TERKINI :

Monday, February 13, 2017

H355 : SYABAS kepada Parti Islam kerana berjaya buktikan Umno tidak berguna.

PADAN MUKA UMNO!

Semangat untuk Himpunan 355 (H355) di Padang Merbok pada 18/02/2017 nampaknya semakin meninggi. Pelbagai aktiviti dilakukan dengan konvoi dan sebagainya dan kenyataan-kenyataan media serta propaganda media dimuatnaik oleh para penyokong H355.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Pengerusi H355 bahawa himpunan ini bukan himpunan politik tetapi himpunan maruah orang Islam di Malaysia. Ini adalah maruah. Entah maruah yang bagaimana aku pun tak berapa faham.

Adakah maruah Islam di Malaysia tercabar jika Akta 355 tidak dipinda?

Adakah maruah orang Islam dihina jika Mahkamah Syariah tidak dinaikkan bidangkuasa menghukum?

Adakah orang Islam melarat dan merempat di bumi Malaysia jika tidak menyertai H355?

Apa pun aku mengucapkan syabas kepada parti Islam itu kerana bersungguh-sungguh mempolemikkan isu ini sehingga pelbagai isu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat tenggelam begitu saja.

Aku juga mengucapkan syabas kepada Parti Islam itu kerana dengan kebersungguhan untuk meminda Akta355 dan mengadakan H355 ini berjaya membuktikan suatu perkara yang tak ramai orang perasan. Apa dia?

Penganjuran pertahankan maruah orang Islam melalui H355 ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno telah gagal mempertahankan maruah Islam selama mana Umno menerajui pemerintahan Malaysia. Umno telah gagal sebagai ketua Kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab mempertahankan Islam dan orang Islam sehingga Parti Islam yang tidak memerintah perlu ambil tanggungjawab.

Pindaan kepada Akta355 adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno tetapi Parti Islam yang terpaksa berhempas pulas untuk meminda.

Pertahankan Islam dan maruah orang Islam adalah tanggungjawab Kerajaan Islam pimpinan Umno tetapi kenapa Parti Islam yang terpaksa bergolok bergadai mempertahankan?

Apa guna Umno memerintah jika pindaan Akta355 yang kecil itu pun Umno tak mampu lakukan?

Apa guna Umno mengetuai Kerajaan Malaysia jika maruah orang Islam dan maruah Islam tak boleh dipertahan oleh Umno?

Apa guna Menteri Umno yang menjaga Islam kalau pindaan sekecil ini pun tak mampu dilakukan? Baik letak jawatan saja dan serahkan jawatan kepada wakil Parti Islam.

SYABAS kepada Parti Islam kerana berjaya buktikan Umno tidak berguna. Padan muka Umno diperbodohkan oleh Parti Islam. Jerat makan tuan nampaknya.

SYABAS kepada Parti Islam kerana dalam keadaan Umno dibuktikan oleh Parti Islam sebagai tidak berguna, Parti Islam masih lagi menaruh harapan kepada Umno untuk menjaga Islam dan negara.

Zulhazmi Sharif

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...