TERKINI :

Wednesday, February 1, 2017

KEUNTUNGAN HARGA MINYAK MODAL UNTUK PRU-14?

Oleh : AMNI JAGAT

JOHOR, 1 Februari - Setiausaha Amanah Negeri Johor, Haji Khairuddin A. Rahim, 58, hari ini menyifatkan bahawa kenaikan harga minyak dua bulan berturut-turut berkemungkinan sebagai talian hayat untuk Perdana Menteri Najib Razak membuat persediaan dana dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.

Menurut Ketua Amanah Parit Sulong itu lagi, dalam pemerhatiannya rakyat di luar bandar tidak terjejas dengan kenaikkan harga bahan bakar tersebut kerana beliau melihat keadaan pasaran harga getah dan sawit yang menjadi sumber utama penduduk luar bandar melambung tinggi sekaligus mengimbangi kos kenaikkan harga barang kesan dari kenaikkan harga petrol dan diesel.

"Pandangan saya PRU akan berlaku dalam tahun ini mungkin hujung tahun atau mungkin bila-bila masa dan saya melihat Najib mungkin mengambil kesempatan dalam kenaikkan harga minyak ini untuk mendapatkan modal untuk mengadakan PRU.

"Saya juga melihat bahawa dalam situasi ini rakyat Malaysia terutamanya yang duduk di kawasan luar bandar tidak terjejas disebabkan keseimbangan harga getah dan sawit yang melambung membuatkan kenaikkan harga barang itu tidak terasa, " Ujarnya.

Dalam temubual hari ini Khairuddin mengharapkan bahawa rakyat Malaysia perlulah cakna dan mampu mengekalkan protes terhadap kerajaan Malaysia di atas kertas undi kerana jika situasi yang dikatakan di atas benar terjadi, kerajaan sebenarnya telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai belaan untuk memenangkan Najib.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...