TERKINI :

Friday, March 10, 2017

Nik Abduh dakwa Najib warisi rasuah era Mahathir


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) mendakwa Perdana Menteri terpaksa menanggung masalah pembaziran wang negara, rasuah dan politik wang yang merupakan 'kesakitan lama' diwarisi sejak zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Ketua Pemuda Pas itu, kenikmatan ketika negara dikurniakan kemewahan pada era 1990-an tidak disyukuri, sebaliknya segala kegiatan tidak bermoral itu tumbuh begitu cepat dengan politik wang begitu berleluasa dan akhirnya merosakkan negara.

Beliau ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat semalam menyifatkan segala masalah itu terus 'membengkak' selepas peralihan pentadbiran kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seterusnya, jelas beliau, 'kesakitan lama' tersebut kemudiannya perlu ditanggung Datuk Seri Najib Razak pada masa ini.

"Kita mewah di zaman Dr. Mahathir dan kita bermasalah di zaman Pak Lah (Abdullah) dan hari ini kita terus bermasalah di zaman Yang Berhormat Pekan (Najib)," ujarnya.

Sehubungan itu, Nik Abduh yang pernah mengaku matlamat utama Pas bukan meruntuhkan Umno tetapi mengukuhkan ummah pada Seminar Pemikiran Datuk Dr Haron Din, 25 Februari lalu menyeru supaya mengambil penyelesaian mengikut Islam.

"Kita terpaksa menanggung kesakitan lama, maka janganlah semasa kita berdepan tempoh yang susah ini, kita ambil jalan penyelesaian yang Allah tidak mahukan," ujarnya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...