TERKINI :

Sunday, February 26, 2017

Presiden lantik isteri sebagai naib presiden

Ilham Aliyev

BAKU - AZERBAIJAN. Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Selasa lalu, melantik isterinya sendiri sebagai naib presiden pertama negara bekas Soviet itu.

Memetik laporan Time, Ilham Aliyev,55, menamakan isterinya Mehriban Aliyeva, 52, ke jawatan itu, selepas kedudukan itu diperkenalkan melalui satu pindaan perlembagaan pada September.

Dalam sistem negara itu, naib presiden pertama dianggap sebagai pegawai kerajaan kedua tertinggi dalam negara itu.

Aliyeva, merupakan lulusan perubatan daripada sebuah universiti, sebelum ini beliau pernah menjadi anggota parlimen daripada pemerintah Yeni Azerbaijan sejak 2015.

Jawatan naib presiden antaranya akan mengambil tugas jawatan presiden sekiranya presiden tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Namun tindakan Aliyev yang melantik isterinya sendiri mengundang kritikan daripada pembangkang yang mendakwa Aliyev cuba mengukuhkan dinasti keluarganya.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...