TERKINI :

Friday, January 27, 2017

Nampaknya tahun 2017, penyokong Kedah sudah tak boleh makan "kuaci" dalam Stadium Darulaman

Stadium Darul Aman adalah antara stadium berkapasiti tinggi dan penuh bersejarah di Malaysia.

Dari rekabentuk asal sehinggalah ketika ini dengan kemampuan untuk dipenuhkan kapasiti 30,000 orang penyokong, evolusi Stadium Darul Aman amatlah nostalgia kepada peminat bolasepak di Kedah.

Perbadanan Stadium Negeri Kedah telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia semua kemudahan stadium-stadium di negeri Kedah dan sentiasa memastikan kemudahan ini di tahap terbaik.

Bagi musim 2017, beberapa langkah turut dilaksanakan bagi memastikan Stadium Darul Aman kekal bersih dan selamat digunakan. Setelah mendapat persetujuan lembaga mesyuarat Perbadanan Stadium Negeri Kedah, pihak PSNK telah memutuskan supaya makanan ringan KUACI tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Darul Aman bagi semua perlawanan musim ini.

YB Dato' Aminudin Omar, Timbalan Pengerusi PSNK merangkap Setiausaha Kehormat KFA telah bersetuju dengan cadangan untuk larangan membawa masuk kuaci ke Stadium Darul Aman mulai tahun 2017.

Langkah memastikan ke arah stadium sentiasa bersih bersempena Jubli Emas Stadium Darulaman 1967-2017 dan selaras dengan Enakmen Perbadanan Stadium Negeri Tahun 1971 iaitu melalui peruntukan penguatkuasaan peraturan di bawah peruntukan seksyen 14(f) Enakmen Perbadanan Stadium Negeri tahun 1971.                       

Antara rasional langkah ini dibuat adalah sampah buangan kulit kuaci yang mereput di bawah kerusi terutamanya kawasan terbuka menyebabkan kotoran yang susah untuk dibersihkan.

Larangan membawa masuk KUACI bukanlah pertama kali dilaksanakan di Malaysia tetapi turut menjadi barang larangan di stadium-stadium lain seperti di Melaka dan juga stadium-stadium utama di luar negara.

Harap maklum.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...