TERKINI :

Monday, March 6, 2017

NAIB PRESIDEN PAS TERUS DENGAN POLITIK TIDAK BERAKHLAK: APA ITU MOHD AMAR?

Dato' Mohd Amar Naib Presiden Pas merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan angkuh memperlekeh Presiden Parti  Amanah Negara (Amanah) Tuan Haji Mohamad Sabu dan membuat bandingan dengan seekor beruk.

Isu yang dibawa Naib Presiden Pas ini sebenarnya tidak perlu dibalas balik. Ini kerana, apa yang diucapkannya itu langsung tidak menjejaskan imej Presiden Amanah. Bahkan ucapan angkuh ini sebenarnya menjejaskan reputasi Naib Presiden Pas dan PAS itu sendiri kerana memiliki pimpinan tertinggi yang tidak berakhlak.

Jika Pas tidak menegur tabiat "cakap kotor" Dato' Mohd Amar dan beliau meneruskan politik "mulut berus" ini, maka samalah Pas itu sendiri menganjur dan mengamalkan politik tidak berakhlak dan tidak islamik.

Saya tidak akan membalas "cakap kotor" Naib Presiden Pas dengan "cakap kotor" tetapi sebaliknya membalas dengan memberitahu "APA ITU TUAN HAJI MOHAMAD SABU"

Saya juga tidak perlu menulis kesemua apa Tuan Haji Mohamad Sabu. Cukup dengan mengimbau balik ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan Tuan Haji Mohamad Sabu pada tahun 2011 sebagai Timbalan Presiden Pas dahulu. Di mana ketika itu Almarhum masih sihat dan ucapan diumum di hadapan ramai bukan secara berbisik-bisik.

Allahyarham membuat perumpamaan dengan membawa cerita Khalid Al Walid R.A. Kata Almarhum,

" Khalid Al Walid yang baru 3 bulan masuk Islam, terus dilantik (oleh Rasulullah SAW) sebagai Panglima Perang. Mat Sabu ni dah lama dah. Sejak dia terlibat dengan politik, masa di ITM lagi, dia terus bersama dengan Pas."

"Tak pernah (dia) terlibat dengan Umno. Itu kelebihan Mat Sabu. 2 kali Mat Sabu disumbat dalam ISA, dia tunduk pada Umno kah? Dia sujud pada Umno kah? Tidak. Mana lebih baik antara Mat Sabu dengan yang balik dari Azhar yang lepas tu jadi Ketua Pemuda Umno. Mana baik?"

"Jadi kita banggalah sebab Timbalan Presiden kita (Mat Sabu ni) yang paling dibenci oleh musuh kita (berjaya). Dia ni sebelum jadi Timbalan Presiden lagi, ke mana dia pergi (bagi ceramah) orang ramai. Kita suruh Pesuruhjaya Pas Kelantan pergi, ramai (tak) orang?"

" Mat Sabu lebih mesra dengan non-muslim. Dengan watak dia, dengan penampilan dia, Cina, India lebih mesra dengan dia. InshaAllah Umno tak nyenyak tidur lepas ni.”

Tentang apa "Tuan Haji Mohamad Sabu" dinyatakan sendiri oleh Almarhum. Saya masih mencari-cari jawapan "apa itu Mohd Amar?" Namun saya tidak jumpa satu pun jawapan yang boleh dibanggakan.

Hanya cerita biasa seorang lelaki mendapat tempat hanya menjadi Wakil Rakyat hanya kerana anak kepada pimpinan negeri. Bahkan beliau langsung tidak berparut kerana bersilat dengan lawan politik.

Hanya mengecapi "kekayaan" hasil perjuangan orang-orang lama termasuk Tuan Haji Mohamad Sabu itu sendiri.

Sengaja saya tidak membalas balik kenyataan kotor Naib Presiden Pas itu. Cukuplah pihak mereka yang terus dengan politik "mulut kotor" dan dan dengan cara politikmempersoal "siapa". Kita (Amanah) akan teruskan dengan politik "apa dan mengapa".

Ini kerana, rakyat sedang menilai apa yang kita buat, bukannya siapakah kita.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
5 Februari 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...