TERKINI :

Friday, January 20, 2017

Kerana didapati 'mengajar agama tanpa tauliah' sahaja mp boleh kehilangan kedudukannya?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,

1. Khalid Samad bukan pengikut mana-mana kumpulan ajaran sesat. Dia bukan syiah. Dia seorang sunni. Tidak diketahui dia pernah mengkafirkan sesiapa, menjiratkan sesiapa atau memberontak melawan agama atau ketua agama.

2. Dia MP, pemegang paspot diplomatik, hadir ke masjid dan menceritakan tentang pengalamannya terlibat dgn misi kemanusiaan di Gaza. Dia tidak mengajar tauhid, fiqah atau tasawuf sebab latarbelakang pengajian rasminya ialah kejuruteraan gas dan minyak.

3. Kerana 'mengajar agama tanpa tauliah' sahaja dia boleh kehilangan kedudukannya sebagai MP? Kerana itu saja? Ini adalah salahguna agama utk kepentingan politik. Agensi agama menjadikan agama sebagai sendalan utk melampiaskan nafsu politik tuan mereka.

4. Jika inilah bentuk agama yg dimahukan oleh agensi agama kita, jangan haraplah agama ini akan berkembang sebagai rahmat utk umat ini. Agama ini dilihat oleh masyarakat muslim dan non muslim sebagai pelik, jumud, tertutup, suka menghukum, anti manusiawi dan keras melulu.

5. Patutlah Islam tidak berkembang di negara ini sepesat perkembangannya di negara-negara barat. Di negara ini Islam hanya label; jabatan agama Islam, bank Islam, takaful Islam (sekadar contoh) tapi Islam yg ditampilkan mirip Islam versi 'ISIS'.

6. Hal ini tak boleh dibiar begitu saja. Kedudukan seorang MP boleh hilang hanya kerana berucap dlm masjid? Kegilaan apakah ini? Seolah-olah suara rakyat yg memilihnya dlm pilihanraya tidak bernilai? Paling penting kegilaan ini perlu dinoktahkan. Bukan kerana Khalid Samad, tapi kerana imej agama begitu tercemar lantaran kegilaan ini.

7. Status ini bukan mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi bertujuan membangunkan kprihatinan awam terhadap tindakan memperalatkan agama dan institusinya demi memenuhi selera politik penguasa korup.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...