TERKINI :

Sunday, April 9, 2017

ADAKAH RUU 355 ADA KAITAN DENGAN AQIDAH?

Usul MP Marang hanya sekadar mencadangkan kepada BN/Kerajaan untuk meminda hukuman dalam Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 daripada denda RM5000 kepada RM100,000, penjara 3 thn kepada 30 tahun dan sebatan 6 kali kepada 100 kali.

Akta ini pernah dipinda sebanyak dua (2) kali, iaitu;
i. Pada tahun 1984 dipinda drp denda rm1000 dan penjara 6 bulan kepada denda rm5000, penjara 3 tahun dan sebat 6 kali.
ii. Pada tahun 1989 dipinda untuk memperluaskan pemakaiannya ke Sabah dan Sarawak.

Akta ini juga pernah disemak pada tahun 1988 dengan menukar nama daripada Akta Mahkamah Orang Orang Islam (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 @ Muslim Court ( Criminal Jurisdiction ) Act 1965 kepada Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 1965( Semakan) 1988 yang membawa kepada mahkamah kadi selepas itu dikenali sebagai Mahkamah Syariah dan hakimnya yang dulu dipanggil Kadi @ Tok qadhi ditukar kepada Hakim Syarie (di Kelantan istilah hakim syarie baru diterimapakai tahun 2006 melalui pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah(Pindaan) 2006).

Pindaan yang dicadangkan tidak ada kaitan dengan cadangan pelaksanaan hukuman hudud dan qisas di Kelantan seperti yang digubal melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) seperti yang diumumkan oleh MB Kelantan pada 2 April 2014.

Usul RUU 355 sekadar bagi membolehkan beberapa kesalahan dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan dikenakan hukuman mengikut undang undang syariah selain meningkatkan jumlah hukuman dalam enakmen enakmen syariah di Kelantan seperti Enakmen Keluarga Islam 2002 dan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.

Malangnya mengapa cadangan pindaan yang semudah ini dikaitkan dengan implikasi hukum syarak yang melibatkan aqidah dan tuduhan menolak hukum Islam, boleh tanam dijirat, munafik, anti Islam, khadam kafir harbi dan seumpamanya.

Semua ini menggambarkan pemikiran khawarij yang suatu ketika dahulu telah banyak merosakkan kehormonian ummat Islam, yang bukan sahaja menyebabkan perselisihan dan perbezaan pemikiran, tetapi terbawa bawa kepada permusuhan dan pembunuhan,  telah menguasai pemikiran sesetengah ahli Pas sekarang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...