TERKINI :

Monday, January 23, 2017

ORANG ASLI AKAN DIBERI TANAH JIKA PH MEMERINTAH

TANGKAK - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub, hari ini mengeluarkan janji jika Pakatan Harapan (PH) memerintah Orang Asli akan diberikan hak untuk memiliki tanah mereka sendiri.

Kenyataan ini dikeluarkan atas pemerhatian Salahuddin mengenai isu dan permasalahan tanah yang berlaku di Kampung Tanah Gembor dan Kampung Air Tawas di sini.

"Jika kami (PH) memerintah, kami akan berusaha untuk mengurniakan tanah kepada Orang Asli. Perkara ini pun telah dilakukan seperti peneroka Felda, Risda, Felcra, perkampungan orang Melayu dan yang lain-lain.

"Kita juga berjanji akan membina segala kemudahan infrastruktur pendidikan dan kemudahan asas kepada Orang Asli jika PH diberi mandat dan Orang Asli berani berubah untuk memilih pemerintah selain Umno dan Barisan Nasional." Salahuddin Ayub.

Orang Asli Kampung Tanah Gembor dan Air Tawas Tangkak hari ini telah menyuarakan permasalahan mereka kepada Salahuddin Ayub yang hadir untuk mendengar permasalahan di sini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...