TERKINI :

Wednesday, January 4, 2017

Sambungan Kisah Andainya PH Menang - inilah yang perlu.dilakukan keatas barisan kabinet

Semalam aku naikkan suatu cadangan kepada Pakatan Harapan apa yang perlu dilakukan jika dipilih menggantikan BN sebagai peneraju  kerajaan persekutuan selepas PRU14 nanti.

Ada 6 cadangan aku smlm iaitu :
a) Lantik seorang PM yang BERSIH dan berwibawa yang diterima semua orang.
b) Lantik ahli Jemaah Menteri juga dari kalangan yang BERSIH dan berwibawa
c) Kecilkan siaz Jemaah Menteri
d) Kurangkan agensi kerajaan yang bertindih dan tidak perlu
e) Lantikan jawatan penting atas merit
f) Kaji semula undang-undang negara.

Hari ni aku nak ulas 3 cadangan awal iaitu (a), (b) & (c)

a) Lantik seorang PM yang BERSIH dan berwibawa.

PM mestilah seorang yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Jika berjaya memperolehi majoriti di Dewan Rakyat, PH perlu memilih salah seorang dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang paling BERSIH dan berwibawa tanpa mengira jawatan dalam parti yang diwakili. Faktor utama ialah bersih dari apa juga skandal dan berpengetahuan untuk mengurus tadbir.

Ini paling penting demi menjaga integriti kepimpinan. Jika seseorang itu dipilih tidak bersih, ada skandal, ada isu maka kebolehpercayaan masyarakat kepada PM amat tidak baik.

Justeru paling utama, seseorang yang pernah ada di dalam Kabinet Najib amatlah perlu dielakkan untuk dilantik menjadi PM. Semua tahu berapa orang saja yang pernah ada dalam Kabinet Najib yang tiada skandal. Yang tidak ada isu awal2 lagi dibuang atau berhenti spt Dato Saifuddin Abdullah.

PM hanya ketua Jemaah Menteri tetapi tidak boleh semua kuasa dipusatkan kepada PM. Sebarang keputusan hendaklah diputuskan bersama ahli Jemaah Menteri yang lain. Tanggungjawab kolektif ini adalah prinsip Perlembagaan yang perlu diamalkan dan dipertahankan. Jika PM berkuasa penuh, akan muncul NAJIB kedua ketiga dan seterusnya.

b) Lantik ahli Jemaah Menteri yang Bersih dan berwibawa.

Ahli Jemaah Menteri adalah pasukan yang akan mentadbir bersama PM. Justeru integriti setiap ahli Jemaah Menteri juga amat penting. Kriteria yang sama dlm perlantikan PM hendaklah diguna pakai dalam perlantikan ahli Jemaah Menteri. Integriti Kerajaan bermula dengan Jemaah menteri. Jika ahli Jemaah menteri dipertikaikan integritinya, maka persepsi negatif akan terus dimomokkan.

c) Kecilkan saiz Kementerian

Sekarang Malaysia ada 25 Kementerian dengan 35 orang Menteri dan 34 Timbalan Menteri. Ini suatu angka yang gila. PH perlu kecilkan Jemaah Menteri. Gabungkan beberapa kementerian dan mansuhkan beberapa kementerian. Kementerian Wilayah Persekutuan contohnya adalah tidak perlu. Dengan pengecilan Jemaah Menteri, Malaysia akan dapat menjimatkan kos gaji Menteri, gaji Timbalan Menteri, Gaji pegawai-pegawai lantikan dan segala perbelanjaan mengurus yang berkaitan.

Kecilkan saiz Kementerian BUKAN bermaksud mengurangkan kaki tangan tetapi mengurangkan MENTERI & TIMBALAN MENTERI serta PEGAWAI LANTIKAN.

1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Dalam Negeri
3. Kementerian Pengangkutan
4. Kementerian Kesihatan
5. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
6. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
7. Kementerian Pertahanan
8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
9. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
10. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
11. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
12. Kementerian Luar Negeri
13. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
15. Kementerian Kerja Raya
16. Kementerian Sumber Manusia
17. Kementerian Wilayah Persekutuan
18. Kementerian Pendidikan Tinggi
19. Kementerian Pendidikan
20. Kementerian Belia dan Sukan
21. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
22. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
23. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
24. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
25. Jabatan Perdana Menteri

Daripada 25 kementerian sedia ada, ada yang tidak perlu yang boleh dimansuhkan contohnya Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi boleh disatukan. Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga boleh disatukan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kementerian Belia dan Sukan boleh disatukan dengan kementerian Sumber Manusia. Begitu juga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi boleh digabungkan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dari sini sahaja kita berjaya mengurangkan kos penggajian Menteri dan Timbalan Menteri. Gaji seorang Menteri ialah RM14,907.20 sebulan manakala gaji Timbalan Menteri ialah RM10,847.65 sebulan. Kalau 5 orang Menteri dan Timbalan dikurangkan, dah banyak perbelanjaan dijimatkan.

Ada banyak Menteri dan Timbalan Menteri sebenarnya tidak memberikan kesan pun. Seorang Menteri dan beberapa Timbalan sudah boleh mentadbir urus. Yang menjalankan tugas ialah kaki tangan awam bukan Menteri dan Timbalan Menteri. Menteri dan Timbalan Menteri hanya menetapkan dasar dan polisi tapi yang melaksanakan ialah kaki tangan awam.

Kaki tangan awam tetap sama, yang dikurangkan ialah Menteri. Sekrang ini ada menteri dan timbalan menteri yang nama pun kita tak kenal. Nama pun dah tak kenal apa lagi kerja dia buat langsung kita tak rasa.

Cukup dulu... panjang dah... bincang hat ni dulu la...

Zulhazmi Sharif
Berani Berubah

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...