TERKINI :

Monday, April 24, 2017

AMANAH : ISU ZAKIR NAIK DAN PERTEMBUNGAN AGAMA

KENYATAAN MEDIA

ISU ZAKIR NAIK DAN PERTEMBUNGAN AGAMA

www.amanah.org.my

1. AMANAH melihat dengan penuh kebimbangan bagaimana isu kehadiran Dr Zakir Naik (DZN ) di Malaysia telah dieksploitasi bertujuan untuk mewujudkan ketegangan agama antara orang Islam dan bukan Islam.

2.  AMANAH mengutuk usaha mengeksploitasi isu ini bagi mengadu-domba antara penganut agama Islam dan bukan Islam. AMANAH menegaskan ini bercanggah dengan ajaran agama Islam yang menganjurkan kehidupan bersendikan amalan Li-Ta'arafu atau saling kenal-mengenali lantas saling hormat-menghormati.

3. Secara rasminya, kerajaan India menyatakan bahawa mereka ingin menyiasat DZN atas tuduhan menyokong pengganas, bukan atas sebab kerja-kerja dakwahnya. Ucapan-ucapan beliau dikatakan sebagai antara punca berlakunya beberapa peristiwa keganasan termasuk yang telah berlaku di Dhaka dan Mumbai.

4.  AMANAH berpandangan bahawa tumpuan perlu diberikan kepada menjawab tuduhan tersebut dan bukan diselewengkan untuk menghasilkan pertembungan antara umat Islam dan bukan Islam.

5. Tuduhan menyokong golongan dan kefahaman pengganas yang dibuat terhadap DZN adalah begitu berat. Ini bertambah rumit lagi kerana beliau merupakan ilmuan yang dihormati ramai dari kalangan umat Islam.

6. AMANAH menolak keganasan dan memandang serius dakwaan yang dibuat kerajaan India terhadap DZN. Oleh itu AMANAH menyeru kerajaan India untuk mengemukakan petikan ucapan atau jenis kegiatan DZN yang membuktikan beliau menyeru dan mendorong umat Islam ke arah keganasan seperti yang didakwa.

7.  Sekiranya tiada bukti dikemukakan, maka dakwaan bahawa DZN ingin ditahan dan diseksa atas sebab kelantangannya dan bukan atas sebab menyokong pengganas, adalah berasas. Amalan melabel seseorang sebagai pengganas tanpa bukti demi memudahkan penahanan beliau adalah satu amalan yang tidak menghormati hak asasi tertuduh.

8.  AMANAH yakin niat DZN bukanlah untuk menimbulkan keresahan di kalangan mana-mana pihak atau kebencian terhadap dakwahnya. Sebaliknya, bagi yang biasa mengikuti program beliau, pendekatan penerangan Perbandingan Agama atau Comparative Religion yang merupakan kepakaran beliau, sememangnya dibentang secara amat kritis dan tajam.

9. Dalam suasana yang serba tegang ini, AMANAH menyeru semua pihak untuk menangani persoalan ini dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan serta dengan cara yang jelas memperlihatkan keadilan supaya api perkauman dan ketegangan agama dapat dielakkan.

#AmanahDemiNegara

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

24 April 2017

Sunday, April 23, 2017

Ketahuilah.. JPJ tak ada hak menghalang anda RENEW ROADTAX walaupun anda ada saman

' RENEW ROADTAX ' SAMAN BUKAN PENGHALANG

7 Mac 2011 ISU SAMAN EKOR - MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.

Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.
Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.

Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF

Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Orang Asli menang di mahkamah Kota Bharu, kekalkan tanah milik mereka


Jurucakap Orang Asli Mustafa Along bercakap kepada media selepas mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka hari iniJurucakap Orang Asli Mustafa Along bercakap kepada media selepas mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka hari ini

Mahkamah tinggi Kota Bharu memutuskan memihak kepada Orang Asli dalam kes Belatim hari ini.

Pihak mahkamah bersetuju dengan tuntutan mereka yang mahu tanah yang diserahkan pihak Ladang Rakyat (syarikat milik kerajaan negeri) kepada pemaju diisytiharkan tidak sah.

Pihak mahkamah juga mengarahkan semua perjanjian antara pihak Ladang Rakyat dan pemaju dibatalkan.

Jurucakap Orang Asli, Mustafa Along yang bercakap kepada media melahirkan kesyukuran atas keputusan bersejarah itu.

"Kami Orang Asli amat bersyukur dengan keputusan ini dan berharap pada masa depan kami dirundingi bersabit pembangunan hutan.

"Kes ini telah berlarutan sejak 2011 dan keputusan hari ini amat bermakna," katanya.

Berkenaan isu penghadang yang melibatkan pertembungan antara Orang Asli, Mustafa berkata keputusan ini menyebelahi mereka.

"Ini menunjukkan usaha kami menghalang pembalakan adalah betul dan kami akan teruskan usaha pertahankan hutan.

"Apa yang kami buat adalah untuk menjaga alam sekitar dan sepatutnya disokong oleh semua pihak," katanya.

Che Ibrahim Mohamed mengalu alukan keputusan mahkamahChe Ibrahim Mohamed mengalu alukan keputusan mahkamah

Sementara itu Amanah Kelantan menyifatkan keputusan tersebut menyebelahi kebenaran yang sepatutnya diperolehi masyarakat orang Asli.

"Merekalah penduduk sebenar hutan sejak turun temurun dan tentulah hak mereka tidak boleh dipertikaikan.

"Pihak pentadbiran kerajaan mesti mengkaji semula sebarang keputusan berkaitan kawasan hutan dengan memberi perhatian kepada orang Asli," kata naib pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed kepada media selepas mendengar keputusan berkenaan.

Keputusan ini juga kata beliau membabitkan kawasan tanah rizab Melayu yang melibatkan kawasan yang diduduki Orang Asli.

"Akta tahah rizab Melayu 1934 juga harus tidak boleh digunapakai di kawasan mereka jika keputusan hari ini diambil kira.

"Memang realitinya pendudukan Orang Asli di tempat sekarang jauh lebih lama sebelum kewujudan akta ini," katanya.

Pas makin tak ketahuanhala, ahli kian celaru dakwa Ilham Centre & Dr Bridget


KUALA LUMPUR:
 Pas kini semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air manakala ahlinya pula keliru dengan apa yang hendak dibawa oleh pimpinan parti itu, kata penganalisis politik.

Menurut kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre, ahli Pas tidak tahu ke mana hala tuju Pas sebenarnya menjelang pilihan raya umum akan datang, samada akan bersama dengan BN atau pembangkang.

Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre

Pengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Hisomuddin Bakar berkata, kebanyakan ahli bawahan Pas tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang dilihat sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan BN.

"Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya.

Tetapi katanya, dasar yang dibuat oleh Pas untuk tidak mahu sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyusahkan Pas sendiri, lapor Malaysia Dateline.

"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula," kata Hisomuddin.

Bagi beliau, pendekatan Pas untuk hanya bekerjasama dengan PKR dan Bersatu ketika tidak mahu dilihat bekerjasama dengan rakan kedua-duanya iaitu DAP dan Amanah menyulitkan kedudukan Pas sendiri.

"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menjangka kumpulan yang keliru ini akan bila-bila masa boleh menyertai Amanah jika dilihat parti baru saingan Pas itu lebih jelas tindakan mereka.

"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.

Menurut Hisomuddin, mesej yang dihantar oleh Pas kepada ahli dan penyokongnya juga mengelirukan.

"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.

Seorang lagi pengkaji politik, Dr Bridget Welsh berkata, kekeliruan ahli Pas bertambah dengan isu pemergian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran ketika negara itu dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Syria di Aleppo.

Dr Bridget Welsh

"Saya rasa Hadi kini bermasalah dengan penyokong tegarnya dalam parti yang selama ini anti Syiah dan NGO konservatif yang selama ini menyokong parti itu," kata saintis politik itu.

Sebelum ini, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Pas sebuah parti yang keliru.

Namun, pandangan ini disanggah oleh ahli parlimen Pas dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi beliau Pas tidak keliru kerana sejak dari awal lagi sudah dinyatakan oleh pimpinan Pas mereka mahu bersama blok ketiga bukan kumpulan besar pembangkang atau BN.

"Yang keliru adalah parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih dok harap Pas akan bersama mereka," kata Mahfuz.

Saturday, April 22, 2017

Pakatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, kata Prof Agus

Prof Agus Yusof melihat Amanah dan Bersatu semakin diterima rakyat Kelantan dan perlu bergerak ke Kelantan selatan pula.Prof Agus Yusof melihat Amanah dan Bersatu semakin diterima rakyat Kelantan dan perlu bergerak ke Kelantan selatan pula.

Amanah dan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan, khususnya di kalangan pengundi muda (21-40 tahun), kata pengkaji politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.

Bagaimanapun, katanya, kepimpinan kedua-dua parti itu kurang padu manakala ceramahnya banyak, tetapi penceramahnya orang yang sama dan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.

