TERKINI :

Saturday, February 18, 2017

H355 - Sehingga jam 3.30pm dianggarkan 9000 orang sudah berada di Padang Merbok



3:30pm: Mereka yang hadir dalam himpunan balas terhadap himpunan RUU355 di Taman Jaya, memulakan himpunan dengan menyanyikan lagu Negaraku. Orang ramai bertambah kepada kira-kira 120 orang.

Aktivis Azrul Mohd Khalib meminta orang ramai memberi tepukan gemuruh terhadap peserta perhimpunan di Padang Merbok kerana menunaikan hak kebebasan bersuara mereka.

"Seperti yang kita suarakan hak-hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan, begitu juga mereka.

"Mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian, walaupun kita tidak ada kumpulan nasyid seperti mereka," katanya.

3.00pm: Di Padang Merbok jumlah orang ramai terus bertambah, menjadikan sukar untuk berjalan di atas padang.

Kira-kira 9,000 orang dianggarkan berada di Padang Merbok sekarang.

Pengacara majlis berkata bahawa di kalangan VIP yang hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD)Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sekumpulan Sikh juga dilaporkan berkumpul di Sogo dan dijangka akan menyertai perhimpunan tersebut.

3.00pm:  Lebih daripada 7,000 orang berkumpul Padang Merbok, duduk di atas padang dan kawasan di sekitarnya.

Pusingan pertama ucapan oleh pimpinan bermula.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS, 'Dr Balachandran G Krishnan berkata antara mereka yang takut dengan pindaan itu adalah pengendali pusat judi.

"Mereka takut mereka akan hilang keuntungan, dan hilang pelanggan mereka yang beragama Islam," katanya.

Beliau memetik al- Quran yang mengatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama.

Beliau menambah, pindaan kepada Akta355 tidak akan memberi kesan kepada bukan Islam, dan semua kaum akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan undang-undang Islam.

3:00Pm: Di Taman Jaya, orang ramai mula berkumpul di "Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi".

Kira-kira 60 orang berlegar-legar di sekitar taman di hadapan tasik bagi menyertai himpunan balas terhadap Himpunan RUU355 anjuran PAS.

Ada yang membawa plakad mereka sendiri bagi membantah rancangan pindaan Akta 355, manakala penganjur menyerahkan plakad kepada mereka yang datang dengan tangan kosong.

Orang ramai mengambil gambar bersama-sama dengan plakad mereka sementara menunggu perhimpunan dimulakan.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...