TERKINI :

Wednesday, February 8, 2017

Menjawab tulisan Hj. Idris Ahmad - Ghuluw (melampau) dan Takfir : antara penyuburan dan penghakisan

Ghuluw (melampau) dan Takfir : antara penyuburan dan penghakisan
(Jawapan kepada tulisan Hj Idris Ahmad)

1. Pemikiran ghuluw dan takfir boleh subur dalam mana mana masyarakat tanpa mengira anutan parti dan tahap sosio ekonomi. Sebahagian dari tentera ISIS adalah 'bekas' mujahidin Afghanistan, bahkan ada yang pernah ditarbiah dalam madrasah tarbawi dengan pelbagai jalur pemikiran.

2. Isu yang patut ditangani ialah usaha untuk menghakis pemikiran takfir dan ghuluw, bukan menambah parah untuk tetap membela 'parti' yang amat disucikan seperti yang selalu diungkap oleh Hj Idris Ahmad "ana kira Allah, Rasul dan Pas", sehingga setiap tindakan akan dipastikan menguntungkan PAS. Pemikiran yang seumpama ini akan menyuburkan sikap ghuluw di kalangan para pengikut.

3. Benarkah Pas tidak menyuburkan pemikiran ghuluw dalam era ini? Siapa yang tidak kenal nama nama Shaharuddin Ibrahim, Sharkawi, Sobri dan beberapa nama lagi yang semudahnya mengungkapkan ungkapan "munafiq" "sesat" "puak haram jadah" dan sebagainya di merata masjid, surau dan medan ceramah? . Bukankah ghuluw berpunca dari rangkuman pemikiran "yang benar adalah kami, yang salah adalah orang lain".

4. Bahkan, lebih dari itu ada yang apabila ditanya "macamana sikap kita terhadap orang PAN?", ada Ustaz yang sedang diangkat ke martabat Tuan Guru sekarang ini menjawab "bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita - lakum dinukum wali yadin". Apabila "parti" disama tarafkan dengan agama bukankah itu sikap melampau yang keterlaluan?. Lebih berat apabila yang menjawab itu menyandang jawatan yang amat tinggi dalam PAS.

5. Mungkin Hj Idris sudah lupa tentang dakwaan "Ustaz Mursyid" yang amat 'susah' tersalah, gelaran ini dinisbahkan kepada pemimpin utama Hj Idris dan dibuat pula oleh seorang yang aktif dalam 'ulama' parti Hj Idris. Bukankah itu sebahagian dari petanda sikap ghuluw?

6. Hj Idris nampaknya marah apabila dimainkan isu sedondon dengan si zalim Najib Razak, apakah Hj Idris tidak menganggap Najib itu zalim? Yang dipertikaikan bukan pertemuan, tetapi tindakan itu telah menjadi medan menjulingkan mata rakyat berkaitan status si zalim itu. Adapun pertemuan biasa atau atas urusan G2G, itu tidak pernah dipertikaikan. Kala si zalim itu sedang rakus menindas rakyat, tiba tiba Hj Idris dan partinya menyertai program pembinaan imej si zalim itu, bukankah itu bermakna anda (atau enta) sedang menyucikan wajah si zalim itu?.

7. Tindakan Hj Idris yang cuba mengheret kakitangan kerajaan adalah tindakan 'tersepit' dan lambang tidak memahami sistem berkerajaan di Malaysia, sepatutnya selaku ahli parlimen, Hj Idris tidak mengheret para pegawai dalam polemik ghuluw dan takfir yang sedang terpalit pada Pas.

8. Adapun kami di AMANAH, setelah merasai keperitan dilanda dengan gelombag takfir dan ghuluw, maka kami sentiasa berusaha untuk menghakiskan pemikiran berbahaya itu dengan memperbanyak program pembinaan ilmu di kalangan ahli, dan berusaha sehabis daya untuk menghakis pemikiran itu di kalangan ahli kami sekiranya masih berbaki lagi pemikiran itu hasil didikan lama.

Eenta tulis, ana jawab

Ridzwan bin Abu Bakar
4.28 ptg / Seksyen 18, Shah Alam

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...