"Bersatu dan Amanah perlu melakukan banyak lagi kerja untuk mendekati rakyat Kelantan secara lebih menyeluruh kerana setakat ini aktivitinya hanya tertumpu di Kelantan Utara sahaja," kata Agus.

Sehubungan dengan itu, Agus, saintis politik yang berasal dari Kelantan itu berkata, Umno lebih berpeluang untuk merampas kembali negeri Kelantan itu dari Pas.

"Pertanyaan saya cuma satu, setelah menang di Kelantan, siapakah Menteri Besar Umno tersebut?" kata Agus dalam satu tulisan di akaun Facebooknya.

Menurut beliau, sekiranya diadakan pilihan raya sekarang, Pas yakin mereka akan kekal memerintah Kelantan.

Umno juga yakin sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, mereka yang akan menang.

"Amanah dan Bersatu juga mendakwa mereka boleh mencabar kekuatan Pas dan Umno, hatta jika Umno dan Pas berkerjasama sekali pun dalam PRU akan datang.

"Begitulah politik, semua parti yakin akan menang," katanya.

Agus akui Pas mempunyai sokongan akar umbi yang teguh.

"Penyokong tegarnya kekal dengan Pas atas alasan Pas adalah parti agama.

"Begitupun, saya dapati ceramah Pas sudah semakin kurang diminati kerana penceramahnya tidak mampu memberikan gagasan baru untuk memerintah Kelantan ke depan," katanya.

Katanya, Umno masih sepi dengan kegiatan ceramah, tetapi mempunyai banyak program berfokus.

"Seperti Pas, Umno juga mempunyai penyokong tegar dan jentera akar umbi yang kuat," katanya.

Menurut beliau, bagi anak Kelantan yang tinggal di Lembah Kelang pula, mereka pengundi rasional yang memerhati kepada calon dan isu.

"Penyokong tegar setiap parti sekitar 20% sahaja menjadikan 40% pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar," katanya.

Persoalannya, parti manakah yang akan menang dalam pilihan raya umum nanti?

"Dengan mengambil kira perpecahan Umno dan Pas sehingga lahirnya Bersatu dan Amanah, jika berlaku pertandingan tiga penjuru, data yang ada menunjukkan Umno lebih mempunyai kelebihan.

"Betul, rakyat kecewa dan marah berat dengan beberapa isu Umno, khususnya berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup serta rasuah yang sering dilaporkan di dada akhbar," katanya.

Tetapi dalam konteks Kelantan, Agus memberikan tiga faktor utama yang tetap memberi kelebihan kepada Umno untuk menang.

(i) kegagalan kerajaan Pas mengatasi masalah rakyat dan membangunkan Kelantan menyebabkan rakyat mahukan perubahan kerajaan. 

(ii) pemimpin tempatan Umno lebih peka dengan masalah dan isu rakyat. 

(iii) parti dan kewangan Umno lebih kukuh untuk memujuk rakyat dalam kempen pilihan raya.

PAS pula, katanya, perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramahnya jika mahu kembali mendapat tempat di hati rakyat.

"Isu-isu rakyat perlu dijawab secara berhemah dan berfakta, bukan setakat apa yang PAS lakukan sekarang. Dalam politik, Pas perlu berpijak di alam nyata," katanya

Siapa yang rasuah dan merompak harta rakyat, Lim Guan Eng atau Najib Razak? – Mejar (B) Zaidi Ahmad

Firman Allah SWT (Maksudnya:) "Wahai orang-orang yg beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yg selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."– (Al Ma'idah Ayat 8)

APAKAH MAKNA RASUAH?

Kamus Oxford mentakrifkan rasuah (bribe) sebagai: "Sesuatu yg ditawarkan dengan tujuan untuk mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan yg menyebelahi pemberi".

KES RASUAH DR KHIR TOYO

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman penjara dan hartanah dirampas setelah didapati bersalah atas kesalahan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Kesiksaan.

Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta (pada tahun 2007) sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dalam penghakimannya, hakim Mokhtarudin menurut laporan Malaysiakini menyatakan; "Berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan kedua, Shamsudin yang juga Pengarah Urusan Roniaga Sdn. Bhd. beliau (Shamsudin) mengenali rapat tertuduh dan mempunyai hubungan perniagaan dengannya sebab pernah membuat permohonan untuk membangunkan projek perumahan."

"Maka, mahkamah mendapati tertuduh menyalahgunakan kedudukan beliau (dalam kes ini) dan saya putuskan hukuman penjara 12 bulan mulai hari ini dikenakan." Kata beliau.

Berikut pula kenyataan bekas Peguam Negara TS Gani Patail yg disiarkan akhbar Sinar Harian: "Keterangan yg telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan bahawa harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yg mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan."

"Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir Toyo. Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya "willing buyer willing seller".

http://www.sinarharian.com.my/…/peguam-negara-jawab-kenyata…

HUBUNGAN PERNIAGAAN ELEMEN UTAMA RASUAH

Dalam kes Khir Toyo jelas sebagaimana disebutkan oleh hakim bahawa pemberi bersetuju menjual banglonya dibawah harga beli asal (sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada pemberi) kerana mengharapkan projek perumahannya dengan kerajaan Selangor yang diterajui oleh Dr Khir tidak akan terjejas.

Jadi berhubung dengan tuduhan rasuah keatas Lim Guan Eng persoalan yang patut ditanya ialah "Adakah Cik Phang Li Koon mempunyai apa-apa hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang ketika beliau menjual rumah beliau kepada Lim?

HJ ZAIDI BIN AHMAD 
Bekas Mejar TUDM 
017-4164728

Exco gelojoh terpaksa mendarat cemas, Bala tersangkut di pucuk buluh, sindir Husam

KUALA LUMPUR: Kegelojohan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood menyerang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa dalam isu penutupan premis perniagaan pada waktu Maghrib akhirnya mengundang malu.

Semalam, Ab Fattah cuba membetulkan semula kenyataan asalnya dengan berkata peraturan menutup sekejap premis perniagaan hanya terpakai kepada peniaga Muslim di pasar-pasar malam sahaja.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood

Malah Husam dalam satu kenyataan hari ini menegaskan tiada sebarang percanggahan antara kenyataan beliau pada 17 April lalu yang mempertikaikan penguatkuasaan menutup kedai sewaktu Maghrib kepada semua, termasuk peniaga bukan Islam.

"Selari – tidak perlu menutup perniagaan bagi peniaga bukan Muslim. Bermakna saya betul dan Fattah terkhilaf. Kerana itu beliau terpaksa membuat pembetulan demi pembetulan. Pagi ini, sekali lagi beliau memanggil sidang akhbar membetulkan kenyataan beliau sendiri…," ujar Husam.

Husam yang juga Penasihat AMANAH Kelantan menambah, Ab Fattah 'secara tersirat' mengakui kenyataan pertama beliau menyebut peniaga bukan Muslim perlu menutup perniagaan di waktu Maghrib.

Sehubungan itu, Husam hairan dengan tuduhan Ab Fattah bahawa orang lain terkeliru dengan kenyataan beliau sebelum ini sedangkan kenyataan 'pembetulan' itu dikeluarkan selepas ditegur.

Malah tambah Husam, seorang lagi Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan turut membuat kenyataan bahawa Ab Fattah tidak berniat berkata demikian.

"Jika Datuk Fattah tidak berniat demikian, kenapa saya perlu diserang oleh Fattah atas kenyataan saya? Kononnya saya sudah lupa dasar yang saya pernah sokong. Seperti kenyataan beliau yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah tajuk 'Husam pun dulu sokong henti niaga sempena Maghrib', disiar pada 18 April.

"Sinar Harian, pada 19 April, menyiarkan di bawah tajuk berita 'Hanya pasar malam sahaja' dengan Fattah berkata, pasar malam di negeri ini hampir 100 peratus dimonopoli masyarakat Islam.

"Jika sudah tahu pasar malam di Kelantan disertai 100% orang Islam, apa perlu lagi kenyataan 'termasuk peniaga bukan Islam'? Siapa keliru?" soal Husam yang juga Naib Presiden AMANAH yang baharu.

Menurut Husam, peraturan memberhentikan perniagaan pada waktu Maghrib itu diperkenalkan sebelum beliau menjadi Exco apabila Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan langkah turun sendiri mengimamkan solat bersama peniaga di Pasar Malam Padang Bas, Kota Bharu.

"Bila Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar memperkenalkan peraturan ini, ia telah dibincang terlebih dahulu dalam parti dan kerajaan.
"Dalam isu sebegini, pandangan bekas Exco Kerajaan Tempatan pertama Kerajaan Tok Guru, yang juga seorang peguam dan bekas Penasihat Undang-Undang Negeri iaitu Allahyarham Datuk Halim Muhamad telah dijadikan landasan.

"Beliau telah memberi pandangan bahawa peraturan seperti ini, hendaklah bersifat 'advisory' atau 'galakan', dan bukan bersifat undang-undang atau legal," jelas Husam.

Sehubungan itu beliau mempertikaikan kenyataan Ab Fattah bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar termasuk menarik lesen perniagaan.

