TERKINI :

Monday, March 6, 2017

RUU 355 : Pemuda Amanah Kedah tawar biaya rawatan untuk pastikan Presiden PAS sihat.

RUU 355 : Pemuda Amanah Kedah tawar biaya rawatan untuk pastikan Presiden PAS sihat.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas. Pemuda Amanah Kedah, merasa gusar dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan bahawa Presiden PAS tidak dapat hadir ke parlimen atas alasan kesihatan. Kami merasa terpanggil untuk menawarkan rawatan kepada Tuan Guru Presiden PAS dengan bantuan doktor yang ada bersama Amanah.

2. RUU 355, merupakan satu isu yang sudah merobek kesatuan umat islam di Malaysia sejak ia mula-mula diuar-uarkan oleh Presiden PAS melalui ‘private bill’ beliau. Menyedari pentingnya isu ini, kami merasakan amatlah perlu untuk Presiden PAS menyempurnakan peluang pembentangan ini di parlimen secepat mungkin, agar kesatuan umat islam di negara ini kembali pulih seperti sebelumnya.

3.Mengambil semangat khalifah Salahuddin Al-Ayyubi yang terkenal dalam sejarah, apabila beliau menghantar doktor peribadinya untuk merawat Raja pihak musuh, maka Pemuda Amanah Kedah merasakan adalah lebih awla untuk membantu merawat Tuan Guru Presiden yang bukan sahaja rakan, tetapi murabbi kepada ummah ini.

4. Kami berharap agar, pihak Presiden PAS dapat memberi maklumat secepat mungkin, supaya kami boleh mengatur perjalanan doktor kami kepada beliau dengan segera. Harapan kami, agar beliau sudi menerima bantuan yang tidak seberapa ini agar beliau dapat menunaikan janji untuk membentangkan pindaan RUU355 yang dicanangkan sejak sekian lama.

Sekian, terima kasih.

Dr. Najmi Nadzir,
Biro Kesihatan
Pemuda Amanah Kedah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...