TERKINI :

Monday, March 27, 2017

PAS Akan Bertanding Semua Kerusi Di Selangor

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor jika PAN cuba mengacau kerusi PAS.

Amaran tersebut ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi sambil berkata PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang itu bukan perkiraannya tetapi urusan Allah.

“Orang kata pelik, pelik macamana kita nak menang, tidak boleh menang, pelik , kita percaya disaat kepelikan Allah turunkan kemenangan,

“sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tak mampu berfikir inilah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mintak kita fikir tentang janji Allah, tentang janji kemenangan,“ ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac di sini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan bahawa Allah tidak meminta kita merencana dengan fikiran kita dengan janji Allah,tetapi Allah menyuruh kita supaya yakin dengan janji Allah.

Allah berjanji untuk mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal soleh menjadi pemimmpin, itu janji Allah dan setiap janji Allah , kemenangan Allah, pertolongan Allah adalah hak mutlak Allah.

“Beriman dengan janji Allah kerana akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang kemenangan, akal kita tidak akan sampai memikirkan tentang janji Allah, bila masa, dengan keadaan yang bagaimana, Allah tahu sendiri bagaimana untuk Allah dan bila masa untuk Allah beri kemenangan kerana akal kita tidak sampai,

“sebab itu, sejarah memaparkan bahawa kemenangan itu Allah turunkan dikala akal manusia tidak mampu berfikir, disaat itulah Allah berikan kemenangan, Allah kurniakan Madinah kepada nabi disaat cabaran besar, saat musuh-musuh Islam, di saat permusuhan maksimum kepada Nabi,

“di saat hukuman bunuh, di saat hukuman penjara di keluarkan kepada Nabi, ketika saat itu Allah kurniakan Madinah kepada Nabi, disaat semakin sukar, semakin sukar, semakin sukar mendekatkan ia kepada kemenangan,” jelas beliau.

Sallehen menambah lagi, ramai pemimpin dan rakan-rakan kita dulu meninggalkan PAS dan bersama dengan perjuangan yang lain kerana beranggapan berjuang bersama PAS sukar untuk meraih kemenangan.

“bila memikirkan tentang Putrajaya, mereka memikirkan tentang kemenangan bukan mereka yakin dengan janji Allah bahawa satu hari nanti Putrajaya, Allah akan beri juga Putrajaya kepada orang-orang yang beriman.

“Sebab itu kemenangan janji Allah itu bukan untuk difikir tetapi untuk diyakini,bila Allah sebut “begitu mudah bagi Aku’, tak kira tiga penjuru, empat penjuru, hatta lima penjuru, kalau dah sampai masa untuk Allah beri kemenangan, menang jawabnya dalam perjuangan,”tegasnya.

Menurut beliau lagi pemikiran baru ialah pemikiran orang yang malas dalam berjuang, orang yang leka dalam berjuang dimana mereka hanya berfikir, hari ini mereka berjuang dan keesokan harinya mendapat kemenangan dan nama mereka tersenarai untuk meraih sebarang bentuk jawatan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...