Tambah Husam, selama ini peraturan itu dikuatkuasakan dengan cara 'nasihat' dan 'galakan' apabila pihak berkuasa kerajaan tempatan menyediakan tempat solat yang selesa, tempat berwuduk dan bekalan air.

Malah seorang petugas memaklumkan ketibaan azan dan waktu Maghrib dengan menggunakan pembesar suara bergerak dan imam khas sekali sekala.

"Selagi bersifat galakan ia suatu yang baik. Itu sebab saya menyokongnya. Tetapi tidak untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang ke atas peniaga bukan Islam.

"Ia tidak pernah dikuatkuasakan secara undang-undang. Tidak pernah ada ugutan atau pengumuman lesen peniaga yang tidak berbuat demikian akan ditarik.

"Itu sebabnya kenyataan Fattah mengejutkan saya. Itu sebab saya menegur," jelas beliau.

Husam berkata, kini akhirnya Ab Fattah membuat pusingan U hingga "para penyerang termasuk Bala dari Pahang, tersangkut di atas pucuk buluh, kerana Fattah mendarat cemas".

Datuk S Balasubramaniam ialah Ketua Dewan Penyokong Pas berasal daripada Pahang.

"Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Datuk Fattah," ujar Husam.

Thursday, April 20, 2017

Isu Tutup Kedai Waktu Maghrib - Ternyata teguran Husam ada asasnya & diakui exco, tapi kenapa beliau terus diserang!!!

Jam Penerbangan Belum Cukup, Usah Gelojoh  Terbang Tinggi
- Pusingan Pertama

Pada 19 April, Exco Kerajaan Kelantan, Dato Fattah Mahmud cuba membetulkan semula kenyataan pertamanya dengan berkata:

“Peraturan menutup sekejap premis perniagaan hanya terpakai kepada peniaga Muslim di pasar-pasar malam sahaja.” (http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/hanya-pasar-malam-sahaja-1.662493)

Apa percanggahan kenyataan ini dengan kenyataan saya pada 17 April - yang mempertikaikan penguatkuasaan menutup kedai sewaktu maghrib kepada semua, termasuk peniaga bukan Islam dan lesen perniagaan mereka akan ditarik jika engkar?

Selari - tidak perlu  menutup perniagaan bagi peniaga bukan Muslim. Bermakna saya betul dan Fattah terkhilaf. Kerana itu beliau terpaksa membuat pembetulan demi pembetulan. Pagi ini, sekali lagi beliau memanggil sidang akhbar membetulkan kenyataan beliau sendiri, sambil mengakui bila ditanya, ‘adakah melibatkan semua, (saya menjawab) ….. melibatkan semualah……’. https://www.facebook.com/sinar.tv/videos/1393958980650862/

Bermakna, secara tersirat beliau mengakui dalam kenyataan pertamanya beliau ada menyebut peniaga bukan Muslim perlu menutup perniagaan mereka.

Bagaimana boleh dituduh orang lain keliru ketika beliau sendiri mengakui ada menyebutnya. Cuma hari ini, beliau cuba memberikan justikasi atas kata-katanya sebelum ini. Sendiri terlanjur cakap, sendiri keliru.

Semua kenyataan ‘pembetulan’ ini dikeluarkan selepas saya ‘menegur’ kenyataan pertama Exco yang sama, pada pagi 17 April, yang berbunyi:

‘KUALA LUMPUR: Semua peniaga, termasuk bukan Islam di Kelantan perlu menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib, kata exco negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.’

“Semua peniaga terlibat, *termasuk bukan Islam*. Ini dapat memberi masa kepada mereka untuk berehat dan menunaikan sembahyang.

“Lagipun ia bukannya lama, kira-kira 10 minit sahaja. Yang penting tiada perniagaan ketika azan dan boleh sambung semula urus niaga selepas sembahyang,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/17/exco-kelantan-peniaga-bukan-islam-perlu-henti-niaga-ketika-solat-maghrib/)

Tidak cukup dengan ‘pembetulan’ Dato Fattah, seorang lagi Exco Kerajaan Kelantan, Dato Anuar Tan turut membuat kenyataan, bahawa memang Dato Fattah tidak berniat demikian.

Jika Dato Fattah tidak berniat demikian, kenapa saya perlu diserang oleh Fattah atas kenyataan saya? Kononnya saya sudah lupa dasar yang saya pernah sokong. Seperti kenyataan beliau yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah tajuk 'Husam pun dulu sokong henti niaga sempena Maghrib’, disiar pada 18 April.

Sinar Harian, pada 19 April, menyiarkan di bawah tajuk berita “Hanya pasar malam sahaja” : “ Fattah berkata, pasar malam di negeri ini hampir 100 peratus dimonopoli masyarakat Islam”

Jika sudah tahu pasar malam di Kelantan disertai 100% orang Islam, apa perlu lagi kenyataan ‘termasuk peniaga bukan Islam’? Siapa keliru?

Jika ‘termasuk peniaga bukan Islam’ tidak disebut, tidak berlaku kekecohan yang rasa saya, tidak pun menguntungkan Kerajaan Kelantan.

Tidak perlu juga saya diserang, kerana membetulkan apa yang salah disebut oleh Exco berkenaan. Katakan, apa yang saya kata, adalah betul.

Bagi pimpinan Kerajaan  Kelantan yang belum cukup ‘jam penerbangan’, tak usahlah menunjuk pandai cuba membawa pesawat besar terbang bersendirian. Rujuklah pimpinan lain yang lebih mahir undang-undang.

Bagi petugas muda Kerajaan Kelantan seperti Fattah,  SUA MB dan Saudara Bala dari luar Kelantan  dan seangkatan, izinkan saya berikan sedikit latar belakang peraturan berhenti seketika untuk solat di pasar malam di Kelantan.

Seingat saya, peraturan ini diperkenalkan lama sebelum saya  menjadi Exco lagi. Fattah pun tersasau dalam hal ini. Kali pertama ATGNA memulakan langkah ini dengan turun sendiri mengimamkan solat bersama peniaga di Pasar Malam Padang Bas, Kota Bharu. Sebelum 1995 lagi.

Kini, Padang Bas sendiri sudah tidak ada, bertukar menjadi pasar raya.

Bila ATGNA sebagai Menteri Besar memperkenalkan peraturan ini, ia telah dibincang terlebih dahulu dalam parti dan kerajaan. Dalam isu sebegini, pandangan bekas Exco Kerajaan Tempatan pertama Kerajaan Tok Guru, yang juga  seorang peguam dan bekas Penasihat Undang-Undang Negeri iaitu Allahyarham Dato Halim Muhamad telah dijadikan landasan.

Beliau telah memberi pandangan bahawa peraturan seperti ini, hendaklah bersifat ‘advisory’ atau ‘galakan’, dan bukan bersifat undang-undang atau legal.

Makna advisory, adalah ‘having or consisting in the power to make recommendations but not to take action enforcing them.’

Saya tidak ingat Dato Fattah ada dalam mesyuarat-mesyuarat sebegini pada masa lalu.

Jika tindakan undang-undang cuba digunakan, termasuk menarik lesen seperti disebut oleh Dato Fattah dalam FMT : ‘Beliau berkata, peniaga yang ingkar arahan akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil. (http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/17/exco-kelantan-peniaga-bukan-islam-perlu-henti-niaga-ketika-solat-maghrib/)

“Sama seperti penguatkuasaan tahap kebersihan. Mereka akan dibenarkan berniaga semula selepas membuat aku janji untuk mematuhi arahan,” katanya sambil menambah setakat ini PBT mendapat kerjasama baik daripada peniaga dan orang ramai. Langkah seperti ini  mendedahkan kepada tindakan undang-undang dan sukar dipertahankan.

Sebab itu selama ini, ia bersifat ‘nasihat’ dan ‘galakan’ dengan cara pihak berkuasa kerajaan tempatan menyediakan tempat solat yang selesa, tempat berwudhu dan bekalan air, seorang petugas memaklumkan ketibaan azan dan waktu maghrib menggunakan pembesar suara bergerak dan imam khas sekali sekala.

Selagi bersifat galakan, ia suatu yang baik. Itu sebab saya menyokongnya. Tetapi tidak untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang ke atas peniaga bukan Islam.

Ia tidak pernah dikuatkuasakan secara undang-undang. Tidak pernah ada ugutan atau pengumuman lesen peniaga yang tidak berbuat demikian akan ditarik.

Itu sebabnya kenyataan Fattah mengejutkan saya. Itu sebab saya menegur.

Ternyata akhirnya Fattah membuat U Turn. Tinggallah para penyerang termasuk Bala dari Pahang, tersangkut di atas pucuk buluh, kerana Fattah ‘mendarat cemas’.

Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah.

