TERKINI :

Saturday, February 4, 2017

Amanah nafi kata bantah Pindaan RUU355, masalah sekarang Hadi belom bentang habis nak sokong macamana

Usul Hadi: Amanah nafi dakwaan main politik

Sheith Khidhir Bin Abu Bakar

PETALING JAYA: Amanah menolak dakwaan mengatakan membantah mereka terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) cuma permainan politik.

“Perbahasan rang undang-undang itu belum pun berlaku,” kat Timbalan Presiden Salahuddin Ayob, menjawab dakwaan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahya.

Aminuddin di forum baru-baru ini berkata Amanah menyokong rang undang-undang (RUU) itu secara rahsia tetapi membantahnya untuk memuaskan hati pengundi bukan Islam.

Salahuddin berkata soal bantahan Amanah terhadap pindaan itu tidak relevan kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum membentangkan RUU persendiriannya.

“Dua kali speaker Parlimen tanya adakah beliau mahu bentang RUU itu dan 2 kali beliau jawab akan bentang pada sidang akan datang.

“Ini bukan sesuatu yang kita boleh bincang secara santai atau di forum biasa.

“Kita hanya boleh bahas apabila usul itu dan kandungannya dibentangkan. Perbahasan belum pun bermula. Jadi bagaimana kamu boleh dakwa kami setuju atau tidak?” katanya.

Pada Khamis lepas, di satu forum anjuran media PAS, Harakah, wakil Kelab Penyokong PAS Balachandran G Krishnan berkata ahli Parlimen bukan Islam tidak membantah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada 1965 atau pindaan pertama ke atas akta itu pada 1984.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka kini mengikut ahli Parlimen Islam yang menunjukkan bantahan terhadap pindaan yang dicadangkan Hadi.

Salahuddin berkata: “Masalahnya usaha PAS untuk meminda akta itu kali ini sangat mengelirukan, termasuk orang Islam. Ramai rakyat merasakan ia mungkin bermotif politik.

“Sebab itu ahli Parlimen Kota Raja (Siti Mariah Mahmud) menyerahkan usul menyeru cadangan pindaan itu dibuat secara jelas bagi mengelakkan kekeliruan.

“Kalau kamu boleh jelaskan dan buktikan kepada kami pindaan itu hanya untuk memperkasakan mahkamah syariah, tidak akan ada bantahan dari ahli Parlimen Islam dan bukan Islam, seperti dalam kes pindaan 1984.”

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...