TERKINI :

Monday, March 27, 2017

10 kawasan Pas kemuka usul tolak PKR di Pulau Pinang


Yusni Mat Piah

Setakat ini, 10 kawasan PAS sudah mencadangkan agar PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR dengan terbaru membabitkan PAS Permatang Pauh dan Bayan Baru.

Turut serta lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Memetik BNBBC hari ini, dilaporkan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, berkata usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat di Kedah akhir April ini untuk dibentang dan dibahaskan.

Tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.

Pada PRU 13, PAS bertanding 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi hanya berjaya menang 1 kerusi Dun Permatang Pasir.

Selain di Pulau Pinang, PKR Selangor juga dijangka berdepan perkara sama pada PRU 14 jika PAS juga membuat keputusan memutuskan kerjasama di negeri itu yang masih kekal di dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...