Bersambung…

YB Dato Husum Musa
Adun Salor,
20 April 2017/23 Rejab 1438

TABUNG HAJI PERLU JELASKAN KENAPA SYARIKAT BERSEKUTUNYA MENDAPAT RM140 JUTA DARI DANA SRC INTERNATIONAL SDN BHD

_Kenyataan Media_
*RAFIZI RAMLI*

20 April 2017

Saya telah menerangkan bagaimana sejumlah RM140 juta wang dari SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan melalui beberapa buah syarikat dalam bulan Julai dan Ogos 2014 sebelum sampai kepada sebuah syarikat bernama Putra Perdana Development Sdn Bhd ("PPD").

Putra Perdana Development Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Putrajaya Perdana Berhad ("PPB") seperti carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang saya sertakan bersama.

Dalam bulan Disember 2014, Lembaga Urusan Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam PPB. Ini disahkan oleh paparan di laman web PPB yang disertakan bersama.

Walaupun senarai pemegang saham PPB tidak diberikan secara terperinci di dalam dokumen carian SSM yang saya sertakan bersama, perlantikan kepimpinan Tabung Haji ke jawatan-jawatan utama PPB mengesahkan bahawa Tabung Haji adalah pemegang saham utama di dalam PPB. Kepimpinan Tabung Haji yang dilantik ke Lembaga Pengarah PBB adalah:

1) Datuk Seri Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PPB yang baru

2) Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan ("CFO") Tabung Haji telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah PBB yang baru

Sejurus selepas Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam PPB, dalam bulan Disember 2014 PPD memulangkan kembali RM140 juta yang dipindahkan ke akaunnya empat bulan sebelum itu (seperti yang saya terangkan di atas).

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir mengesahkan bahawa Tabung Haju telah menyuntik RM193.5 juta ke dalam PPB ekoran pembelian 30% pegangan di dalam PPB (rujuk jawapan menteri di Parlimen yang saya sertakan), ia menimbulkan tanda tanya sama ada dana Tabung Haji diheret sama dalam siri pemindahan wang yang keluar masuk dari akaun SRC International Sdn Bhd.

Sebagai Ahli Parlimen yang paling rapat memantau hal ehwal kewangan Tabung Haji, saya wajar menanyakan soalan-soalan berikut kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim:

1) Apa asas-asas pelaburan yang mendorong Tabung Haji menyuntik sehingga RM193.5 juta dana pendeposit Tabung Haji ke dalam PPB? Kenapa Tabung Haji memilih syarikat ini untuk melabur secara terus sedangkan syarikat ini tidak disenaraikan?

2) Adakah pelaburan sebesar RM193.5 juta oleh Tabung Haji ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Panel Pelaburannya? Apa keputusan Laporan Risiko Pelaburan yang dibentangkan kepada Panel Pelaburan yang menilai risiko pelaburan ini?

3) Firma mana yang dilantik untuk melakukan "due diligence" (penilaian kewangan terperinci) sebelum Tabung Haji membuat keputusan untuk menyuntik dana RM193.5 juta ke dalam PPB?

Soalan (3) adalah sangat penting kerana jika satu "due diligence" telah dibuat oleh Tabung Haji, "due diligence" itu sudah tentu dapat mengesan satu aliran tunai sebanyak RM140 juta ke dalam PPD, iaitu anak syarikat milik penuh PPB.

Maka, rakyat berhak mengetahui sama ada kepimpinan Tabung Haji membeli saham dalam PPB (yang melibatkan jumlah yang besar) dengan mempunyai pengetahuan bahawa sejumlah RM140 juta telah pun masuk ke akaun yang disatukan ("consolidated") PPB dari SRC International Sdn Bhd?

Mana-mana firma yang mengendalikan "due diligence" dalam tahun 2014 ke atas sudah tentu sedia maklum bahawa apa-apa pelaburan yang bersabit dengan 1MDB atau SRC International Sdn Bhd adalah satu pelaburan yang sangat berisiko.

Saya menanyakan soalan-soalan ini kerana Pengarah Urusan Tabung Haji ketika itu, Tan Sri Ismee Ismail juga adalah Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd sejak hari pertama syarikat itu ditubuhkan, seperti yang dibuktikan di dalam laporan kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012.

Semasa Tabung Haji membeli 30% pegangan di dalam PPB pada harga RM193.5 juta, Tan Sri Ismee Ismail mesti menjawab sama ada beliau ada pengetahuan mengenai RM140 juta yang dipindahkan dari akaun SRC International Sdn Bhd.

*Rafizi Ramli*
*Ahli Parlimen Pandan*
*Naib Presiden KEADILAN*

Nasrudin sah tanding jawatan Naib Presiden Pas

Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengesahkan akan bertanding bagi posisi Naib Presiden Pas bagi Muktamar ke 63 akhir bulan ini.

Menurutnya, persetujuan untuk bertanding atas jawatan tersebut dibuat berasaskan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.

"Tanpa menghilangkan rasa hormat dan jauh sekali melunturkan rasa kasih saya kepada semua rakan - rakan kepimpinan Pas yang lain serta meraikan pencalonan dari para perwakilan, saya dengan segala rendah diri menerima pencalonan Naib Presiden Pas bagi sesi 2017/2019.

"Justeru itu, saya sedar dan insaf bahawa pencalonan saya ke posisi Naib Presiden Pas adalah berasaskan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi sementara saya percaya, bahawa saya bukanlah orang yang terbaik," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Naib Presiden Pas kini disandang Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Terdahulu, seorang lagi calon iaitu Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut.

Penerimaan Nasrudin itu menjadikan kerusi naib presiden adalah pertandingan tertinggi berlaku pada Muktamar Pas kali ini.

"Alhamdulillah, Pas semakin bertenaga dan padu ketumbukannya untuk terus mara ke medan juang mendepani cabaran semasa dalam menjulang panji perjuangan Islam.

"Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan berkatNYA ke atas perjuangan Islam yang didukung oleh Pas ini dengan terus menyatukan hati, menyuburkan ukhuwah dan memugar semangat para pejuangnya untuk memimpin gerakan perubahan serta kebangkitan rakyat," katanya lagi.

Akhirnya pandangan HUSAM supaya dikecualikan peniaga yang bukan Islam didengar oleh EXCO Kelantan

Kelantan sedia kecualikan bukan Islam ‘rehat’ waktu Maghrib

Fattah-Mahmood
PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan sedia mengecualikan peniaga bukan Islam daripada peraturan wajib menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib, kata exco negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Fattah, yang mempengerusikan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, berkata arahan yang dikeluarkan sebelum ini hanyalah bertujuan memberi keselesaan kepada orang Islam khususnya peniaga menjalankan ibadat solat.

Menurutnya, kerajaan negeri sedia berbincang dengan peniaga bukan Islam yang meniaga di kawasan majoriti bukan Islam supaya dikecualikan jika ada permintaan.

“Sebab asasnya saya keluarkan arahan ini untuk peniaga Islam menunaikan solat Maghrib. Jadi bagi kawasan yang banyak orang bukan Islam seperti perkampungan orang Cina, kita pertimbangkan.

“Sebab mereka tidak terlibat dalam urusan solat Maghrib. Kita sedia berbincang dengan jika ada laporan dan permintaan daripada peniaga bukan Islam,” katanya kepada FMT.

Isnin lalu, Fattah memberitahu FMT, arahan pemberhentian operasi tidak melebihi 15 minit itu bertujuan memastikan semua pihak, termasuk pembeli boleh menunaikan sembahyang Maghrib sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.

Dasar tersebut dimulakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu tahun lalu.

Sewaktu pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar, MPKB menyediakan lori tangki air di pasar malam untuk memudahkan umat Islam mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Fattah dilaporkan berkata, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu solat Maghrib sebagai pemberitahuan kepada peniaga untuk menghentikan operasi, manakala wisel ke-2 akan dibunyikan 2 kali 10 minit kemudian.

Fattah berkata penjelasan dibuat berikutan kekeliruan yang timbul daripada sesetengah pihak terhadap peraturan yang menjadi dasar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Pemimpin Umno didakwa kes dadah

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

Pemimpin Umno didakwa kes dadah
Pemimpin Umno didakwa kes dadah Datuk M mengelak wajahnya dirakam media selepas keluar dari Mahkamah Majistret ketika dibawa anggota polis, semalam.
MELAKA TENGAH - Naib Ketua Umno Bahagian Bakri, Johor, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methampetamine di Bukit Beruang, tahun lalu.

Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk M didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang kira-kira 6 petang pada 1 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) yang boleh dihukum penjara maksima dua tahun, didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali serta perintah pengawasan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban meminta mahkamah memberikan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Salmi Hamdan Sabran merayu supaya jumlah jaminan itu dikurangkan berikutan anak guamnya sudah memberikan kerjasama sepenuhnya semasa siasatan dijalankan sebelum ini.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengekalkan jumlah diminta Shazreen Nadia selain menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 27 April ini untuk laporan kimia dan serahan dokumen.

Sanggupkah Pas putus tahaluf siyasi dengan PKR?

Pas PKR
SHAH ALAM - Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, dilaporkan bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.

Persoalannya sanggupkah Pas berbuat demikian? Jika benar tahaluf siyasi Pas-PKR berakhir, ia dilihat boleh memberi kesan besar kepada kerjasama politik dalam pentadbiran kerajaan Selangor, yang diterajui PKR, berbanding dengan negeri-negeri lain.

