TERKINI :

Thursday, February 2, 2017

PAS Kedah sedia beri PPBM 12 Kerusi Dun dan Mereka Kekal Bertanding 24 Dun Seperti PRU13 dahulu

PAS Kedah sedia serah 12 kerusi DUN kepada PPBM jika rundingan berjaya

Pada 02-02-2017 12:02 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad

SHAH ALAM: PAS Kedah membayangkan mahu memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding pada 12 kerusi DUN di negeri berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Mohd Azam Abd Samat berkata, pembahagian kerusi itu semuanya bergantung kepada kejayaan rundingan kedua-dua parti itu yang berlangsung semalam.

"Jika hubungan dua pihak (PPBM-PAS) berlangsung, tidak mustahil Bersatu (PPBM) boleh bertanding baki 12 Dun yang dilapangkan PAS Kedah kepada rakan tahaluf.

"PAS Kedah tentunya tidak akan mementingkan diri dengan tumpuan bertanding di 24 Dun lainnya, bahkan bersedia menurunkan jentera dan keupayaan yang ada di 12 Dun ini juga nanti. 

"Insya-Allah, Umno-BN Kedah mampu ditumbangkan dengan kolaborasi ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam PAS-PPBM mencapai kata sepakat untuk memperhalusi deraf rangka kerjasama antara kedua-dua parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. 

 

Sehubungan itu juga, sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM akan dibentuk untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan kedua-dua parti. 

 

Walau bagaimanapun tambah Mohd Azam lagi, segala keputusan bergantung kepada kepimpinan PAS Pusat untuk menilainya.

 

"Pun begitu, kami yang mengikuti perkembangan pertemuan itu sentiasa memberi wala' dan thiqah kepada keputusan kepimpinan tertinggi parti di mana sudah pasti meneliti dan mendap

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...