TERKINI :

Saturday, February 25, 2017

Pas boleh perintah Terengganu

KAMPUNG RAJA - Pas membayangkan boleh mengambil alih tampuk pemerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang  berdasarkan sambutan rakyat terhadap Himpunan Harapan Semua - Pas Ganti Umno (Harap-PGU) 3.5 di Besut ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata, kehadiran ribuan tetamu terutama sambutan di kalangan orang muda pada program yang amat menggalakkan memberi mesej jelas tentang gambaran tersebut.

Menurutnya, jika dilihat terhadap sambutan penyokong Pas dalam program Harap 3.5 itu malam semalam memberi gambaran Pas akan berjaya memerintah Terengganu.

"Alhamdulillah, sambutan pada program Harap 3.5 ini cukup baik. Jika dilihat kepada sambutan penyokong  kita di Terengganu, InsyaALLAH dalam pilihan raya yang akan datang Pas akan memerintah Terengganu.

"Lebih-lebih lagi kita melihat sambutan di kalangan orang muda cukup hebat di mana-mana sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Syarahan Perdana Harap 3.5 di Kampung Raja di sini malam semalam.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...