Ini bakal meletakkan Pas dalam keadaan sangat canggung untuk terus berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika ia memutuskan hubungan dengan PKR.


Ada tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar); Zaidy Abdul Talib (Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri AsasTani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi).

Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Amanah, parti serpihan Pas.

Keadaan semakin meruncing apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR, menyindir Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, yang kalah dalam pemilihan Pas Kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan, 18 Mac lalu.

Kritikan Mohamed Azmin itu susulan kenyataan Nik Mohamad Abduh bahawa parti itu akan menawan Selangor pada PRU akan datang.

Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali daripada Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang menggambarkan hubungan Pas dan PKR di Selangor sebagai 'hubungan cinta-benci' disebabkan yang mengikat kedua-duanya adalah kuasa, atau lebih tepat lagi sebuah kerajaan negeri.

"Maka ada kalanya antara pemimpin mereka akan tersasar atau terlanjur memberi komen sama ada dalam bentuk sindiran atau kritikan kerana sememangnya itu adalah perasaan yang terpendam selama ini. Namun, mereka saling memerlukan dalam meneruskan penguasaan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor," katanya kepada Bernama.

​​​​​Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi itu berpendapat, walaupun ada usul pada muktamar bagi mendesak pucuk pimpinan parti memutuskan kerjasama politik dengan PKR, perkara itu tidak akan direalisasikan sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor dibubarkan.

Katanya, pimpinan Pas dan PKR di Selangor setakat ini mempunyai persefahaman dalam mempertahankan kerajaan negeri dan pada masa sama masih mahu menjaga nama baik kerajaan negeri di mata rakyat Selangor.

"Kedudukan yang dimiliki oleh pemimpin Pas di Selangor adalah satu kelebihan untuk mereka meneruskan perjuangan parti dan pada masa sama menarik lebih ramai lagi penyokong melalui program berskala besar yang dianjurkan atas platform kerajaan negeri," jelasnya.

Sedemikian, kata beliau pemimpin Pas Selangor mengambil langkah mengelakkan konfrontasi dengan PKR kerana usaha dan gerak kerja selama ini terutama pasca pilihan raya umum (PRU) 2008 menunjukkan mereka saling memerlukan antara satu sama lain, ditambah dengan kedua-dua parti itu mempunyai bilangan kerusi Dun yang sama.

Dun Selangor mempunyai 56 kerusi iaitu DAP (14), PKR (13), Pas (13), BN (12), Amanah (dua ) dan Bebas (dua).

Bagi pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat, pengakhiran kerjasama politik antara Pas dan PKR bakal memberi kesan terhadap pentadbiran kerajaan Selangor.

Namun, ia tidak sampai ke tahap berlakunya pertukaran jawatan dalam kepimpinan berikutan sudah menghampiri penghujung penggal.

Sebaliknya, penganalisis politik itu berpendapat kesan sebenar penamatan kerjasama politik adalah pada PRU akan datang di mana ketika itu Pas 'akan menjadi rebutan'.

Apabila tiba masanya nanti Pas perlu menyatakan pendiriannya sama ada akan bertahaluf siyasi dengan BN atau Pakatan Harapan atau pun memutuskan untuk bergerak secara sendirian.

"Pas sekarang kiranya jadi anak emas yang menjadi rebutan dua pihak. Untuk pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri Pas ada 'significant' tersendiri kerana di peringkat persekutuan Pas sasar 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang dan ini besar kesannya ke mana Pas akan berpihak.

"Peranan dan pengaruh Pas di Selangor juga besar dan tidak dapat dinafikan oleh PKR. Mohamed Azmin kalau dia nak kedudukan terus mantap dia mesti berbaik dengan Pas. Di sinilah... kalau Pas nak tunjuk kekuatan, dia putuskan hubungan (dengan PKR), (kesannya) ini akan ganggu pengaruh Mohamed Azmin di Selangor dan PKR sendiri," katanya.

Muktamar Pas akan diadakan di Alor Setar, Kedah dari 27 April hingga 1 Mei ini. - Bernama

PM DIMINTA SEGERA UMUM SENARAI TUGAS-TUGAS KHAS HISHAMUDDIN KEPADA RAKYAT.

Kenyataan Media.

1. Pentadbiran Najib perlu untuk mengumumkan kepada rakyat apakah keperluan melantik sepupunya Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas (MTTK) yang pastinya melibatkan dana awam.

2. PM juga perlu untuk melaporkan secara telus kepada rakyat tentang prestasi kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang secara rasminya bertanggungjawab penuh untuk membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh PM pada bila-bila masa dan ketika. Adakah Zahid  Hamidi gagal mencapai KPI sebagai TPM?

3. Pengumuman Hishamuddin mengenai antara tugas-tugas khas beliau ialah untuk memantau isu keselamatan di Sabah adalah tidak munasabah dan melucukan. Adakah tidak cukup kedudukan sebagai Menteri Pertahanan bagi menjamin keselamatan di Sabah atau satu sindiran sinis terhadap Zahid Hamid sebagai Menteri Dalam Negeri yang tidak cekap menjalankan tugasnya?

4. Sekiranya beginilah cara PM Najib mengurustadbir negara ini, adalah sangat malang bagi rakyat negara ini memiliki PM yang sangat lemah kewibawaannya. Dengan kewujudan 8 Menteri di JPM, Najib masih memerlukan seorang lagi Menteri untuk menjalankan tugas-tugas khas? Ternyata ini adalah merupakan satu lagi pembaziran tenaga dan wang rakyat.

5. Adakah  kemungkinan tugas-tugas khas yang Najib pertanggungjawabkan itu adalah tugas-tugas "rahsia dan kotor" untuk membersihkan golongan tertentu dalam beberapa isu dan skandal mega seperti 1MDB, MO1, Felda, Tabung Haji dan lain-lain?

6. PM mesti menjelaskan segera kepada rakyat tentang isu tugas-tugas khas Hishamudin yang menjadi misteri sekarang ini. Rakyat menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam masalah yang sangat melucukan ini.

*#AmanahDemiNegara*

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
19 April 2017

Tuesday, April 18, 2017

Nik Abduh mahu ahli PAS terima Umno PRU14 nanti?, soal Mahfuz Omar

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz mahu meyakin dan melunakkan ahli-ahli PAS untuk menerima Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?, itu soalan bekas ketua penerangan parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

 Persoalan itu menyusul selepas Nik Abduh dilaporkan mengingatkan ahli PAS agar tidak menjadi seperti Amanah yang menganggap 'Umno sebagai musuh sehingga kiamat'.

 Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, kemudiannya menasihatkan Nik Abduh supaya membuat kenyataan dengan lebih jelas untuk mengelakkan kekeliruan serta salah faham.

 Mesej itu harus jelas. Nik Abduh perlu beri mesej jelas, namun saya lihat mesej itu seolah-olah hendak meyakinkan dan melunakkan ahli-ahli PAS supaya menerima Umno dalam PRU14. 

 Saya tidak akan menerima Umno kleptoktrat dalam pilihan raya akan datang.

Dan saya harap seluruh rakyat Malaysia, termasuk ahli PAS bersatu untuk mengalahkan Umno demikian menurut Mahfuz

Sunday, April 16, 2017

Jika wartawan Utusan bertanya soalan yang sama pada aku sepertimana dia tanya Presiden PAS, ini jawapannya..!!

BismillahirRahmanirRahim

JIKA SOALAN SAMA DITANYA

UTUSAN: Apakah pandangan Saudara mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?

ARIS AWANG: Soalan yang baik, ini penjelasan saya

Pertama: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah disebabkan menentang penyelewengan Dana Rakyat yang cukup besar dan menjadi rekod dunia, oleh itu tidak timbul soal Melayu akan berpecah, kerana seluruh orang Melayu dan Islam wajib menentang penyelewengan kerana kita diajar oleh Rasulullah saw wajib menentang Asobiyyah (Perkauman Sempit) iaitu tidak boleh menyokong kejahatan yang dilakukan walaupun oleh puak kita. Adakah saudara suka dana rakyat diselewengkan oleh pemimpin UMNO secara berleluasa tanpa sebarang penentangan?

