TERKINI :

Saturday, January 7, 2017

SYAHIDULAMRI : Kepada YB PAS ADUN BANGI, sila kemukakan fakta dan data untuk menyanggah penulisan buku saya ini

Jawapan Berkenaan Komen YB Shafie Ngah (Tim. Speaker DUN Selangor) terhadap buku 'Perpuakan Pas'.

Terima Kasih saya ucapkan kepada YB Shafie Ngah (ADUN Bangi) kerana sudi membaca penulisan saya. Untuk pengetahuan YB, penulisan saya masih selari dengan penulisan akademik iaitu harus bersandarkan fakta.

Saya menggunakan rujukan akhbar dan media elektronik kerana skop kajian saya agak terkini. Semasa kajian ini dijalankan sumber rujukan adalah amat terhad dan kebanyakannya bergantung kepada sumber sekunder.

Saya juga berbuat demikian adalah berdasarkan nasihat daripada penyelia kerana kajian ini hanyalah bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dan in shaa Allah akan saya kembangkan lagi di peringkat seterusnya.

Sejujurnya saya agak terkejut apabila YB mempertikaikan tentang fakta yang saya gunakan. Saya membuat beberapa semakan kembali sejarah berkaitan Pas dan tiada sebarang rekod ditemui berkenaan UFN putuskan hubungan dengan KeADILan dan DAP.

UFN dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 1999 selepas Pas berjaya memperoleh 27 kerusi Dewan Rakyat dan tiada sebarang fakta yang menunjukkan  kemenangan Pas pada waktu itu disebabkan kesan positif putusnya hubungan dengan KeADILan dan DAP.

Malahan, pada waktu itu, Barisan Alternatif (Pas, Dap, KeADILan dan PRM) berada pada tahap paling kuat dan utuh dalam sejarahnya. Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik YB untuk kemukakan fakta berkaitan isu fakta di atas.

Berkaitan dengan kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004, saya tidak temui sebarang fakta yang menyatakan bahawa SPR membawa pengundi ke Terengganu.

Saya ingin berkongsikan sedikit maklumat yang tidak  pernah dinyatakan dalam penulisan saya sebelum ini yang mana kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004 disebabkan oleh TGHH tidak menerima pakai nasihat Almarhum TGNA iaitu berkaitan isu Tabika KEMAS (Sumber: Almarhum Dato Haji Omar Mohamad, Ketua Penerangan Pas Pusat 1999-2001). Selain itu, terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan kalahnya Pas pada waktu itu sama ada di Terengganu dan seluruh negara.

SYAHIDULAMRI KHAIRUDDIN
BACHOK
5.1.2017

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...