TERKINI :

Thursday, January 26, 2017

Rundingan PAS-BERSATU gagal tanpa Ust Hadi

Oleh : AMNI JAGAT

Ketidakhadiran Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam rundingan antara PAS dan BERSATU yang dijadual pada 2 Februari 2017 akan menyebabkan kegagalan rundingan tersebut. Begitulah pandangan Setiusaha Organisasi Parti Amanah Negara Suhaizan Kayat.

Menurutnya lagi wakil PAS Ust Tuan Ibrahim Bin Tuan Man,Timbalan Presiden PAS tidak mampu membuat sebarang keputusan dalam hubungan kedua-dua parti tersebut. Kegagalan ini akan menyebabkan penangguhan semula rundingan yang akan menguntungkan UMNO. Rakyat yang inginkan perubahan dalam PRU14 akan merasa derita dengan penangguhan-penangguhan ini.

Presiden PAS sangat berpengaruh dikalangan ahli PAS sehingga keputusannya boleh membatalkan sebarang keputusan-keputusan sebelum ini. Ini telah dilalui dalam krisis Menteri Besar Selangor oleh mantan Timbalan Presiden PAS Sdr Mohamad Sabu yang kemudiannya telah menubuhkan Parti Amanah Negara.

Semalam, selepas mesyuarat BERSATU, Tun Dr Mahathir telah menyatakan  perundingan antara PAS dan BERSATU akan diadakan pada 2 Februari 2017. Mesyuarat ini diharapkan oleh BERSATU dapat memutuskan perkara penting dalam hubungan keduanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...