Kedua: Melayu yang menubuh PPBM kerana menentang rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN tidak akan menyebabkan perpecahan Melayu kerana mereka akan bergabung dengan Melayu yang keluar meninggalkan UMNO/BN pada tahun 1987 dan 1997 yang lalu dengan penuh kesedaran bahawa memerintah dan menjaga khazanah negara adalah amanah Allah yang sekarang ini berada dalam Pakatan Harapan samada dalam KEADILAN, AMANAH bahkan dalam DAP. Melayu lawan rasuah bersatu menentang Melayu makan rasuah. Baguskan? (wartawan mengangguk setuju)

Ketiga: Kita ambil contoh Parlimen Pekan akan ditandingi oleh Melayu UMNO iaitu Dato Seri Najib Razak sementara calon dari Pakatan Harapan akan diwakili oleh Melayu PPBM dan siapa pun yang kalah disitu yang menang tetap Melayu dan Islam, tidak mungkin tiba-tiba Cina yang akan menang di Parlimen Pekan. (sambil ketawa kecil)

Keempat: Jika dengan menubuh kumpulan baik untuk menentang kejahatan pemerintah dianggap pemecah belah perpaduan kaum, maka apakah sanggup saudara mengatakan Rasulullah saw adalah pemecah belah bangsa Arab kerana menentang kejahatan pemerintah Arab ketika itu? Sudah tentu tidak kan..... ? (sambil tersenyum)

Kelima: Ada banyak lagi point saya ingin ulas mengenai tohmahan PPBM adalah punca perpecahan Melayu, secara ringkas ingin saya nyatakan bahawa semua itu adalah propaganda jahat pemimpin UMNO/BN dan sekutunya untuk terus merompak khazanah rakyat dari satu tabung kesatu tabung, dari lembaga kesatu lembaga sehingga akhirnya rakyat terus derita dan untuk menutup itu mereka didendangkan dengan ketakutan yang entah apa-apa. Jika ingin lebih panjang saya syor Utusan boleh anjur wacana bertajuk Apakah PPBM punca perpecahan Melayu? dan panggillah Tun Mahathir sebagai panelis.

Sila semak pula jawapan Presiden PAS terhadap soalan yang sama yang ditanya oleh wartawan Utusan

UTUSAN: Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?
BismillahirRahmanirRahim

JIKA SOALAN SAMA DITANYA

UTUSAN: Apakah pandangan Saudara mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?

ARIS AWANG: Soalan yang baik, ini penjelasan saya

Pertama: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah disebabkan menentang penyelewengan Dana Rakyat yang cukup besar dan menjadi rekod dunia, oleh itu tidak timbul soal Melayu akan berpecah, kerana seluruh orang Melayu dan Islam wajib menentang penyelewengan kerana kita diajar oleh Rasulullah saw wajib menentang Asobiyyah (Perkauman Sempit) iaitu tidak boleh menyokong kejahatan yang dilakukan walaupun oleh puak kita. Adakah saudara suka dana rakyat diselewengkan oleh pemimpin UMNO secara berleluasa tanpa sebarang penentangan?

Kedua: Melayu yang menubuh PPBM kerana menentang rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN tidak akan menyebabkan perpecahan Melayu kerana mereka akan bergabung dengan Melayu yang keluar meninggalkan UMNO/BN pada tahun 1987 dan 1997 yang lalu dengan penuh kesedaran bahawa memerintah dan menjaga khazanah negara adalah amanah Allah yang sekarang ini berada dalam Pakatan Harapan samada dalam KEADILAN, AMANAH bahkan dalam DAP. Melayu lawan rasuah bersatu menentang Melayu makan rasuah. Baguskan? (wartawan mengangguk setuju)

Ketiga: Kita ambil contoh Parlimen Pekan akan ditandingi oleh Melayu UMNO iaitu Dato Seri Najib Razak sementara calon dari Pakatan Harapan akan diwakili oleh Melayu PPBM dan siapa pun yang kalah disitu yang menang tetap Melayu dan Islam, tidak mungkin tiba-tiba Cina yang akan menang di Parlimen Pekan. (sambil ketawa kecil)

Keempat: Jika dengan menubuh kumpulan baik untuk menentang kejahatan pemerintah dianggap pemecah belah perpaduan kaum, maka apakah sanggup saudara mengatakan Rasulullah saw adalah pemecah belah bangsa Arab kerana menentang kejahatan pemerintah Arab ketika itu? Sudah tentu tidak kan..... ? (sambil tersenyum)

Kelima: Ada banyak lagi point saya ingin ulas mengenai tohmahan PPBM adalah punca perpecahan Melayu, secara ringkas ingin saya nyatakan bahawa semua itu adalah propaganda jahat pemimpin UMNO/BN dan sekutunya untuk terus merompak khazanah rakyat dari satu tabung kesatu tabung, dari lembaga kesatu lembaga sehingga akhirnya rakyat terus derita dan untuk menutup itu mereka didendangkan dengan ketakutan yang entah apa-apa. Jika ingin lebih panjang saya syor Utusan boleh anjur wacana bertajuk Apakah PPBM punca perpecahan Melayu? dan panggillah Tun Mahathir sebagai panelis.

Sila semak pula jawapan Presiden PAS terhadap soalan yang sama yang ditanya oleh wartawan Utusan

UTUSAN: Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?

DS HADI AWANG : Kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam.

INI LINK RUJUKAN DI UTUSAN ONLINE : KLIK SINI

ARIS AWANG

Penyokong Kedah - Apakah ada agenda sedang diatur oleh LANGSIAQ untuk jatuhkan Kedah secara halus

Minggu lalu saya telah menulis Kedah bakal menghadapi jln berliku sejurus slps perlawanan Kedah vs PKNS..

Apakah ada agenda unyuk menyekat dan mensabotaj momentum Kedah telah diatur dgn licik.. ?

Mungkinkah episod ini bermula dgn krisis Tan Cheng Hoe, diikuti dgn karektor pelik pengadil perlawanan yg mengadili perlawanan membabitkan Kedah..!!!

seolah para pengadil takut kpd seseorang, atau bahasa lebih mudah pengadil mengambil sikap selamat dgn menjaga hati seseorang agar elaun dan imbuhan mereka dari FAM terjamin.. Terjamin sebab apa.. anda sendiri fikirkan...?

TAHNIAH percaturan mereka berjaya setakat ini, kita tak kisah kalau kalah dgn pemain lawan, tapi majoriti besar peminat bolasepak dapat melihat Kedah tewas dgn percaturan pengadil perlawanan..

tidak hairanlah bagaimana pengadil pada malam ini sepantas kilat melayangkan kad merah kpd Rizal Ghazali tanpa mengambil kira langsung provokasi melampau terjahan sgt keras kpd Rizal yg blh mendatangkan kecederaan serius..

Sekurang2nya dua-dua pemain dilayangkan kad merah kerana seorang buat terjahan bahaya dan seorang bertindak balas... itu baru nampak keadilan... namun kenapa pengadil tidak bertindak sedemikian?

bertambah menarik pengulas perlawanan juga seolah kurang bersetuju dgn layangan kad merah tersebut..

Sesuatu yg jarang berlaku apabila pengulas perlawanan turut kurang bersetuju dgn tindakan pengadil..kalau game mcm tu, aku tak ghalat langsung kalau Kedah kalah 100- 0 sekalipun..

nampaknya telah bermula kancah cacamerba bolasepak tanah air..
Lepas ni jgn hanya melihat rasuah dikalangan pemain, perlu diperhatikan juga sogokan pelbagai bentuk dan cara kpd pengadil..

TAHNIAH KPD TUKANG KAROT BELAKANG TIRAI ATAU BHS SAINTIFIKNYA " LANGSIAQ"..

Peminat Setia Hijau Kuning
PULUN KEDAH PULUN

POLITIK MALAYSIA : KAMU SAJAKAH YANG HEBAT?

KAMU SAJA YANG HEBAT?

Tertubuhnya kerajaan adalah disebabkan rakyat mengundi BN bukan undi UMNO saja, MCA saja, PGRM saja, MIC saja atau lain2 parti komponen. Kamu menang atas tiket BN bukan satu parti.

Begitu juga Pakatan Rakyat menang bukan sebab PAS saja, atau PKR saja, DAP saja. Bila berjaya bentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ertinya undi diberi atas dasar konsensus pengundi dan keyakinan mereka akan dibela oleh pakatan tersebut samada BN atau PR.

Bila menang kenapa pula nak lanyak dan wujudkan kebencian antara rakyat berbilang kaum. Cuba semak kembali manifesto masing2 samada janji kamu untuk perkayakan suku sakat, anak bini dan diri sendiri saja?

Kalau atas tiket MCA saja mereka tak akan menang di kawasan pengundi Cina hanya 30% misalnya seperti di Titi Tinggi Perlis. MIC satu kerusi pun tak akan menang sebab India berapa % saja? UMNO pun tak akan menang jika bukan dibantu kaum lain dalam pilihanraya.

Begitu juga dengan PR di mana PAS tak akan menang hanya atas tiket PAS seperti Selangor, Pulau Pinang. Sejarah dah membuktikan semua ini sejak PRU pertama 1955 apabila PAS berseorangan berapa kerusi yang dapat? Pengundi mengundi bukan sebab keegoan yang dimiliki parti2 bertanding tapi atas kepercayaan gabungan parti2 tersebut mampu memberi kesejahteraan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, suku kaum dan agama serta jantina.

Bila menang dah besar kepala macam partinya saja yang menyumbang kepada kemenangan. Formula kersama parti2 politik dipinggirkan.

Memang keturunan Si Tanggang yang belum jumpa cucu cicit Hang Jebat.

