TERKINI :

Monday, February 27, 2017

Mursyidul Am PAS - Jangan letak menang matlamat utama perjuangan parti itu.

Hashim JasinHashim Jasin

KAMPUNG RAJA - Pemimpin dan ahli Pas diingatkan tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan parti itu.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, jangan meletakkan segala usaha dan kerja demi matlamat kemenangan, sebaliknya berusaha mencari keredaan yang perlu diutamakan.

Menurutnya, Pas bergerak ke arah itu kerana apabila perjua-ngan itu ikhlas, ia akan mendapat pertolongan ALLAH SWT.

"Jangan letakkan kemenangan di tempat nombor satu kerana kalau kita bekerja untuk mendapat reda ALLAH SWT, insya-ALLAH, akan diberi kemenangan kepada kita," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap 3.5 PGU) di sini.

Hadir sama, Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Hassan Mahmu; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahari Mamat dan Yang Dipertua Pas Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.

Hashim turut membidas tindakan dua tokoh ulama, masing-masing dari Perlis dan Kedah yang mengkritik RUU 355.

Tanpa menyebut nama mereka, Hashim berkata, ulama tersebut menggunakan ilmu mereka untuk menyesatkan kerana menentang penggubalan RUU 355.

Beliau kemudian melakukan gimik memasang bendera pada replika bangunan Wisma Darul Iman tanda menawan Wisma Darul Iman, sekali gus memerintah Terengganu selepas PRU14.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, Besut diharap menjadi 'pintu' gelombang rakyat terutama anak muda dalam pemerintahan Terengganu.

"Kita rasa, kita boleh buat perubahan untuk kembali ke Wisma Darul Iman," kata Adun Paka itu.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...