TERKINI :

Friday, March 24, 2017

Putus segera hubungan dengan Pas

ONG BOON TECK
24 Mac 2017

PKR dicadangkan segera memutuskan hubungan  dengan Pas bagi mengelak pengundi hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan.

Ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana Pas dilihat semakin hari semakin menunjukkan minat mereka untuk bekerjasama dengan Umno.

“Pas Permatang Pauh telah ambil keputusan untuk putus hubungan dengan PKR. Ia tidak mengejutkan saya, tetapi ini adalah tanda awal untuk Pas mahu bekerjasama dengan Umno.

“Sekiranya Pas mahu bekerjasama dengan Umno dan BN, mereka mestilah perlu putus hubungan dengan PKR,” kata Guan Eng seperti dilaporkan dalam Oriental Daily.

Kata Guan Eng, hubungan antara PKR dengan Pas perlu jelas kerana selagi ia berkeadaan tidak menentu, pengundi tidak akan percaya lagi kepada Pakatan Harapan.

“PKR Pulau Pinang, terutama Bayan Baru dan Permatang Pauh pada asasnya sudah tidak mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan Pas.

“Cuma, kerajaan Selangor, termasuk DAP sendiri masih mempunyai hubungan kerjasama dengan Pas,” kata beliau.

Menurut Guan Eng, sudah ada tanda-tanda yang menunjukkan Pas akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk pakatan BN dan Pas.

“Oleh itu, Pakatan Harapan perlu mengukuhkan barisan sendiri untuk menghadapi tentangan daripada BN,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...