Sani Ahmad

Sokong tindakan akuan bersumpah Rafizi namun apa ertinya jika Pas terus dijadikan teman bermukah di Selangor

Kenyataan Media

13 April 2013

1. Sebaik sahaja Abdul Hadi Awang bangun membacakan usul pindangan RUU 355 di parlimen yang mana kemudian ditangguhkan oleh speaker untuk didebatkan, Rafizi Ramli telah memulakan serangan baru ke arah memperkuatkan kepercayaan orang ramai bahawa Hadi Awang dan Pas itu sedang diperkuda Umno - Bn (lebih tepat lagi Najib Razak). Rafizi menyatakan akan mengumumkan seorang pemimpin Pas (kemudian mengubah kenyataannya kepada bekas pemimpin Pas) yang menerima dana terus dari akaun Najib Razak.

2. Sebaik sahaja pengumuman Rafizi tersebut saya telah menulis bahawa sangat tidak pelik kerana sejak dari awal jauh lebih awal dari beberapa pihak che'GuBard sudah mengumumkan bahawa Hadi Awang, Azmin Ali malah Shafie Aphdal sudah ada rundingan sulit dengan kem Najib kerana itu tampil lah apa bukti dan laporan bagi membongkar penyelewengan bersangkutan mereka pasti buakn sekadar tidak disiasat malah agensi seperti SPRM akan tampil membersihkan mereka. Bayangkan berkilo wang tunai ditemui di Sabah namun SPRM nyatakan tidak rasuah sebaliknya pendakwaan bawah pengubahan wang haram (AMLA) sahaja. Bukti korupsi balak Kelantan disenyapkan, bukti korupsi di Selangor kaitan MB SPRM tampil membersihkan. Namun kalau di Pulau Pinang tak perlu tunggu lama dengan bukti kabur SPRM bertindak mengepung, serbu dan tahan.

3. Saya telah awal lagi sebut nama yang Rafizi akan sebut ialah Nasaruddin Mat Isa. Walaubagaimana pun tindakan pendedahan Rafizi tersebut saya sokong dan tindakan membuat surat akuan bersumpah itu tepat. Surat Akuan Bersumpah tertakluk kepada undang - undang siapa sahaja yang punya bukti akuan tersebut palsu boleh melaporkan kepada polis untuk yang bersumpah ditangkap dan didakwa. Ia sama seperti tindakan saya membawa Azharuddin Othman pengatur cara komputer yang muncul terlibat dalam membekalkan pengkalan data bagi memalsukan senarai sokongan atas talian terhadap deklarasi Mahathir pada Jun 2016. Selepas terdedah akuan bersumpah membuktikan Deklarasi Mahathir menipu, ramai yang melompat kemarahan tetapi selepas dicabar siapa tidak berpuas hati sila tampil buat laporan polis kerana membuat akuan bersumpah palsu ialah jenayah namun semua menikus terus melalak di media sosial dan pentas ceramah tidak ada seorang pun pendokong deklarasi Mahathir berani tampil buat laporan polis. Maka tuduhan deklarasi mahathir menipu itu terbukti benar. Begitu juga juga dakwaan Rafizi dalam akuan bersumpahnya tersebut akan kekal benar sehingga ada yang tampil membuat laporan polis membuktikan akuan bersumpah yang didedahkanya itu palsu dan dia didakwa kerana akuan bersumpah palsu.

4. Namun dari aspek politik domestik apa ertinya tindakan Rafizi ini ? Ia hanya memeningkan dan mengelirukan rakyat lagi. Di kebanyakan negara demokrasi ahli politik seharusnya memikirkan masalah rakyat namun di Malaysia rakyat yang sudah banyak dihimpitkan banyak masalah dipaksa memikirkan masalah ahli politik yang tidak sudah sudah. Pemimpin pembangkang seperti PKR tampil atas beberapa pentas khususnya bersama AMANAH menyatakan Pas alat Bn tetapi dalam masa sama ada pula sekumpulan pemimpin PKR lain muncul atas pentas Pas meminta rakyat terus menyokong Pas.

5. Tindakan Rafizi  bagi membuktikan usaha pembentangan RUU 355 Hadi Awang merupakan 'permainan' politik Bn. Itulah yang 'dinyanyikan' oleh kebanyakan ahli politik pembangkang sejak beberapa lama kebelakangan ini. Namun rakyat sendiri keliru kalau sudah majoriti pemimpin Pakatan Harapan yakini Pas menjadi alat Bn kenapa di Selangor mereka terus seronok 'bermukah' ?

6. Selepas Rafizi dan beberapa ahli parlimen Bn siap membuat sidang parlimen olok - olok bagi menolak usul Hadi Awang tiba - tiba Anwar mengeluarkan surat  menyatakan menghormati hak Hadi Awang dalam membentang usul tersebut yang mana kemudian PKR membuat pusingan U dengan menyatakan atas semangat surat dari penjara itu maka PKR menyatakan pendirian menyokong usul Hadi Awang. Rakyat makin pening nak sokong ke nak bantah ? Tindakan Hadi Awang ni betul atau hanya dia sekadar boneka Bn ?

7. Hari ini sekali lagi Rafizi cuba menyakinkan rakyat Pas merupakan boneka Bn tetapi apa erti pendedahanya kerana di Selangor Pas masih bersama dalam kerajaan. Pendedahan Rafizi yang juga selaku Naib Presiden PKR nampaknya turut menunjukkan kepada rakyat Pkr itu sendiri terpecah kepada dua kem yang sangat serius.

8. Jom kita bayangkan kalau dalam Umno Timbalan Presiden dan beberapa pemimpin Umno sokong tindakan Mca tetapi Naib Presiden dan Setiausaha Agong Umno pula menentang tindakan Mca pasti gegak gempita kita dendangkan Umno berpecah.... tetapi kini majoriti pemimpin Pakatan Harapan mengutuk Pas dengan menyakinkan kepada rakyat Pas itu alat Bn tetapi di Selangor Pakatan harapan bermesra bermukah bersama. Rakyat akan keliru, bila tiba PRU 14 maka berlaku 3 penjuru apa akan jadi ? Sejarah kemenangan bertambah besar Bn dalam PRK Sungai Besar 2016 pasti akan berlaku di banyak tempat sebab rakyat keliru.

9. Tindakan sewajarnya kini ialah tegas dan berprinsip, keluarkan Pas dari Kerajaan Negeri Selangor dan istihar Pas ialah alat Umno secara serius. Rakyat akan jelas kalau berlaku 3 penjuru maka undi yang akan pecah ialah undi Bn tetapi undi pembangkang akan padu memilih calon Pakatan Harapan. Namun yakinlah ia tidak akan berlaku keadaan akan terus tergantung seperti ini meletihkan rakyat maka bila tiba pilihanraya Bn akan menang lebih besar. Bukan Najib atau Bn tu kuat tetapi kebijakan Najib membuat hubungan sulit dengan orang seperti Hadi Awang, Azmin Ali dan Shafie Apdhal akan menyelamatkan dia.

10. Sekali lagi che'GuBard tegaskan laporkanlah korupnya kartel Azmin atau korupnya Kelantan atau bongkarlah skandal sindiket kaitan Safiee Apdhal pasti SPRM akan tampil membersihkan kerana peranan mereka penting dalam memastikan pembangkang tidak siap bersatu untuk PRU maka selagi itu keselamatan mereka terjamin. Jika kemenangan Bn masih tidak lebar dan besar, mereka yang ada rundingan sulit dan beberapa kerat kartel mereka yang menang PRU nanti akan membentuk kerajaan campuran. Analisis Bn telah membayangkan, Bn akan menang hampir majoriti kawasan Melayu, kawasan bukan Melayu Bn akan tewas dikebanyakan kawasan. Maka Kerajaan majoriti besar Melayu dan pembangkang majoriti besar bukan Melayu. Isu perkauman dan agama lebih mudah terbakar. Maka Akta MKN akan digunakan, darurat mula diumumkan dibeberapa kawasan. Ketika inilah mereka yang punya rundingan pintu belakang akan ditawarkan memasuki kerajaan campuran demi #negaraku.

11. Ramai pasti mengatakan perkara tersebut tidak akan terjadi sebab tidak mungkin Najib boloeh diterima. che'GuBard tegaskan ingatkah kita dengan kezaliman Mahathir ? Namun demi negara Mahathir sudah menjadi pejuang kerana diterima majoriti pimpinan pembangkang. Begitulah kita sudah dilatih demi negara kononya kita kena ketepikan sentimen dan prinsip tetapi kita kena bersatu. Begitulah temanya nanti BERSATU #NEGARAKU akan berlaku.

Akhirnya rakyat hanya alat !!! Orang politik yang bijak menjilat dan letak tepi prinsip, orang politik pakar spin keliling akan terus hidup mewah menyedut keringat dan jeritan rakyat.

catatan che'GuBard SAMM

Saturday, April 15, 2017

Mai cek nak habaq kat pengadil game T.Team vs Kedah malam nie...

Insiden Kad Merah Rizal Ghazali ..

