TERKINI :

Tuesday, April 11, 2017

AMANAH : BUDAYA POLITIK HINA HARUS DITOLAK

BUDAYA POLITIK HINA HARUS DITOLAK

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(Surat Al-An'am Ayat 108)

Pemuda AMANAH Negeri Perak mengutuk sekeras-kerasnya karikatur yang disiarkan oleh akhbar Nan Yang Siang Pau yang seolah mempersendakan individu berhubung isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355). Karikatur tersebut dipercayai dituju kepada Ahli Parlimen dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat apabila pindaan RUU355 ditangguhkan selepas ia dibentangkan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan karikatur tersebut menyamakan Ahli Parlimen dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dengan monyet adalah sangat biadap dan melanggari sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Akhbar-akhbar arus perdana sewajarnya lebih peka dan faham tentang etika dalam menyiarkan apa jua berita mahupun karikatur.

Kami menegasnya, perbezaan pandangan politik tidak sewajarnya menjadi 'lesen' kepada sebarang penghinaan terhadap mana-mana pihak. Sebaliknya semua pihak wajar mehahami semangat perbezaan pendapat dan perlu ditangani dengan penuh hikmah.

Kami mengajak semua pihak terutama ahli-ahli AMANAH agar dapat mengamalkan politik rahmah dan menolak unsur-unsur politik hina dan tidak beretika. AMANAH telah 'lali' menghadapi penghinaan sedemikian namun kami tetap konsisten untuk mengajak semua meninggalkan budaya yang tidak bertamadun itu.

Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak menggesa akhbar Nan Yang Siang Pau memohon maaf secara terbuka terhadap penyiaran tersebut. Semoga akhbar tersebut lebih peka dan bertanggungjawab dalam apa jua penyiaran.

Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja

HASNUL ZULKARNAIN
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...