TERKINI :

Thursday, January 26, 2017

Pakatan Harapan, Bersatu harus lupakan Pas agar rakyat tidak keliru

Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang menasihatkan pemimpin utama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar melupakan Pas dan memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Pakatan Harapan dan Bersatu perlu meyakinan rakyat melalui satu gabungan yang kuat bagi melawan Umno-BN dan kerajaan yang kleptokrasi.

"Pakatan Harapan ini termasuklah Bersatu yang dah bersama jangan layan dah apa yang pemimpin Pas kata. Tak payah nak dipujuk-pujuk lagi sebab kita dah jelas pendirian Pas dan mereka pun kata mereka adalah parti yang terbaik. Jadi biarlah Pas terus mengangkat partinya sendiri.

"Saya nak melihat pemimpin Pakatan Harapan ini membuktikan mereka bersatu. Kalau dah tak ada apa-apa hubungan dengan Pas, orang PKR tak payah lagi berceramah dengan Pas. Orang Bersatu pun sama, tak payah nak bermesra-mesra lagi," katanya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Ahmad juga, Pakatan Harapan dan Bersatu tidak harus membiarkan rakyat terus keliru dengan tindakan mereka yang tidak selari.

"Sesama pembangkang saya nasihatkan biar semuanya mempunyai satu pendirian yang tegas, hadapilah akan datang ini sama ada tiga penjuru ke empat penjuru ke, lima penjuru ke, hadapi sahaja.

"Biar Pas pandai-pandailah nak bersendirianlah atau nak pakat dengan Umno-BN, jangan kita campur.

"Supaya mengurangkan kekeliruan rakyat untuk memahami pembangkang. Orang dah tak boleh terima BN. Tapi kalau Pakatan Harapan tak menunjukkan kesepakatan betul-betul, satu kerugian untuk kita," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan kerjasama antara parti itu dan Pas akan ditentukan selepas 2 Februari.

Sehingga kini Pas kelihatan lunak dengan Bersatu namun menolak Amanah dan DAP.

Malah 'salam perdamaian' yang dihulur oleh penasihat DAP Lim Kit Siang kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat reaksi negatif daripada pimpinan utama parti itu termasuk Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...