Inilah Perkara Sebenar Yang Perlu Dilakukan Oleh Seorang Pengadil Jika Situasi Ini Berlaku

Dimanakah hak waris.. Benarkah apa yang dirungutkan oleh sahabat kita berkenaan KWSP

UNDANG UNDANG PELIK OLEH KERAJAAN MALAYSIA..( tolong share dan viralkan) anda kena bantu saya mempertahan kan  HAK anda dan masa depan anak anak anda.

Baru baru ini saya pergi ke KWSP untuk mendaftarkan nama anak anak saya sekiranya saya dijemput kembali ke rahmatullah, maka mereka ada jaminan utk terus hidup.

Betapa terkejutnya saya bila dimaklumkan semua anak saya boleh didaftarkan sebagai pewaris tetapi tidak berhak menuntut wang caruman saya.

Saya bertanya lanjut, dan pegawai bertugas menegaskan hanya anak anak berusia 18 tahun keatas sahaja layak megambil caruman.  Kalau nak namakan juga anak dibawah 18 tahun , mereka tak layak mengeluarkan caruman itu, tetapi tempoh mengeluarkannya hanya selama 12 bulan dari tarikh kematian..dgn kata lain bahagian anak yang bawah 18 tahun akan terbatal selepas tidak dikeluarkan dalam masa setahun. Pertama.

Kedua, selepas kematian, tarikh tuntuntan mestilah dalam masa setahun, sekiranya tidak dituntut wang pendeposit akan ditahan dibawah amanah raya...yang menteri nya merican naina. Dah kata anak saya baru umur 6&8 tahun, pewaris yang boleh menuntut umur 18 tahun keatas, nampak tak secara halus menafikan hak anak saya sebagai pewaris?

Saya bagi soalan kepada pegawai itu. Kalau saya mati..dan isteri saya ditakdirkan mati bersama..konon lah sehidup dua dua mati. Anak anak saya masih kecil..apakah mereka tidak layak menerima wang simpanan saya?.

Jawab pegawai..masih layak..tapi kena tunggu usia 18 tahun baru boleh ambil. Sekarang umur 6&8 tahun terpaksa mengemis dulu sampai umur 18 tahun? Tengok bagaimana kebodohan melampau sistem kerajaan ini??

Saya tanya lagi. Kalau sekarang usia mereka 8 dan 6 tahun tak layak mengeluarkan caruman sebagai pewaris. Dan saya dan isteri mati serentak..apa sumber kewangan untuk mereka terus hidup sedangkan caruman saya ditahan dan dibekukan oleh kerajaan sehingga mereka usia mereka 18tahun kelak?

Pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya..apakah pihak kwsp exactly akan inform anak anak saya tepat ketika usia mereka 18 tahun nanti untuk memberitahu wang telah boleh diambil?

Sekali lagi pegawai itu terdiam.

Soalan saya seterusnya. Andai pewaris saya tidak ada data lengkap dan pihak kwsp gagal menghubungi mereka, apakah duit simpanan saya akan lesap?

Tidak. Wang itu hanya dibekukan :
Wang itu akan dibekukan didalam tabung amanah raya.

Soalan berikutnya : saya simpan dalam KWSP secara force statutory; selepas amanah raya mengambil dan membekukan wang  saya, SEBENARNYA WANG ITU DIGUNAKAN UNTUK PELABURAN ATAU INVESTMENT, SELAIN TIDAK MENDAPAT SEBARANG FAEDAH SEBAGAI SHARE HOLDER MALAH SEBALIK NYA DI CHARGE PULA 4% UNTUK KOS PENYELENGARAAN AMANAH RAYA. ANDA AMBIL DUIT SAYA..ANDA LABUR DAN SAYA KENA BAYAR PULA KOS PENYIMPANAN ?? SEPATUTNYA BUKAN SAYA ATAU PEWARIS KENA BAYAR. ANDA YANG KENA BAYAR SHARE PROFIT KEPADA PEWARIS? KENA DI PIHAK SAYA DI KENAKAN DOUBLE CHARGE. ANDA SUDAH BUAT DOUBLE SIDE INCOME DAN BERHARAP CHARGE 4% terkumpul akhirnya caruman itu akan berjumlah kosong. Anda hanya perlu beri kertas kosong dan menunujjk kan baki simpanan kosong kepada pewaris saya kelak.

Saya tanya lagi, apakah tuan pasti wang itu dibekukan atau digubal menjadi wang perbelanjaan kerajaan?

Dia menjawab saya tidak pasti.

Baik lah anda sudah menjawab semua soalan saya dan saya jelas apa motif kerajaan sebenarnya..

MENJADI TANDATANYA SAYA SAMPAI KE HARI INI. KALAU PEWARIS SAYA TIDAK BOLEH MEBGELUARKAN WANG CARUMAN SEBELUM UMUR 18 TAHUN SAYA FIKIR TAKUT DISALAH GUNAKAN TETAPI DUIT.
ITU DIBELANJA SEWENANG WENANGNYA OLRH KERAJAAN...
WAJARKAH??

Oh...
statement saya ni salah...
kerajaan bagus...
saya saja cari pasal..

fikirlah2

RAFIZI MENEMPAH PINTU PENJARA LAGI BILA BUAT AKAUN BERKANUN...?????

Coretan Peguam

Saya ditanya oleh rakan FB, Kongsikan tuan apakah yang dimaksud akuan berkanun

Sebab nampak panas isu ini sehari dua ini

Jawapan saya;

Akuan Berkanun juga disebut sebagai Akuan Sumpah.

Ianya adalah satu pengakuan dibuat secara bersumpah bahawa segala kandungan dan fakta yang dinyatakan di dalam akuan tersebut, diketahui benar oleh orang yang mengikrarkannya.

Beliau bertanggungjawab sepenuhnya tentang kandungan dan isi juga fakta di dalam akuan sumpah tersebut.

Akuan ini tertakluk di bawah Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969).

Akuan bersumpah ini boleh dibuat di hadapan;

Hakim Mahkamah Seksyen,
Majistret,

Pesuruhjaya Sumpah (tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115)

Akuan bersumpah ini mesti dibuat secara sukarela dan tanpa sebarang tekanan atau paksaan dari sesiapa.

Akuan yang dibuat menurut kuasa Akuan Berkanun ini adalah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

Terdapat beberapa seksyen di dalam Kanun Kesikaan boleh digunakan bagi menghukum pesalah yang melakukan kesalahan sebegini, dengan terdapat hukuman maksima penjara selama boleh sampai 2 tahun dan ada juga seksyen lain yang menghukum maksima selama tujuh tahun atau denda.

Pengajarannya ialah akuan ini perlu diketahui dan difahami isi kandungan kerana terdapat undang undang jika Akuan Berkanun tersebut didapati palsu atau tidak benar.

Bak kata pepatah,
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok dan duri yang akan mengait.

Berhati hati buat kita semua.

Sekian.

*Coretan peguam Hasif Hasan
*Copy paste FB Che Ibrahim Mohamed

Azizulhasni - “Tolong jangan kejutkan saya dari tidur”

KUALA LUMPUR 14 April - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila meraikan kejayaan sensasi muncul juara dunia dengan gaya tersendiri.

Pelumba kelahiran Terengganu itu memuat naik dua gambarnya sedang tidur lena bersama pingat emas acara keirin yang dimenangi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong semalam.

Gambar yang diiringi dengan keterangan “Tolong jangan kejutkan saya dari tidur” menerima pelbagai reaksi daripada netizen, yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pelumba bertubuh kecil itu.

Ini adalah kejayaan terbesar buat Azizulhasni, 29, dalam kariernya, dan kemenangan itu hadir lapan bulan selepas dia melakar sejarah muncul pelumba basikal pertama Malaysia meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di Rio.

Semalam, Azizulhasni melakar kemenangan dengan penuh dramatik apabila mengetepikan pelumba No. 2 dan 1 dunia, Fabian Puerta dari Colombia serta Tomas Babek dari Republik Czech dalam perlumbaan akhir di Velodrom Hong Kong.

Kejayaan tersebut hadir selepas dia berdepan detik cemas pada pusingan kedua apabila gagal melepasi saingan setelah sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keempat. Hanya tiga pelumba terbaik layak berentap di final.

Rezeki bagaimanapun jelas milik ‘The Pocket Rocketman’ apabila dia dihadiahkan tiket final selepas pelumba Jerman, Joachim Eilers yang menduduki tangga ketiga dibatalkan penyertaan kerana melakukan hadangan terhadap pelumba negara itu.

“Saya hanya menjerit, melihat papan markah dan kemudian melihat nama saya di tempat pertama.

“Saya bagaikan tidak percaya. Saya sudah mencuba sejak 10 tahun lalu. Akhirnya masa saya tiba jua untuk bergelar juara dunia.

“Saya sentiasa mencuba dan tidak pernah berputus asa...hari ini adalah hari saya selepas 10 tahun,” katanya selepas kemenangan itu.

Hasrat Azizulhasni untuk menambah koleksi kemenangan dalam acara pecut bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia kandas seawal pusingan pertama hari ini selepas tumpas kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Hugo Barrette dari Kanada pada saringan keenam. - UTUSAN ONLINE





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...