TERKINI :

Friday, March 10, 2017

AMANAH : BAPAK PERASUAH" MASIH BERKELIARAN

Kenyataan Media
www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara *(Amanah)* mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM Johor kerana berjaya menahan seorang  Exco Kerajaan Negeri Johor beberapa hari yang lalu kerana disyaki terlibat dalam isu Rasuah Hartanah .

2. Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah SPRM Johor seharusnya diberikan penghargaan oleh rakyat kerana menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengheret petualang negara dan rakyat ini ke muka pengadilan.

3. Namun begitu, rakyat khususnya di negeri Johor kini mempersoalkan bagaimana mungkin seorang Exco Kerajaan Negeri yang disyaki  berani melakukan Rasuah Hartanah tanpa restu dan keizinan daripada *"bapak perasuah"* atau _"godfather"_ yang cuba berselidung dengan imej yang kononnya bersih.

4. Pentadbiran Menteri Besar Johor di bawah Datuk Khalid Nordin mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas isu Rasuah Hartanah kerana Menteri Besar adalah Pengerusi  Portfolio Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan Pambangunan Negeri Johor dalam kabinet Kerajaan Negeri Johor.

5. Kita sebagai rakyat negeri Johor akan berdiri teguh di atas ketegasan pihak SPRM untuk terus memburu *"bapak perasuah"* dan konco-konconya walaupun mungkin mereka ini akan bergayut di pagar istana untuk mencari simpati.

6. Rakyat juga akan menyanjung tinggi titah Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar yang telah memberikan perkenan kepada SPRM membanteras gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor.

*#AmanahDemiNegara*

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
10 Mac 2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...