TERKINI :

Thursday, April 27, 2017

Akujanji BN Kedah masih berlambak tidak tertunai, dakwa AMANAH

KULIM BANDAR BAHARU: Barisan Nasional (BN) Kedah disarankan supaya tidak membuat janji-janji baru lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang, selagi aku janji yang dibuat mereka melalui buku ‘Aku Janji BN 2013’ belum dilaksanakan sepenuhnya.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Ustaz Othman Don.


Ustaz Osman Don, Ketua AMANAH Kulim Bandar Baharu

Menurut beliau lagi seperti dilaporkan Malaysia Dateline, banyak aku janji BN Kedah yang dijanjikan sehingga kini belum lagi menjadi realiti.

“BN Kedah menjanjikan untuk menaik taraf semua pusat tahfiz yang ada di Kedah, namun begitu masih banyak lagi yang daif serta tidak mempunyai prasarana yang sempurna.

“Janji mereka untuk mewujudkan 500 peniaga baru bagi setiap daerah di negeri ini, tidak juga kesampaian.

“Begitu juga dengan aku janji untuk meningkatkan isu\i rumah melalui kepelbagaian aktiviti ekonomi, sedangkan masih ramai lagi yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, ” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, isi rumah yang hidup dibawah miskin tegar terlalu ramai di dalam kawasan Sik dan juga Baling, tetapi tidak juga mendapat pembelaan dari kerajaan negeri walaupun tempoh yang mereka janjikan hampir tamat tidak lama lagi.

“Aku janji untuk menyelesaikan masalah bekalan air masih lagi tidak menjadi kenyataan kerana masih lagi banyak kawasan di Kedah yang tidak memperolehi bekalan air bersih dengan sempurna hingga kini.

“Terlalu banyak yang mereka janjikan dalam manifesto PRU ke 13 yang lalu sepertimana yang tercatat dalam buku tersebut, namun ianya hanya tinggal janji-janji manis sahaja.

“Rakyat Kedah harus sedar, selama ini janji yang dibuat oleh BN Kedah hanyalah sekadar untuk mendapat mandat dan pengaruh tetapi sukar untuk direalisasikan sepertimana janji yang mereka taburkan, ” tegasnya.

Dalam pada itu beberapa projek mega yang turut sama di janjikan oleh BN di Kedah sehingga kini belum lagi menjadi realiti.

Antaranya ialah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim belum lagi menampakkan bayangnya.

“Apa dah jadi dengan Lebuhraya Sungei Petani- Kedah Inner Expressway yang telah berakali-kali diumumkan sedangkan tempoh untuk memerintah negeri Kedah oleh BN semakin singkat.

“Bagaimana pula dengan cadangan untuk mewujudkan sebuah Bandar Raya Getah di Kota Putra, Padang Terap dengan janji akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan.

“Oleh kerana itu rakyat negeri Kedah jangan lagi terpedaya dengan janji-janji baru yang akan dicanang-cangkan oleh BN menjelang pilihan raya umum ke 14 yang akan datang tidak lama lagi, ” tambahnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...