan BN dari Melaka pada awal Mac lalu.

"Oleh kerana populariti besar dan hakikat bahawa kebanyakan penggambaran filem Kabali dilakukan di Malaysia baru-baru ini, Rajinikanth adalah orang paling sesuai membantu mempromosikan pelancongan Melaka dan Malaysia - terutama di kalangan pelancong India," katanya.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...