TERKINI :

Wednesday, February 8, 2017

Mahfuz : Jangan rampas Langkawi dari pemerintahan Tuanku Sultan Kedah..

Kenyataan Media

*JANGAN RAMPAS LANGKAWI DARI PEMERINTAHAN TUANKU SULTAN KEDAH: 'LANGKAWI PERMATA KEDAH' SEBAGAI SEBAHAGIAN KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MASUK AKAL DAN BIADAP*

1. Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang juga Setiausaha Agong Umno menerusi temuramahnya dengan stesen radio BFM dipetik sebagai berkata, mahu mengembangkan Wilayah Persekutuan meliputi Pulau Pinang, Langkawi ('Langkawi Permata Kedah') dan sebahagian Melaka.

Apabila nama Langkawi dipetik,sebagai anak jati Kedah dan rakyat yang taat setia terhadap raja yang memayungi negeri,saya tidak akan berdiam diri untuk bangkit menentang cadangan tidak masuk akal yang boleh dianggap sebagai 'cadangan dari pembodek tegar PM Najib' .

*_Adalah sangat biadap dan suatu penghinaan terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan dan rakyat Kedah apabila 'pembodek tegar PM Najib' memasukan nama 'Langkawi Permata Kedah' dalam cadangan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan_*.

2. Walaupun hanya bersifat cadangan tetapi menunjukkan apa yang ada 'dalam kepala' Setiausaha Agung Umno itu untuk mengambil 'Langkawi Permata Kedah' daripada pemerintahan Sultan Kedah agar diletakkan di bawah jajajahan takluk  Kerajaan Persekutuan.

Cadangan tersebut merupakan *_percubaan awal Umno mahu merampas kuasa pemerintahan  Sultan Kedah ke atas 'Langkawi Permata Kedah' untuk dijadikan Wilayah Persekutuan Langkawi_*.

Ini bukan dilakukan oleh DAP.

3. Belum sampai sebulan sambutan perayaan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, *_Umno sekali lagi selepas setahun yang lalu mengganggu tumpuan rakyat Kedah dan kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah_*.

Rakyat Kedah masih ingat peristiwa setahun yang lalu apabila Umno mengheret Tuanku Sultan Kedah dalam percaturan politik untuk cengkaman kuasa politik Najib dan Umno dalam satu komplot *_'rampasan kuasa' dengan menggulingkan Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar_*.

Hari ini satu lagi *_percubaan awal untuk merampas 'Langkawi Permata Kedah' dari pemerintahan Tuanku Sultan dan rakyat Kedah_*.

4. Ku Nan sebagai Setiausaha Agung *_Umno cuba memecah belah kesatuan rakyat Kedah yang berpayung dibawah kedaulatan Tuanku Sultan Kedah_*.

*_Ku Nan perlu sedar bahawa, Langkawi kini telah dikenali sebagai “Langkawi Permata Kedah” dan ianya diistiharkan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah_* sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku Sultan pada bulan Ogos 2008.

*_Pengisytiharan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa Langkawi adalah sebahagian dari Negeri Kedah Darul Aman yang selama ini pelancong luar negara akan mengenali Langkawi Malaysia bukannya Langkawi Kedah_*.

Rakyat Kedah sentiasa teguh bersama Tuanku Sultan Kedah untuk *_tidak sama sekali menyerahkan walau seinci pun wilayah Kedah kepada Kerajaan Persekutuan_*.

Sebaiknya Parti Umno 'nyah' meninggalkan Kedah kepada rakyat Kedah dan *_jangan mengganggu keharmonian kami yang selesa dibawah pemerintahan Tuanku Sultan Kedah_*.

Untuk Ku Nan,saya dedikasi serangkap pantun yang pernah dibaca oleh Tuanku Sultan Kedah ketika era kebangkitan pasukan bolasepak Kedah suatu ketika dulu.

"Bini Nama Bedah,
Laki nama Dolah,
Kami anak Kedah,
Kami pantang kalah"..!

#LangkawiPermataKedah
#JanganRampasLangkawi
#LangkawiHakKedah
#MembujurLaluMelintangPatah
#SelamatkanTuankuSultanKedah
#SelamatkanKedah
#DaulatTuanku

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9:00am Taman AlWalid Alor Setar
8 Feb 2017/11 Jamadilawal 1438H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...