TERKINI :

Saturday, January 7, 2017

Fb Dewan Pemuda Pas Kedah : 7 Kelebihan Jika Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Jadi PM Malaysia

1. TGHH andai menjadi PM adalah individu yg pertama yg jadi PM yg boleh jadi Imam solat. (Pasti kita akan tengok live solat Jumaat yg diimamkan oleh PM.

2. TGHH fasih berbahasa Arab dan punya pengaruh yang baik dikalangan negara rantau Arab. (Contohnya kes Perang Teluk dahulu sehingga Saddam memanggil TGHH untuk meminta buah fikiran beliau dan terbaru krisis Syria peranan beliau diakui Kerajaan Turki). Ini boleh menarik para pelabur di sana bg datang melabur ke negara kita. Umum mengetahui negara-negara di barat menerima pelaburan yang sangat tinggi dari negara benua Arab.

3. Ketika menjadi MB negeri Terengganu beliau adalah MB yg sukar ditumbangkan. Beliau tidak pernah memiliki sebarang rekod rasuah. (Sehingga UMNO terpaksa menggunakan pengundi luar atau pengundi hantu utk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu sebagaimana yg pernah didedah oleh Datuk Husam Musa). Bahkan Tun Mahathir atas nasihat beberapa Tokoh UMNO Terengganu terpaksa menarik royalti minyak untuk mensabotaj pentadbiran beliau. Tetapi dengan hasil lain seperti keuntungan berganda TDM itu telah melonjakkan imej kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS.

4. Kehidupan beliau yang sangat sederhana menjadi bukti bahawa beliau pemimpin rakyat dan bukan pemimpin beberapa kerat. Lihat sahaja teratak kayu beliau di sebelah Masjid Rusila Marang.

5. Hubungan baik beliau dengan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia akan menjadikan pentadbiran kerajaan lebih baik kerana Malaysia adalah negara Beraja yang bersistemkan Demokrasi Berparlimen.

6. Corak kepemimpinan beliau yang tegas pada prinsip menjadikan beliau PM yang tak boleh dijual beli oleh mana-mana pihak. Ini terbukti terhadap ketegasan beliau terhadap parti DAP dalam pelbagai isu, termasuk isu Dokumen Negara Islam, Kes MB Selangor dan buku Hadarah Islamiyyah.

7. Faktor yang paling kuat juga ialah kerana beliau adalah Presiden sebuah parti yang mewakili sejuta ahli dan mula menerima sokongan pengundi Melayu Islam dari pelbagai parti yang lain hatta UMNO sekalipun. Dengan kempen politik matang dan sejahtera banyak pengundi UMNO dilihat mula meninggalkan sokongan kepada Najib dan memilih beliau. Parti PKR yang agak akrab dan mesra DAP dilihat kini sedang berpecah, Parti Bersatu terpalit pelbagai skandal walau masih baru dan PAN yg dilihat terlemah menerusi siri kempen mereka (melalui jumlah kehadiran) walau dibarisi oleh bekas-bekas pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan.

Oleh : Ust Abi Ahmad
Dari fb Dewan Pemuda Pas Kedah

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...